Followers

Saturday, May 9, 2015

Deko Rumah Sewa

Sebenarnya tak da la deko sangat pun. Yang basic je. Ni gambar gambar selepas rumah di cat, di pasang langsir, dimasukkan perabot asas. Non ada lagi frame frame gambar, hiasan bunga bungaan dan sebagainya. Semuanya basic sahaja. Tema deko rumah sewa kita warna Cokelat, merah dan hitam gitu. Kombinasi laki bini. Dah bini nak tema cokelat untuk rumah ni, laki pulak tak habis habis dengan hitam merah dia, maka beginalah combination dia.



Ruang tamu. Kecil je rumah sewa kami, tapi selesa Alhamdullilah, Tak la penat nak mengemas dan tak la banyak nak kene beli perabot..haha..  Ni je pun dah banyak berhabis duit simpanan kami.. Ruang tamu cuma ada sofa L shape, Rak tv, tv dan meja kopi free gift dari beli sofa tu..hehe.. Carpet tu made in Nilai 3. Murah-murah je beli. Kalau ikut laki ku, dia nak yang tebal, baru rasa kalau pijak katanya. Tapi ikut aku pulak, biar la tak tebal, asal ok, besar dan ikut bajet. Maka dapat lah karpet besar kotak kotak tu dengan harga RM159 je uollsss... Murah sangat..Muat satu hall..Corak kalau ada warna merah tu confirm la laki ku yang empunya pilihan.. Asalkan harga ikut bajet aku, maka bersatu hatilah kami membeli.. 




Antara runag tamu dan ruang makan ada banyak space maka aku letak satu lagi karpet berbulu yang panjang tu dekat situ. Best lepak baring-baring kat karpet tu dan area tu pun betul-betul bawah kipas, sejuk je... Intan pun kalau tengok tv suka baring situ sampai tertido..Karpet pun made in Nilai 3 jugak. Yang ni mula-mula husband tak suka, tak kasi bel sebab takut banyak sangat habuk sembunyi nanti. Tapi aku nak jugak, aku kan RAJIN vacum karpet...haha...



Ni pulak view dari ruang makan. Hurmm.. Tema hitam merah lagi, siapa lagi yang pilih kan.. Sayang sangat orang yang pilih tu dengan meja makan dia. Siap bubuh plastik takut rosak meja makan dia. Tak lain tak bukan  laki ku lah. 




Aku gagah tampal wallpaper kat ruang makan ni. Nak kasi cantik sikit. Kalau tak nampak sama je semua dinding kan. Gigih pasang sendiri masa mengandung 6 bulan ok. 





Dapur kecil je. Muat la nak letak yang asas. Dapur gas pinggan mangkuk semua dah ada.. Periuk kuali cerek je yang tak da lagi..haha.. Tunggu la lepas pantang nanti baru cari. Sekarang ni memang tak duduk betul lagi, cuma sekali sekala datang tidur. Hari tu family datang dari Jb pun siang malam ajak makan luar je..hehe.. Dapur tak berasap... Ais box penuh dengan makanan, bila lapar tak yanh masak, makan je apa yang ada...

Tu je la kisah rumah sewa kami yang baru siap. Nanti lepas pantang baru start deko ddeko hias rumah betul-betul. Sekarnag ni tengah tunggu hari nak bersalin, memangtak ada mood nak teruskan perjuangan menyiapkan rumah ...




3 comments:

-iLLa- said...

cantik wallpaper tuh...

nini said...

Bestnya dah ada rumah sendiri.....kami ni....masih lagi menumpang umah parents....

Elly Matin said...

saya tengah cari deko rumah kecil.. jumpa ni.. memang sangat terinsperasi..

ellymatin.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails