Followers

Thursday, November 12, 2015

Rawat Anak 5 bulan Yang Demam


Masuk anak dua ni, dah sedikit berpengalaman, jadi nak la share cara merawat anak yang demam. Dalamkes aku, anak masih baby lagi. Umur Adam nak masuk 6 bulan tiba tiba demam. Kalau ikut pengalaman masa Intan baby, dia setiap kali demam, ada lah nanti benda baru yang dia dapat contohnya tumbuh gigi, pandai duduk, pandai jalan dan sebagainya. Orang tua tua kata demam nak ambil upah.

Bila anak demam, ibu mana lah yang tak risau kan. Lagi pulak bila bada dah start dedar, tumbuh bintik bintik kat badan Adam. Aku tak la panik sangat sebab memang Intan masa baby pun macam tu, kalau demam, rajin naik ruam kat badan. Dr kata ruam sebab panas. Dan ia ok selagi ruam tu tak bernanah.  Alhamdullilah satu malam je Adam demam, makalm ni dah ok. 

Tips Merawat Anak @ Baby Demam Cara KekNi


  1. Basahkan Kepala Baby Dengan Air Asam Jawa. Lumur rata - rata ke seluruh kepala. Biasanya sepanjang malam aku akan buat. Asal kepala dia dah kering, aku lumur lagi. Memang berkesan turunkan suhu badan baby. Eh ujian ke atas bapak baby yang tengah demam pun berkesan juga..hehe
  2. Lap Badan, Pelipat Dengan Kain Basah. Ya yang ni penting. Kejap letak kain basah kat ketiak, pelipat, leher, kepala. Bagi sejuk badan dia yang tengah panas. InsyaAllah suhu cepat turun.
  3. Tanggalkan Baju @ Pakaikan Baju nipis. Biasanya kalau badan anak panas sangat, memang aku tanggalkan je baju seluar dia. Biar pakai pampers je. Sebab tak nak kasi panas tu meruap. Biar panas tu mudah keluar. Selain tu ia juga memudahkan kita nk basahkan kepala baby dengan air asam sambil lap lap badan dan pelipat dia. 
  4. Pasang Kipas @ Aircond dalam bilik. Persekitaran yang lebih sejuk daripada badan menggalakkan pengaliran haba keluar dari badan. Jadi suhu badan anak akan cepat turun. ~[sumber : Doktor Az-Zahra.]
  5. Susukan Anak Sekerap Mungkin. Yang ni memang paling penting. Bagi dia banyak menyusu, so kerap kencing, kerap berak, suhu pun boleh turun. Lagipun anak kecil kalau demam kan merengek je. Adam sepanjang malam semalam mengempeng je dengan aku, kejap kejap je lepas. Alhamdullilah, pagi ni makin sihat, dan malam ni dah sihat dan tidur dengan lena macam biasa.
  6. Mandikan Dia Dengan Air Biasa.  Ada orang tak bagi mandi, takut panas masuk dalam badan katanya. Mengarut ye sebenarnya. Kena mandi kalau demam. Kalau ikut doktor kena mandi 3 kali sehari. Kena mandi mulakan dari kaki. Bahaya biar panas naik sangat, boleh kena sawan. Aku mandikan je anak2 aku bila demam walaupun orang kata lap je tak yah mandi, nanti panas masuk dalam badan. Ikut cakap doktor dan hasil bacaan aku yang sahih.
Itu la antara cara aku rawat baby aku yang demam. ALhamdullilah sesuai dengan anak anak aku setakat ni.  

Just Sharing.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails