Followers

Monday, February 19, 2018

Birthday Suprise! Yihuuuuu

Sepanjang nak masuk 6 tahun kahwin ni, tak pernah lah husband buat suprise. Memang dia dia tak reti kot. Jenis stright foward orang nya. Kita ngendeng2 perli perli bagi hint pun tak de dia nak buat suprise nya.. Sentap ahkak. But fot this year punya birthday, terkejut beruk sangat ahkak bangun bangun pagi dapat suprise jambangan cokelat n belon birthday ni. Hehehe.


Ceritanya macam ni. Laki ahkak kerja siang menjelang birthday hkak ni. So mintak la dia cuti sempena hari hol kelahiran ahkak (melampau nak ada hari hol sendiri..haha) Tapi dia tak boleh cuti, ape ko ingat tu company ko ada share suka suka hati nak cuti sempena birthday bini? So tak pe la, ahkak redha je la. Tengah malam birthday akak tu tepat 12 tengahmalam dapat wish je la. Aku siap tanya wish je ke, hadiah, kek tak de ker? Alaa nanti nanti lah kate dia pastu terus tidur. 
SENTAP AHKAK!  Dah la tak dapat celebrate esok siang kan, pastu tak de pepe pun malam tu,  Pukul 3 pagi aku bangun nak minum air siap check dalam aisbox mana tau ade suprise kek ke kan tapi hampeh je tak de.


Pastu sambung tidor dengan perasaan nak nangis.haha. Bangun bangun pagi tengok husband dah pergi kerja. Toleh tepi katil.. Taraaaaaa... Ade suprise la. Haha.. Terus bersemangat bangun pagi 18 Februari tu. 


Siap mandi akan anak2 semua, balun la makan cokelat sorang sikit. Sikit sikit je makan. Sayang woo nak habiskan. Pulak tu mak ko on diet, so makan pun berpada pada gitu..

Ok tu la kisah pagi Birthday ahkak pagi semalam. TU baru kisah pagi, kisah tengahri, petang dan malam to be continue di lain entri..

Apa pun. Tq husband for the suprise =)



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails