Followers

Tuesday, August 4, 2015

Sayang Makin Sayang



Aku perasan sejak bersalinkan Adam, eh bukan sejak bersalin tapi sejak balik dari berpantang kat Jb, husband macam lain sikit. Lain yang positif. Lain yang membuatkan aku suka dan bertambah sayaaaaaaaaaang. Haha.  salah satunya lebih penyabar dengan perangai aku yang selalu hangin satu badan.

Contohnya dulu bila aku kalau bizi mengadap kerja yang berlambak tempahan customer, order last minit, nak cepat semua tu mesti stress. Muncung tok sah cakap, siap membebel marah sorang-sorang. Kalau dia nampak aku macam tu, mesti dia pun naik stress lalu aku pulak yang dia marah...haha. Lagi bengang aku, dah la tak tolong, marah pulak kite ni haa, Tapi semalam, bila aku cakap aku bizi, nak kene siapkan cepat, dia amik anak-anak bawak keluar bilik.. so aku dapat fokus siapkan cepat-cepat dengan gembira. Hehe.. Aku ni biasalah kalau stress, semua benda nak marah. barang banyak atas meja pun nak marah apetah lagi kalau si Intan tenton tu menyepah dalam bilik, terus jadi hulk aku ni.

Lagi satu dia  banyak uruskan Intan kalau dia ada kat rumah. Mandikan, basuh berak, melayan semua. Dia first time basuh berak intan masa aku pantang ok.. Sebelum ada Adam, memang tak laaaa... Geli katanya, plus dia kata anak pompuan patut aku yang buat, dah ada anak lelaki nanti dia buat. Tapi Alhamdullilah la, automatik lepas anak dah dua dia cuba gak tepis geli tu dan berjaya gak basuh berak anak sampai sekarang tak da masalah dah.. Masa first time dia basuh tu, terus aku men jemah ngan Inah adik dia tu bahawa hari ini dalam sejarah ok Abg Emi basuh berak Intan.. OMG kagumnya, kagumnya!    

Ada lagi la beberapa perkara yang aku suka sangat, tapi malas la nak cerita semua kan.. Yang dua ni pun dah cukup mencairkan hati aku sebagai isteri...  Suami yang memahami & membantu..  Teringat masa raya kat JB hari tu, Intan kan sekarang super lasak, super aktif. Macam macam aksi dia sampai kadang-kadang aku geram sangat dengan dia. Ye la masa adam dalam pantang berapa kali kene cubit ngan intan tu, aku geram sampai menangis tau, tak larat nak marah dah. Husband la banyak pujuk dia, melayan dia supaya dia tak rasa jeles sangat ngan Adam. Mak aku cakap, untung lah laki pandai layan anak, mak dulu sorang-sorang handle 3-3 anak sebab semua anak dia takut dan tak nak kat ayah..hehe.. Ayah aku garang ok masa kitorang kecik dulu. Kami tak pernah la ada gambar macam Intan dan papa dia kat atas tu.. Dah besar, bila dah habis sekolah barulah ayah tak garang dah. Tapi berkat garang ayah lah Alhamdullilah kami adik beradik jadi orang semuanya bila dah besar ni..heeee.. 

Ok itu je lah nak cerita.. I love u so much husband!



1 comment:

Su Hamid said...

alhamdulillah, perubahan positif tu yg kita nak kan, rasa bertambah sayang dekat suami :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails