Finally, aku berjaya dapat balik RM148 dari Go Shop setelah 8 minggu.
Kes Go Shop menipu aku untuk refund duit aku dalam masa 2 minggu boleh baca kat link berikut:
Dan kes Go Shop penipu ni kemuncak klimaks dia adalah apabila pihak Go Shop gagal menunaikan janji palsu dia pada aku yang ke 3 kali bahawa aku akan dapat duit aku pada sekian-sekian tarikh (Ni tak termasuk janji palsu nak call aku balik lepas siasatan taik kucing dia setiap kali aku call tanya status). Kali ketiga diorang dengan confident berjanji aku akan dapat duit refund aku pada atau sebelum 13 Mei 2016. So petang 13 Mei tu aku call go shop lagi bertanyakan tentang duit aku yang masih belum ada bayang pun dalam akaun aku. Dan diorang boleh kata pula proses refund aku sedang tunggu tindakan daripada bank. Kebabian apakah itu?? Aku hilang sabar sangat hari tu, kurang ajar sangat kau nak menipu aku banyak banyak kali. Setiap kali aku call kau bagi alasan taik 2 minggu, 2 minggu, 2 minggu sampai nak masuk 8 minggu. Dah la langsung tak call aku sebagai customer ni untuk update status refund tu, aku ni la yang macam nak gila call diorang banyak kali dan end up dengan sakit jiwa dan sakit hati asyik kena tipu dengan janji palsu.
Aku memang hilang sabar, dari sorang staff ke sorang staff diorang pass kan call aku. Memang syaiton sangat diorang ni aku rasa masa tu. Bila aku cakap nak buat report, dengan berlagaknya staff yang bernama PREMA cakap, kalau nak report, tu hak puan. Bengang sangat aku. Masa tu aku simpulkan memang tak ada sudahnya aku minta dengan go shop ni, diorang hanya boleh bagi janji palsu dan menaikan darah aku je. So aku terus tekad report terus ke KPDNKK. Nak pergi pejabat KPDNKK tu rasa macam jauh je, aku try je la buat report online Jumaat tu. Dan tak sangka pegawai KPDNKK sepantas kilat, Jumaat tu email kat aku report aku telah diterima dan sedang dalam siasatan. Isnin aku dapat email Surat Akuan Terima dari KPDNKK
Isnin tu juga KPDNKK cc kat aku email yang mereka hantar pada pegawai Go Shop tentang aduan aku dan Go Shop perlu repons kepada KPDNKK. Dan dan petang tu juga Go Shop call aku beritahu KHAMIS (hari ni) aku akan dapat duit aku. Motif? Lepas KPDNKK email terus senang nak bayar duit aku kan?
Email yang di cc kan kepada aku oleh kpdnkk
So kesimpulannya, sebagai customer, bila kau rasa teraniaya terus la report KPDNKK. Macam dalam kes aku, aku diberi janji palsu banyak kali, asal janji, tipu, asal janji, tipu sampai aku rasa tak ada sudahnya aku call, email go shop ni untuk dapatkan refund aku, diorang cuma mampu berjanji tapi tak tepati. Lepa buat report dengan Kdpnkk paal Go Shop ni, Kpdnkk punya respon sangat pantas gila ok. Salute la kat pegawai-pegawai diorang. Kpdnkk sebagai orang tengah yang berkuasa. Kalau customer kecil macam kita ni Go Shop pandang sebelah mata, masalah kita dia acuh tak acuh, tapi kalau arahan dari Kpdnkk diorang tak boleh lawan.
Dan dengan ini aku boikot Go Shop. After sales service go shop teruk gila babi ye. Paling teruk selama aku hidup dengan online shopping. SERIK. Sebenarnya produk produk yang Go Shop jual ni banyak je ada kat Lazada tu semua. Aku pun baru tau bila google pasal produk tu. Lagi murah kat Lazada lagi tau. So, lepas ni memang aku haramkan lah Go Shop ni dari senarai online shopping aku.
Good bye forever GoShop and please Go die.. Haha.
5 comments:
good info nih. tak pernah beli lagi dengan go shop tu. slalu mmg browse online je. tapi iklan go shop tu memang attractive sangat
Marah benar ye Aini.. Alhamdulillah dapat juga balik duit refund tu...
Tak pernah lagi shoppig dengan go shop tapi memang dah dengar ramai yang komplen.
Info yg baik..terkena juga lagi.penghantarannya memang Teruk sesangat.
Saya pun nk tutup account
Setuju . penghantaran yg sangat worse....memang patut boikot....
Ajar sikit.....yg hantar pun kadang kadang tu kurang ajar...ada ke pesan kat budak umur 8tahun ....no tel ada tak kol..memang teruk ...
Post a Comment