Followers

Monday, November 23, 2015

Senyuman Yang Aku Mahu


Hai udang. I love u. Terima kasih kerana mengenyangkan perut aku. I love Tom Yum Kung Secret Recipe so much! Tak ada kedai lain yang boleh lawan. Walaupun harga bukan main la mahal, tapi demi 2 ekor udang besar,kuew tiaw yang lembut dan kuah tom yam yang pedas berapi, aku rela. Haha.. Laki mak menyirap je kalau aku ajak makan Secret Recipe. Tekak dia cannot go dengan menu kat situ. Tapi terpaksa jugak layan isteri dia yang tercinta ni.  Alah lagipun bukan selalu, 2-3 bulan sekali je aku teringin. 

Ni cerita 2 hari lepas la, Melepaskan gian nak makan Tom Yum Kung secret Recipe. Si Intan ni aku orderkan Spaghetti. Nak order lasagna habis pulak dah. Tu pun favourite kami 2 beranak.. Berselera tengok Intan makan, lebih dari separuh portion jugaklah dia habiskan. Tengah Intan makan spaghetti tu, datang stu family cina 3 beranak duduk meja sebelah. Cina tu orderkan kek Brownies yang ada aiskrim atas dia tu siap nyalakan lilin sebatang. Beria anak cina tu nyanyi happy birthday pastu tiup lilin. Bukan sekali ye, berkali kali.. Haha.. Kata bapak dia, anak dia tu memang macam tu, order kek untuk tiup je, tapai tak nak makan. Intan perati je ngan muka kesian. Aku agak dia nak kek jugak la tu. Tapi idok la aku nak belikan kek, sebab dah makan spaghetti tu pun tak habis.

Aku cakap la tak boleh kek, nanti tak habis. Alaaa cian pulak tengok muka anak aku sedih, Nasib la dia tak paksa paksa nak kek. Lepas makan terus balik keknyangan. Esoknya lepas pos barang kat lipis, aku singgah kedai kek, belikan intan cupcakes dan mintak lilin sebatang. Balik rumah, terus nyalakan lilin nan sbatang tu, pastu suruh dia nyanyi happy birthday.  Haha.. Happy sangat la budak tu. Mak budak lagi la happy tengok anak happy.   



Abaikan krm kek yang dah huduh tu, habis dia colet senyap senyap masa dalam kereta.


Bersungguh tiup kek


Hari ni tak tau napa papa dia macam moody sikit, asyik kena marah je intan dari pagi sampai petang. Selalunya ibu yang macam tarzan marah Intan. Bila tengok papa dia pulak yang asyik marah Intan, kesian la pulak kat budak ni. Tu yang aku cuba ceriakan dia dengan belikan kek siap lilin bagai. =) Happy tengok anak senyum gembira. 

Dah jadi mak mak ni macam tu la.
Senyuman anak penawar duka.
Senyuman suami? Laaaaaaagi la penawar, penyembuh, ubat mujarab segala duka. =)






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails