Followers

Wednesday, December 22, 2010

Tak Sedih Tak Marah Dah, Hari Ni Happy Sesaje

Mintak maaf la kawan-kawan. Asyik entri emosi je akhir-akhir ni. Maklumlah, sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang agak mengejutkan ini. Suasana baru biasalah mestilah rasa mencabar pastu mula la nak meroyan tak pasal kan.. huhu

Tapi hari ni macam happy sikit. Sebab outstation dua hari. Tak duduk office berkerut-kerut dahi memikirkan solution macam biasa. Haha. Berada di Kuala Lumpur, meeting petang tadi, now sedang berehat sementara bos pergi datting cik awek. Malam ni bertolak ke Kuantan pulak,

Hari ni jugak happy kerana dapat 2 berita baik! Alhamdullilah sangat-sangat, Satu berita baik dr en emi kite, satu lagi berita baik dari pihak yang aku tunggu-tunggu, yang aku duk tiap hari bukak website die untuk semak. Alhamdullilah Alhamdullilah.... Apekah berita baik itu? nantilah kasitau bile dah comfirm..hehe.

----------------------------------------------------

Aku rasa nombor 15 bawa luck pada aku dan famly. Tau tak, secara tidak dirancang, no rumah aku adalah 15, jalan rumah aku pun 15, no telefon rumah hujungnye pun 15, dan jangan tak caya, no pekerja pada kad ayah aku pun ada nombor 15.

Dan malam tadi masa check in hotel, dapat bilik no 2-15, sampai depan pintu bilik, aku terkedu dan terbeku sekejap dengan kepala senget pandang nombor kat pintu dalam sepuloh saat. Macam kena pukau gitu. Pastu tersedar, senyum sorang-sorang dan terasa cam ada sesuatu yang baik akan datang.

Tup..tup hari ni dapat 2 berita baik sekaligus. Wallahhualam... Sumenye ketentuan dan datang dari Allah s.w.t.

Alhamdullilah =)

3 comments:

Zaharah said...

hoho.. ape kah berita baik itu??

dapat KPLI ka?? Btol tak?

SINGALAUTMETRO said...

Jadi guru lagi baik...tolong anak bangsa...apa pun tahniah

NeenaAnuar said...

alhamdulillahhh.. congrats! ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails