Followers

Wednesday, October 14, 2015

Resepi Apam Susu Sedap

apam susu mudah

Haha tajuk tak boleh belah, sendiri buat sendiri kata sedap. Eh tapi serius memang sedap. Menjadi jugak apam susu aku. warna pun mengiurkan kan?? Kakak intan bukan main suka lagi, sekali hadap boleh habis 3,4 potong.


Tips atau Cara buat layer apam susu ni nampak comel macam KekNi punya, 
1. Sudukan satu warna, satu warna ke dalam loyang.
2. Guna sudu berasingan, kalau campur nanti tak cantik sebab warna bercampur.
3. Buat 3 warna sudah, Banyak sangat warna carca marba jadinya nanti.

Konon bagi tips bagai, baru buat apam susu dah nak bagi tips bagai konon.. Haha.. Hello, KekNi dulu tokey segala kek, cupcakes, apam dotdot bagai tau. Jangan tak tau. Sekarang je dah pencen pasal malas dah nak duduk berejam depan oven. Sekarang duduk berejam depan laptop je..huhu..

Resepi Apam Susu Gebu Mudah Simple ni KekNi ambil dari blog Fieda. Warna pun tiru dia pasal memang warna kegemaran pun pink purle putih tu...huhu.

Bahan Bahan Apam Susu

4 Biji Telur
4 Sudu besar Susu Pekat manis
1 Cawan Gula
1 Sudu Ovelate
2 Cawan Tepung Gandum

Cara cara Buat Apam Susu

1.Blender kan aje semua bahan kecuali tepung gandum sampai kembang (putih dan ringan texture nya)
2.Lepas tu masuk dalam mangkuk besar, gaul kan ngan tepung yang di ayak
3.Asingkan dalam mangkuk kecil kpd 3 bahagian dan letak pewarna
4.Sudukan setiap warna satu satu ke dalam loyang sampai habis.
5. Kukus 30 minit.

SIAP! 

Monday, October 12, 2015

Polis Evo. Nak Tengok Wayang Please


Hei last aku tengok wayang rasanya masa sebelum kahwin ok. Kau kiralah dah berapa punya lama?  3 tahun lebih ok, anak dah 2 dah. Benci sangat.. Ape ke lamaa benor kan. Sekarang ni aku teruja sangat nak tengok Polis Evo. Nak tengok! Nak tengok! dengar orang review pasal filem polis evo ni semua cakap best je. 

NAK TENGOK POLIS EVOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Berangan je la.

Bye.

Thursday, October 8, 2015

Shopping Menggila


Aku ni sejak bermastautin kat Pahang ni ada satu tabiat yang kadang kadang kalau ingat balik rasa nak hempuk kepala sendiri. Tabiatnya macam ni, oleh sebab kat Kuala Lipis ni non hado shopping mall atau kedai kedai menarik yang boleh buat aku teruja nak shopping, maka aku jarang atau boleh katakan langung la tak ber window shopping kat sini. Berbeza masa duduk JB atau KL dulu, setiap minggu ade je agenda shopping aku. Kadang kadang almost everyday lepas balik kerja mesti nak singgah shopping mall tanpa ada keperluan nak beli apa pun.  So bila dah duduk sini, tak shopping, maka seronok la aku buat saving setiap bulan. Bunyi macam suci murni je kan perangai?

Tapi tapi tapi.. Bila aku dapat balik JB dua bulan sekali, aku punya mood shopping tu memang menggila. Lebih menggila dari gila. Suka suka hati aku je beli itu ini macam dah doploh tahun tak pernah pergi shopping mall padahal baru 2 bulan je pon.  Beberapa minggu sebelum balik Jb lagi dalam kepala hotak dah macam macam pikir nak shopping apa.  Nak lepas gian kononnya. Nah hasilnya dari balik JB hari tu aku sambar handbag baru, baju intan, baju adam, kasut intan pun beli walaupun raya hari tu baru je beli kasut raya. Sampai 2 pasang pulak tu sekaligus beli. Pastu ada hati nak beli stroller baru untuk Adam sebab stroller lama tu rasa besar gedabak sangat. Tapi tak jadi ye sebab bonet kereta DAH PENUH!!!! Tak muat.. Hahaha. Tapi lepas tu meratap sedih tengok acc bank sendiri. Haha.. Tak pe, ape guna kerja keras kalau tak ada reward untuk diri sendiri kan. 

Part shopping ni bukan aku je yang gila, laki aku pun perangai comel gila support bini dia shopping, Bukan support bagi cash atau credit card tau. Tapi dari segi but pilihan. Contohnya masa nak beli handbag hari tu. Mula mula aku dah berkenan handbag kat Carlo Rino Angsana tu, tapi warna dia aku tak berapa berkenan. Kalau ikut hati aku malas dah cari tempat lain, nak beli je yang tu walaupun warna tak berkenan. Ye la shopping bawak anak dua orang ni tak sama ye macam shopping zaman anak dara atau zaman dating. Hazab yerrr kalau lama lama... Perempuan beranak dua je paham perasaan itu. Tapi laki I kata tak yah la beli dulu, tengok kedai lain. Esoknya perji Jusco Tmn U pulak, gila dia punya Sales! Laki bini dah teruja. Aku tengah belek handbag sembonia sambil bercakap dengan sales girls, laki aku duk panggil 'sayang yang ni sayang', 'sayang yang ni lawa', 'yang ni sama macam kat angsana semalam.' 

sales girls : Wah bestnye ada tukang pilih.
me : Haahaa.. Dia yang over kan?
sales girls : Untunglah kak, husband sporting tolong pilihkan handbag.
me : sengih.
heeee... kalau tolong bayar untung la dik , tolong pilih je belum cukup untung ** cakap dalam hati*** 

Hehe... So aku memang ambil handbag yang laki aku tunjuk tu, iaitu Carlo RIno pink dalam gambar atas tu. Not bad kan taste laki mak?? Hehe...

Sekian itu saja cerita shopping laki bini.

Wednesday, September 30, 2015

Super Mak!

Actually aku penat gila. Berpusing pusing kepala. Plus selsema yang kronik sampai tersumbat hidung. Bayangkan lah, semalam pukul 3-4 pagi baru tidur. Tu pun bukan lah tidur lena, tau je la ada baby kecil kejap kejap kena sondol tanda nak susu. Lagi pulak berhimpit empat beranak satu katil, Haaaa.. Bayangkan la macam mana aku nak bertukar tukar position menyusukan adam. Hai la cabaran anak dua. 

Bangun pukul 8 anak anak masih tidor, cecepat pergi sidai kain yang dah basuh malam semalam. Siap sidai, anak masih tidur, bagus! Dengan tak mandi terus bukak laptop, sambung kerja yang aku stop pukul 3 pagi tadi. Sampai la pukul 11 pagi. Kejut anak, mandikan semua. Ajak main kejap, tidurkan smula si kecik, pastu masak pulak.  Ingat lepas masak dapat makan terus, perut dah berkeroncong lapar tapi si kecik Adam dah bangun pulak. Kenalah layan. Ajak main, pukul 2 ajak kakak dan adik tidur dengan harapan boleh la makan dengan tenang lepas tu. Tapi non hado ye. Kakak terlompat lompat atas katil, adik melekek ketawa suka. Ibu dah nak pengsan lapar dan kepala pusing ok. Mula la aku nak jadi singa, tapi masih dapat control lagi. 

At last dapat makan pukul 3.30 ptg. Si kakak masih tak nak tidur petang, telompat lompat, terjerit jerit main. Adik pulak tidur kejap kejap je. Memang tak merasa lah aku nak sambung buat kerja petang tadi, order dah berlambak, pening kepala aku. Dalam hati aku, si Intan ni kalau tak tidur siang, confirm malam dia mengamuk penat. Hangin je aku. Memang betul pun, malam ni dia start buat perangai. Terpekik pekik, dengki kat adik, mengada ngada dengan papa dia, menangis. Mula mula aku diamkan je. Pandang pun malas. Biar je papa dia yang handle. Lantak la kan korang 2 beranak, aku pun hangin je ngan papa dia tu, hari ni patutnya dia cuti tapi dia kerja jugak, balik lambat pulak tu. Orang patutnya time cuti, cuti lah, luang masa kat family, bawak jalan jalan makan luar ke kan. Aku ni dah la tak da sapa kat sini, jauh pulak tu nak pergi mana mana sendiri. Stress tau tak. Tepu otak kalau lama tak keluar rumah, mula lah muncung muka aku. 

Kemuncaknya, time aku tengah reply whatapps customer sambil buat kira kira, si Intan ni merengek menjerit jerit sebelah aku nak handphone aku. Masa tu dah pukul 11 malam ok. Dia punya perangai mata dah merah, dah penat, tapi nak cari pasal. Yang papa dia sibuk mengadap handphone tak nak layan. Ape lagi, meletus la gunung berapi. Cepuk sikit je pun suruh dia diam dan tidur tapi lagi kuat dia punya melalak. Intan ni perangai dia, kalau melalak kuat kuat confirm muntah. Maka tersembur la muntah atas katil habis habisan. Eeee... Saja dia bagi muntah.  Aku buat dek je. Papa dia yang bawak pergi tandas bersihkan dia, tukar baju semua. 

Masa tu aku memang dah penat gila kot. Dah la baru je tukar cadar petang tadi, kena tukar lagi malam ni. Plus lap lap muntah dia atas katil dan lantai. Intan the diva tu masih la nangis nangis, eh buat buat nangis ok. Sambil nangis boleh stop kejap tanya itu ini pastu sambung nangis. Pura pura sangat. Nasib baik adam behave malam ni, elok je baring kat bawah masa aku bersihkan muntah intan yang macam lava gunung berapi tu. Tapi rupanya diam diam Adam berisi ok. Setle je bersihkan muntah, baru perasan Adam berak. Sampai tembus ok kat seluar dan tilam dia. Dengan kain papa dia sekali kena. Haaaa.. tepuk  dahi aku....

Lepas setle semua, Adam tido, Intan tido, laki tido, aku bancuh nescafe panas. Hirup nescafe panas depan laptop sambil tulis entri ni. Ok dah siap. Sekarang baru boleh mulakan kerja shift malam aku pulak. Penat, pening, pusing. Tapi kerja tetap kerja.. 

Harap semua terutama suami dapat memahami kenapa isteri dia kadang macam tarzan marah anak, mucung panjang sedepa bila merajuk , diam membisu bila terasa hati. I penat. 

Bye 

Tuesday, September 29, 2015

Impian Menjadi Suri Rumah

Bongok betul line celcom sekarang ni tak tahu kenapa ya. Sakit hati ahkak. 
Amboi elok sangat bahasa mukadimah  mula mula dah mencarut kan.  Aku ni dah la bizi, nak buat kerja laju sentiasa, tapi kalau dah line asyik tersekat sekat memang amarah la jadinya. 

Banyak pulak membebel. Balik kepada tajuk asal untuk dikupas ya. Aku ni dah masuk 2 tahun jadi suri rumah walaupun belum ada rumah sendiri.. Ciss sangat. Tapi bukan itu isu nye yer. Isunya sekarang ialah impian orang lain juga iaitu wanita yang sedang bekerjaya yang nak sangat jadi suri rumah. Tapi mostly termasuk aku masa mula mula nak buat keputusan nak berhenti kerja tu berbelah bagi hati. Antara sebab berbelah bagi adalah

1. Cukup ke duit nanti kalau dah tak da monthly income? Nak bayar kereta, ptptn, hutang segala bagai
2. Tak sia sia ke belajar tinggi tinggi tapi last last duduk rumah je?
3. Harapan mak ayah yang bersusah payah cari duit hantar belajar tinggi tinggi tapi last2 ko tak kerja.
4. Sanggup ke ikut suami, duduk kampung, jauh dari kehidupan selesa kau selama ni?
5. Tak ada KWSP, tak ada pencen, macam mana hari tua kau nanti?
6. Takut nanti suami bosan tengok muka ko 24 jam sehari, 7 hari seminggu?

Ok nanti aku sambung lagi entri ni untuk kupas setiap point yang aku bagi kat atas ni k. Banyak pulak order masuk malam .. Mak bizi!

Saturday, September 19, 2015

Throw Back : Dari MRSM ke UTM Skudai

Tetiba rasa rindu memori zaman belajar. Saja nak throw back kenangan zaman belajar. Sejak kat MRSM, aku dan budak budak sekelas memang rapat gila. Sampai masing masing dah kerja, duduk jauh serata Malaysia pun still berhubung. Dan kebetulan, ramai pulak geng kelas masa kat MRSM dulu masuk UTM skudai iaitu aku, Aqmar, Wan, Yasin dan Ida. Wan, Yasin dan Aqmar sama Fakulti, aku je lain. Tapi fakulti kami dekat je. Ida je kitorang jarang jumpa, pasal fakulti dia jauh kot. So kalau ada aktiviti reunion ke, nak ke pontian ke, atau ada geng geng kitorang datang Jb ke, mula lah kotorang bersatu sewa kereta kat UTM tu dan pergi sama sama. Lepas tu kecoh kecoh sebab perangai semua gila. Masa ni En Emi panas hati je, menjeles tak habis habis..hehe

Ok ni kenangan masa kitorang pergi pontian dengan tujuan nak ambil sijil SPM Wan ke Yasin ntah, tak berapa ingat. Memang excited la kan nak pergi sekolah lama, tu yang berempat semua pergi. Sewa kancil buruk je, Aqmar la yang drive sebab dia yang paling teror drive masa tu. Nanti aku tunjuk gambar  kancil rare tu. 


Bergambar kat taman dalam sekolah kitorang ni. Jakun kejap sebab masa kitorang belajar kat situ dulu, taman tu tak da lagi pun ok. Togel je kawasan ni masa tu.



Jenis manusia yang kalau bergambar kat satu tempat tak cukup dengan satu snap. Mesti nak ambil gambar banyak kali. Kawasan bawah ni makmal sains. Terus teringat aku selalu gila mengantuk time kelas biologi kat makmal ni. Ngantuk je kerja. Tu yang Biologi tak dapat A tu SPM.


Sebelum balik ambil gambar pintu gerbang. Sampai nak masuk parit pasal nak ambil gambar. Yasin la tu paling over. 


On the way balik lalu ladang nenas. Kagum kejap pasal ladang dia luas macam jelapang padi. Harus jakun berenti kereta tepi jalan untuk ambil gambar.  Masa ni set kamera atas kereta kancil pastu lari seberang jalan semata mata nak ambil gambar. 


Holoh holoh kurusnya aku! 


Masa ni pakai jeans size 28 je uolss. Perlu ke mention? Terus pandang perut sendiri sekarang ni sambil jeling lelemak perut. 


Ha ni la kereta kancil yang kitorang sewa tu. Sewa dengan student UTM jugak. Tak ingat la berapa RM. Sewa 1 hari la kiranya, pastu bahagi 4 orang la.  Comel jugak kan kereta ni. Pepagi lagi Aqmar dah sampai depan kolej aku nak pick up aku. Pastu amik wan n yasin, terus gerak ke Pontian 


Hamboi posing. 


Disebalik semua posing tu, macam ni la gaya cameraman bergadai nyawa tengah tengah jalan nak ambil gambar. Haha.. Bergilir gilir. Lepas yasin, wan.Lepas wan, Aqmar, Lepas Aqmar, aku pulak. Bila ada lori nak lalu cecepat pekik, Yasinnnnnnnn lori... tepi... Lepas lori lalu, sambung pose dan ambil gambar lagi.

Banyak lagi aktiviti berjalan aku ngan neng MRSM aku ni masa belajar kat UTM skudai. Nanti iolss throw back lagi.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails