Awal bulan hari tu plan dengan family KekNi untuk berkumpul kat Melaka holiday sesama. Alahai kejap je pon, 2 hari 1 malam je. Hajat memang nak bawak budak budak main air kat water park dan pergi zoo berkenanalan dengan haiwan haiwan.
Bertolak dari Pahang pukul 10 pagi. Nak hangin je KekNi ngan abg Emi korang tu, saja buat lambat. Dia tak tau ke wekend ni highway jem, KL lagi la je bagai nak giler? Kalau pasal nak buat kereta dia, pukul 8 dah kena bertolak dari rumah tau. Eh sakit pulak hati kita ni. Family Keni bertolak dari JB lepas KekNi inform yang KekNi dah gerak. Sampai Melaka pukul 2 petang. Family KekNi sampa pukul 12 tengahari. Kesian diorang kena tunggu.
So sampai Melaka terus tuju ke Melaka Wonderland. Tiket dah beli Online siap siap kat Groupon. Dapat la murah RM10 setiap ticket. Aterr kalau dah 6 orang, dah jimat RM60 kan? Bijak kan KekNi? KekNi kalau pasal berjalan memang pandai serba serbiiiiiiiiiii. Hahahaha. Sila tepuk tangan. So korang kalau nak pergi Melaka Wonderland ni, sila survey tiket Online atau deal kat Groupon, jimat.
Kitorang sampai kan petang, masuk dalam tu dekat pukul 3 petang, orang dah ramai balik, so heaven juga sebab tak perlu merenangi lautan manusia yang banyak dan panas terik matahari tengahari. Makanan dalam ni mahal cekik darah jugak dan tak banyak pilihan. KekNi sempat seludup roti dalam handbag besar gedabak KekNi tu.
Mula mula kit tuju Pantai buatan yang ada ombak ni. Suka la budak budak ni main. Kesian kat adik bujang KekNi tu terpaksa berenang di air cetek sebab kena jaga anak anak buah dia dia dua orang tu. Masa ni just nice kita dapat tempat duduk betul betul depan kolam. Adam pun sedap mentido feeling feeling tepi pantai.
Lepas tu naik atas pulak, tempat yang ada permainan untuk budak budan juga bapak budak.
Pakcik Dayat dan Papa keriangan main gelongsor air yang best ni. KekNi tak dapat join membasahkan badan pasal payah la nanti Adama nak susu kang, acaner kalau kalau dah basah basah ye dak?
Budak kecik ni sibuk nak join papa main gelongsor besar tu.
sibuk jugak ke hulu hilir bawak pelampong pinjam dia tu
Dalam pulu 6 macam tu kitorang pun gerak balik. Naik train nak turun ke tempat keluar tu,
Ala Adam, awat macam shin chan? Heeeehee..
Gambar laki bini
Pastu kitorang terus pegi makan kat ikan bakar parameswara, pnuh, So pilih je la kedai lain. Hamboi bukan main mahal ye kedai makan ikan bakar kat Melaka ni. Tercekik tengok harga. Dah kenyang, terus menuju Hotel. Sekali LAgi, KekNi dengan bijak telah booking secara Online untuk dapat harga murah sikit. Hewhew.. Dengan RM306 je KekNi dapat 3 bilik superior triple ni. Oh kami stay kat Hotel Sentral Melaka. Setiap bilik ada 1 katil Queen dan 1 katil super single. Tapi sudahnya, empat beranak tido atas katil Queen jugak..hahaaa. Daasar... Review Pasal hotel Sentral Melaka ni? Ok la, not bad. Senang nak cari tepi jalan je, pastu kat kawasan yang tak sesak. Bilik hotel pun luas, katil selesa. Cuma siaran tv tak clear.
Pagi tu lepas breakfast, terjun kolam. Haa kali ni aku dah siap susukan Adam, So bolehlah terjun sekali.
Adam dah siap mandi, tengok je la Ibu terjun kolam ok
Lepas Lunch kitorang terus pergi Zoo.
Dah penat nak taip. Hah! Kat Zoo budak budak dah letih. Letih berenang pagi tadi dan letih jugak pusing Zoo yang besar ni. Dapat la jumpe Zirafah, Lion, Harimau, Gajah. Tapi yang tak bestnya semua binatang ni duk tido time kitoarang datang, Gajah pulak tengah mandi jauh dari kandang dia.
Balik dari Zoo kami pun nak berpecah la, Intan menangis meraung raung, muntah muntah nak ikut Tok Ayah dia. Alahai. Tak puasa la tu sebab tak sampai ke rumah tok ayah. Nak buat macam mana Intan, papa cuti kejap je. Kalau kita ke JB, hbis penat kat dalam perjalanan pergi balik je. TUnggu papa cuti lama sikit kita balik Jb ok. Ibu pun dah gian nak shopping ni. Hehe..
2 comments:
Best juga tfok melaka wonderland tu..le masuk list lah mcm ni..
Best laa.. Tapi KekNi rasa bercuti kat Melaka ni banyak pakai duit. Nak masuk sana sini kene bayar..huwhuwhuw..
Post a Comment