Followers

Thursday, November 26, 2015

Terengganu Kita?

Hari tu husband KekNi cakap dia teringin nak holiday ke Terengganu bulan Januari nanti. Eh sebenarnya dah 3 kali Januari dah, maksudnya dah 3 tahun dah dia kata nak bawak KekNi ke Terengganu tapi masih tak sampai sampai lagi..hahaha. Harap harap Januari kali ni jadiklah hendaknye. KekNi macam biasalah, bila orang sebut pasal holiday, terus berkobar-kobar nak google pasal tempat nak holiday tu. Tu belum lagi dapat tarikh comfirm nak pergi tu, kalau dah dapat lagi la KekNi tak berhenti men google siang dan malam sampai lah hari nak pergi nanti. 

Impian sebenarnya nak ke Langkawi bulan 5 nanti, nak sambut Anniversarry ke 4, birthday Suami dan birthday anak-anak. Oh ya, bulan 5 memang penuh dengan special day ye. 25 hb Birthday suami, 26 Hb Anniversary, 28 hb pulak birthday Adam. Haaa, penat nak sambut! Haha. Semuanya dekat dekat. Jadi mari kita jadikan bulan Mei sebagai bulan cinta kami sekeluarga. So let holiday! Katanya kan. Tak habis habis nak holiday. KekNi dah berangan bulan 5 just nice la nak ke Langkawi pasal boleh shopping barang rumah pinggan mangkuk cantik cantik dan murah kat sana. Mak mak sangat perangai sekarang kan. 

Eh tapi nak tunggu bulan 5 lama sangat lagi kan. So ok lah kalau bulan depan dapat pergi terengganu. Pernah pergi sekali je masa kecik darjah 4 dulu. Pergi reramai dengan family belah ayah. So excited jugak la nak pergi lagi. Dengar cerita Terengganu best ada Pasar Payang jual batik murah murah, ada kepok lekor, ada pantai, ada sotong celup tepung. Ni hasil google la ni. Ni sume salah laki sendiri. Dah tau bini ni memang selalu over excited kalau pasal holiday ni, lagi dia duk cerita itu ini kan. Ni kalau tak jadi untuk tahun ke 3 ni, awas ye.  

Ok la KekNi nak tidur la. Dah berapa malam tak cukup tidur. Menyiapkan order orang. Alhamdullilah rezeki melimpah bulan ni. Berkat dan hikmah belanja family holiday kat Melaka hari tu kot. KekNi selalu percaya, semakin banyak kita berkongsi rezeki, semakin bertambah rezeki kita. Memang betul sangat. Lagi satu pengajaran dan pengalaman KekNi, kalau nak murah rezeki jangan sakiti hati suami @ isteri kita. KekNi perasan, lepas KekNi belajar redha terima apa yang KekNi tak suka, tak masam muka merajuk dengan suami selalu, rezeki pun mudah datang. Kalau asyik merajuk, bergaduh rezeki pun payah masuk, hati pun sakit sebab dia tak pujuk. Haha.. padan muka dekat diri sendiri.

Monday, November 23, 2015

Senyuman Yang Aku Mahu


Hai udang. I love u. Terima kasih kerana mengenyangkan perut aku. I love Tom Yum Kung Secret Recipe so much! Tak ada kedai lain yang boleh lawan. Walaupun harga bukan main la mahal, tapi demi 2 ekor udang besar,kuew tiaw yang lembut dan kuah tom yam yang pedas berapi, aku rela. Haha.. Laki mak menyirap je kalau aku ajak makan Secret Recipe. Tekak dia cannot go dengan menu kat situ. Tapi terpaksa jugak layan isteri dia yang tercinta ni.  Alah lagipun bukan selalu, 2-3 bulan sekali je aku teringin. 

Ni cerita 2 hari lepas la, Melepaskan gian nak makan Tom Yum Kung secret Recipe. Si Intan ni aku orderkan Spaghetti. Nak order lasagna habis pulak dah. Tu pun favourite kami 2 beranak.. Berselera tengok Intan makan, lebih dari separuh portion jugaklah dia habiskan. Tengah Intan makan spaghetti tu, datang stu family cina 3 beranak duduk meja sebelah. Cina tu orderkan kek Brownies yang ada aiskrim atas dia tu siap nyalakan lilin sebatang. Beria anak cina tu nyanyi happy birthday pastu tiup lilin. Bukan sekali ye, berkali kali.. Haha.. Kata bapak dia, anak dia tu memang macam tu, order kek untuk tiup je, tapai tak nak makan. Intan perati je ngan muka kesian. Aku agak dia nak kek jugak la tu. Tapi idok la aku nak belikan kek, sebab dah makan spaghetti tu pun tak habis.

Aku cakap la tak boleh kek, nanti tak habis. Alaaa cian pulak tengok muka anak aku sedih, Nasib la dia tak paksa paksa nak kek. Lepas makan terus balik keknyangan. Esoknya lepas pos barang kat lipis, aku singgah kedai kek, belikan intan cupcakes dan mintak lilin sebatang. Balik rumah, terus nyalakan lilin nan sbatang tu, pastu suruh dia nyanyi happy birthday.  Haha.. Happy sangat la budak tu. Mak budak lagi la happy tengok anak happy.   



Abaikan krm kek yang dah huduh tu, habis dia colet senyap senyap masa dalam kereta.


Bersungguh tiup kek


Hari ni tak tau napa papa dia macam moody sikit, asyik kena marah je intan dari pagi sampai petang. Selalunya ibu yang macam tarzan marah Intan. Bila tengok papa dia pulak yang asyik marah Intan, kesian la pulak kat budak ni. Tu yang aku cuba ceriakan dia dengan belikan kek siap lilin bagai. =) Happy tengok anak senyum gembira. 

Dah jadi mak mak ni macam tu la.
Senyuman anak penawar duka.
Senyuman suami? Laaaaaaagi la penawar, penyembuh, ubat mujarab segala duka. =)






Friday, November 20, 2015

Holiday Melaka Wonderland Dan Zoo Melaka

Awal bulan hari tu plan dengan family KekNi untuk berkumpul kat Melaka holiday sesama. Alahai kejap je pon, 2 hari 1 malam je. Hajat memang nak bawak budak budak main air kat water park dan pergi zoo berkenanalan dengan haiwan haiwan.

Bertolak dari Pahang pukul 10 pagi. Nak hangin je KekNi ngan abg Emi korang tu, saja buat lambat. Dia tak tau ke wekend ni highway jem, KL lagi la je bagai nak giler? Kalau pasal nak buat kereta dia, pukul 8 dah kena bertolak dari rumah tau. Eh sakit pulak hati kita ni. Family Keni bertolak dari JB lepas KekNi inform yang KekNi dah gerak. Sampai Melaka pukul 2 petang. Family KekNi sampa pukul 12 tengahari. Kesian diorang kena tunggu.

So sampai Melaka terus tuju ke Melaka Wonderland. Tiket dah beli Online siap siap kat Groupon. Dapat la murah RM10 setiap ticket. Aterr kalau dah 6 orang, dah jimat RM60 kan? Bijak kan KekNi? KekNi kalau pasal berjalan memang pandai serba serbiiiiiiiiiii. Hahahaha. Sila tepuk tangan. So korang kalau nak pergi Melaka Wonderland ni, sila survey tiket Online atau deal kat Groupon, jimat. 


Kitorang sampai kan petang, masuk dalam tu dekat pukul 3 petang, orang dah ramai balik, so heaven juga sebab tak perlu merenangi lautan manusia yang banyak dan panas terik matahari tengahari.  Makanan dalam ni mahal cekik darah jugak dan tak banyak pilihan. KekNi sempat seludup roti dalam handbag besar gedabak KekNi tu. 

                   

Mula mula kit tuju Pantai buatan yang ada ombak ni. Suka la budak budak ni main. Kesian kat adik bujang KekNi tu terpaksa berenang di air cetek  sebab kena jaga anak anak buah dia dia dua orang tu. Masa ni just nice kita dapat tempat duduk betul betul depan kolam. Adam pun sedap mentido feeling feeling tepi pantai.



Lepas tu naik atas pulak, tempat yang ada permainan untuk budak budan juga bapak budak. 


Pakcik Dayat dan Papa keriangan main gelongsor air yang best ni. KekNi tak dapat join membasahkan badan pasal payah la nanti Adama nak susu kang, acaner kalau kalau dah basah basah ye dak?


Budak kecik ni sibuk nak join papa main gelongsor besar tu. 


sibuk jugak ke hulu hilir bawak pelampong pinjam dia tu


Dalam pulu 6 macam tu kitorang pun gerak balik. Naik train nak turun ke tempat keluar tu,


Ala Adam, awat macam shin chan? Heeeehee..



Gambar laki bini 


Pastu kitorang terus pegi makan kat ikan bakar parameswara, pnuh, So pilih je la kedai lain. Hamboi bukan main mahal ye kedai makan ikan bakar kat Melaka ni. Tercekik tengok harga. Dah kenyang, terus menuju Hotel. Sekali LAgi, KekNi dengan bijak telah booking secara Online untuk dapat harga murah sikit. Hewhew.. Dengan RM306 je KekNi dapat 3 bilik superior triple ni. Oh kami stay kat Hotel Sentral Melaka.  Setiap bilik ada 1 katil Queen dan 1 katil super single. Tapi sudahnya, empat beranak tido atas katil Queen jugak..hahaaa. Daasar... Review Pasal hotel Sentral Melaka ni? Ok la, not bad. Senang nak cari tepi jalan je, pastu kat kawasan yang tak sesak. Bilik hotel pun luas, katil selesa. Cuma siaran tv tak clear. 



Pagi tu lepas breakfast, terjun kolam. Haa kali ni aku dah siap susukan Adam, So bolehlah terjun sekali.  


Adam dah siap mandi, tengok je la Ibu terjun kolam ok


Lepas Lunch kitorang terus pergi Zoo. 


Dah penat nak taip. Hah! Kat Zoo budak budak dah letih. Letih berenang pagi tadi dan letih jugak pusing Zoo yang besar ni. Dapat la jumpe Zirafah, Lion, Harimau, Gajah. Tapi yang tak bestnya semua binatang ni duk tido time  kitoarang datang, Gajah pulak tengah mandi jauh dari kandang dia. 

Balik dari Zoo kami pun nak berpecah la, Intan menangis meraung raung, muntah muntah nak ikut Tok Ayah dia. Alahai. Tak puasa la tu sebab tak sampai ke rumah tok ayah. Nak buat macam mana Intan, papa cuti kejap je. Kalau kita ke JB, hbis penat kat dalam perjalanan pergi balik je. TUnggu papa cuti lama sikit kita balik Jb ok. Ibu pun dah gian nak shopping ni. Hehe..



Thursday, November 19, 2015

Asam Pedas Ikan Sembilang

Ini adalah tengahari. Hidung aku tiba tiba terbau Asam Pedas Ikan sembilang mak masak! Apekah ini? Padahal mak nun jauh di JB. 
Itu tandanya aku dah kemaruk nak balik Jb sangat ok
.
Terus ambil hp konon nak whatapps Laki, nak ajak balik JB.
Tapi bila tengok 'Last seen today' status dia  pukul 7.58am, terus tak jadi nak whatapps. 
Maksudnya dia bizi hari ni, dari masuk kerja tadi tak tengok-tengok hp pon lagi.
Tak ada masa maybe, Kerja banyak maybe. Dan dah tentu tentu penat. 

So, jadiklh isteri yang memahami.. 
Jangan menambah penat laki sendiri
Nanti malam baru bagitau..

NAK BALIK JB 


Friday, November 13, 2015

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Beremosi

respi udang

KekNi adalah stress, frust, bengang dan sedih beberapa hari lepas. Sebabnya KekNi mula merasakan salah satu impian KekNi sudah terkubur. KekNi rumuskan sebagai terkubur saja sebab dah terlalu lama menunggu, namun bila dah ada peluang, banyak pulak halangan yang mendatang. Jadi KekNi malas berharap dan bermimpi lagi, nanti makin stress.  Kecewa sangat bila memikirkannya. Tapi terpaksa redha walaupun beberapa kali juga tak dapat tahan air mata kecewa. Sampai sekarang still tak boleh berhenti fikir . Kenapa Allah takdirkan ini semua untuk KekNi?  why? why? why? why??? Tapi Alhamdullilah, dalam usaha cuba redha dengan ketentuan Allah, Allah bagi hikmah rezeki yang mencurah -curah masuk sepanjang minggu ni.. Alhamdullilah.. berkat redha dan doa orang yang kecewa.

Panjang sangat mukadimah, tak kena langsung dengan tajuk kan? Maapkan KekNi yang over asyik emosi terlebih. Sebenarnya nak cerita pasal Udang Masak Lemak Cili Padi ni. Masa KekNi duk sedih sedu sedan pepagi buta, husband bawak balik Udang sepit biru, alah anak udang galah la. Rasanya la dia saja nak ambil hati KekNi yang tengah stress. Lalu belikan binantang kegemaran KekNi itu. Dan lagi special, bukan udang biasa, tapi udang sepit biru yang payah nak jumpa kat pasar. Terus KekNi yang moody jadi bersemangat nak masak Udang Masak Lemak Cili Padi.  KekNi ni ingat ingat lupa resepi masak lemak ni pasal jarang masak lemak. Biasa kalau udang, memang masak sambal tumis je. Tapi sebab udang sepit biru ni, masak lemak cili padi la baru mantop, lalu KekNi pun mengoogle la Resepi dia, dan terhasilah resepi berikut;

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi 

1/2 Kg Udang
Santan 2 cawan
Cili Padi 20 tangkai
Halia sikit
Bawah Putih 3 ulas
Kunyi hidup / serbuk kunyit
Daun Kunyit
Serai 2 batang diketuk

1. Tumbuk Cili padi, halia, kunyit.
2. Campurkan Udang, Santan, Daun Kunyit, Serai dan bahan ditumbuk ke dalam periuk.
3. Tambah Air ikut kesesuaian. 
4. Masak dengan api perlahan sampai mendidih.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6 Tutup api. Siap!
* Udang tak payah masak lama, nanti keras tak sedap
* Masak api slow untuk elak santan pecah minyak.

Kalau KekNi masak lemak, tak suka kuah terlalu pekat dengan santan sangat. KekNi suka kuah medium je, cair sangat tidak, pekat sangat pun tidak. Kalau pekat sangat nanti kuat sangat rasa lemak santan, bau je pon dah buat KekNi kurang selera, kalau makan nanti mula la ambil lauknya saje, kuah tak lalu. Lain kalau tak berapa pekat, ku hirup hirup kuah dalam pinggan sampai licin! Hehe..

Habis masak, terus makan dengan nasi panas, holamak! Mabeles sangat. Sedap hingga menjilat jari. Udang fresh, beli dari pasar terus masak, lagi la bertambah sedap. Malam tu cakap kat husband  :

"Tak dapat bunga pun tak apelah, dapat udang kepala besar ni pon dah berbunga-bunga hati. Tq husband. Love u"

Haaaa.. Udang punya pasal, terus jadi romantik, muka ada sinyummmm. Yes. Memang sedikit mengurangkan stress KekNi walaupun kecewa itu masih ada. Tapi KekNi tetap yakin Allah akan berikan hikmah lain buat KekNi yang kecewa ini. InsyaAllah. 

KekNi cuba Redhakan Hati,
KekNi cuba Ikhlaskan Diri.

Sekian.


Thursday, November 12, 2015

Rawat Anak 5 bulan Yang Demam


Masuk anak dua ni, dah sedikit berpengalaman, jadi nak la share cara merawat anak yang demam. Dalamkes aku, anak masih baby lagi. Umur Adam nak masuk 6 bulan tiba tiba demam. Kalau ikut pengalaman masa Intan baby, dia setiap kali demam, ada lah nanti benda baru yang dia dapat contohnya tumbuh gigi, pandai duduk, pandai jalan dan sebagainya. Orang tua tua kata demam nak ambil upah.

Bila anak demam, ibu mana lah yang tak risau kan. Lagi pulak bila bada dah start dedar, tumbuh bintik bintik kat badan Adam. Aku tak la panik sangat sebab memang Intan masa baby pun macam tu, kalau demam, rajin naik ruam kat badan. Dr kata ruam sebab panas. Dan ia ok selagi ruam tu tak bernanah.  Alhamdullilah satu malam je Adam demam, makalm ni dah ok. 

Tips Merawat Anak @ Baby Demam Cara KekNi


  1. Basahkan Kepala Baby Dengan Air Asam Jawa. Lumur rata - rata ke seluruh kepala. Biasanya sepanjang malam aku akan buat. Asal kepala dia dah kering, aku lumur lagi. Memang berkesan turunkan suhu badan baby. Eh ujian ke atas bapak baby yang tengah demam pun berkesan juga..hehe
  2. Lap Badan, Pelipat Dengan Kain Basah. Ya yang ni penting. Kejap letak kain basah kat ketiak, pelipat, leher, kepala. Bagi sejuk badan dia yang tengah panas. InsyaAllah suhu cepat turun.
  3. Tanggalkan Baju @ Pakaikan Baju nipis. Biasanya kalau badan anak panas sangat, memang aku tanggalkan je baju seluar dia. Biar pakai pampers je. Sebab tak nak kasi panas tu meruap. Biar panas tu mudah keluar. Selain tu ia juga memudahkan kita nk basahkan kepala baby dengan air asam sambil lap lap badan dan pelipat dia. 
  4. Pasang Kipas @ Aircond dalam bilik. Persekitaran yang lebih sejuk daripada badan menggalakkan pengaliran haba keluar dari badan. Jadi suhu badan anak akan cepat turun. ~[sumber : Doktor Az-Zahra.]
  5. Susukan Anak Sekerap Mungkin. Yang ni memang paling penting. Bagi dia banyak menyusu, so kerap kencing, kerap berak, suhu pun boleh turun. Lagipun anak kecil kalau demam kan merengek je. Adam sepanjang malam semalam mengempeng je dengan aku, kejap kejap je lepas. Alhamdullilah, pagi ni makin sihat, dan malam ni dah sihat dan tidur dengan lena macam biasa.
  6. Mandikan Dia Dengan Air Biasa.  Ada orang tak bagi mandi, takut panas masuk dalam badan katanya. Mengarut ye sebenarnya. Kena mandi kalau demam. Kalau ikut doktor kena mandi 3 kali sehari. Kena mandi mulakan dari kaki. Bahaya biar panas naik sangat, boleh kena sawan. Aku mandikan je anak2 aku bila demam walaupun orang kata lap je tak yah mandi, nanti panas masuk dalam badan. Ikut cakap doktor dan hasil bacaan aku yang sahih.
Itu la antara cara aku rawat baby aku yang demam. ALhamdullilah sesuai dengan anak anak aku setakat ni.  

Just Sharing.

Wednesday, November 11, 2015

Hadapi Dengan Senyuman




Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

# Melafazkan dalam lagu memang senang, tapi nak terapkan dalam diri sendiri tu tak mudah


Tuesday, November 10, 2015

Pakai Produk Hot

Biasalah anak dua kecil kecil lagi, memang bukannya sentiasa dapat make up mengadap cermin telek telek muka lama lama. Ye la, kang kejap si kakak nak join sama make up, kang kejap adik dia melalak nak susu. Tapi yang paling selalu ialah laki yang duk kalut suruh cepat cepat siap tiap kali nak keluar. Sangat la tak shukeeeeeee.. Terus tak dak mood nak make up. Muka kalau chantik sangat tak mengape lah tak make up langsung kan, ni muke tak berapa hadoo. Tak suke la kalau keluar langsung tak make up. Paling paling pon nak la buh fondation sikit kasi tutup bekas jerawat yang bersepah tu.


Ni la  rupa KekNi bila keluar just pakai foundation jenama S***, Tanpa blusher, eyeliner bagai. Konon nak nampak natural, tapi memang nampak natural saaaaaaaaaaaaaaangat kan, sampai tetap jua terserlah bekas jerawat di kiri kanan pipi KekNi!!!!  Haaa. Tak suka.

Sekarang ni kan kecoh pasal Produk Hot dari blogger sepet  Iaitu BB Cream Seqy Beauty dia tu. Meletop letop di pasaran. Amboi sangat aku tengok blogger blogger lain pun duk update dah try pakai BB  Cream  tu dan hasilnya memang meletop. Tengok  gambar virus padu, ceera, mek cu pakai nampak flawless sangat muka. Mula macam tak caya, ye ke pakai Foundation je muka terus jadi halus mulus gitu?? Boleh ke? Boleh ke? Pasal kalau aku pakai foundation sikit je  biasanya tetap nampak bekas jerawat.

Mula la rasa nak mencuba BB Cream Srqy Beauty tu kan

Jeng jeng jeng.....



Hai... Sesuci lebaran tak muka kekNi hari ni? 


Ni la hasil pakai BB Cream Seqy Beauty buat kali pertama siang tadi. semalam sampai, hari ni terus pakai. Hasil meletop bagai dikata. Memang terasa flawless tanpa mekap. Sapu nipis nipis je pon tapi terus dapat cover bekas jerawat KekNi kat pipi kiri kanan tu, tak nampak langsung kan?  Suka sangat.


Ni la BB Cream Seqy Beauty yang hot tu. Serius tak rugi beli. So korang korang yang rasa nak mencuba BB cream Seqy Beauty ni, boleh la refer kat link bawah ni. 

http://seqybeauty.blogspot.my/ (Untuk maklumat detail pasal produk Seqy Beauty)
http://seqybeauty.shoppy.my/ (Untuk pembelian secara direct dari website)

Atau boleh jugak terus  order guna Whatapps ke nombor ni  011-2107 6726.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails