Followers

Saturday, July 30, 2011

OMG... Keterlambakkan Kasut Yang Baru Disedari


Terkejut kita wak, masa mengemas pagi tadi terjumpa kasut-kasut ni semua wak. Bukan buat-buat terkejut tapi seriously wak, kite hampir terlupa kite pernah beli semua kasut-kasut ni dengan gembiranya dulu tapi telah memeram kasut-kasut tersebut dalam almari kasut bilik atas macam nak buat tapai.

Tapi jangan la awak-awak semua menuduh saya sebagai perempuan yang membazir, tak tahu dirik, gila kasut, melampau dan sebagainya tanpa mengetahui sejarah kasut-kasut tersebut. Ye, rak kasut kat bilik atas tu memang tempat simpan kasut-kasut yang jarang pakai. Ahaa.. jarang pakai sampai terlupa terus kasut tu... Ups, ada tu yang tak pernah pakai pun..



Ha... kasut ni. Ni kasut interview ni. Pakai sekali je masa interview guru mara tahun lepas. Tak boleh pakai selalu coz kasut ni menggigit. Lalu ahkak pun lantingkan la ia ke rak kasut atas tu sampai terlupa dia pernah wujud..huhu. Tapi tak pe, lepas ni bawak turun dan boleh pakai bawak pegi office ye...



Wau... Putih bersih berseri seri kan? Mana tak nye, memang tak pernah pakai keluar pun kasut ni. Gatal sangat nak beli walaupun diri sendiri tak berapa nak minat warna putih kan. Masa beli tu nampak kasut ni cantik sangat. Pastu bila dah beli, tak tau nak match kan dengan baju ape..huhu

Huuu.. Santek tak? Aku suka gila sebenarnya ngan kasut ni. Dulu buat pergi office la. Bukan saja peram dia dalam lemari kasut. Tapi dah rosak. Sebelah kanan tu, depan dia gamnya dah tercabut.. So tak buleh nak pakai... Terpaksa la lantingkan ke rak kasut atas sampai terlupa kewujudannnya.. Maafkan aku sayang..huuu


Ha... yang ni pulak. Kasut flat ni aku pernah sekali je pakai. Masa datting dengan en tunang masa zaman bipren gelpren dulu. Kemain la suka beliau bila aku pakai kasut macam ni. Dia tak suka aku pkai kasut tinggi sebab aku dah memang tinggi menggalah...huhu. Tapi i tak suka la pakai kasut flat, bila jalan rasa macam itek... kepek.. kepek.. kepek.. bunyinye..huhu

Ni pulak kasut beli masa nak konvo tahun 2009 dulu.. Huhu.. Lepas konvo, lenjan pakai buat pergi office pulak. Pastu one day ade orang mulut lancang dengan selamber kate kasut i tak chantek! Sentapahkakdikoi. Terus tak nak pakai lagi, lanting terus dalam lemari lagi..huu

Kasut ni pulak beli kat jusco dengan girang gumbira. Masa test kat kedai rasa ok je. Bila dah beli, pakai buat pergi tawaf satu shopping complek baru rasa seksaannya. Sakit tau belakang kaki sebab getah dia mencengkam.. Aiseh, kan dah terpaksa dilantingkan jugak ke rak kasut atas tu...
Last.. Yang ni tak termasuk dalam list ye. Ni baru punya... Kasut dalam rumah.. huhu.

Ok, tu la kisah kasut-kasut yang baru di temui tersebut. Maka dengan itu, selepas menyusun kasut-kasut tersebut macam dalam gambar kat atas tu, dengan mata terkebil-kebil kerana rasa bersaah dan terasa pembaziran telah berlaku, aku pun bertekad untuk menggunakan semula kasut-kasut ni untuk menebus rasa berslah..huhu

Monday, July 25, 2011

Kisah Sedih Lagi

Hari ni sepatutnya kereta siap. Dah boleh ambil dari bengkel. Dah call dah cina workshop tu semalam nak comfirmkan betul ke tak dah siap. Bila dia kata dah siap, boleh ambil tengahari ni, aku pun ape lagi, beria la nak ambik kereta kan.. Berapa lama lagi aku nak labur duit naik teksi balik kerja hari-hari.

Tiba je lunch time, abang aku yang kerja UTM tu ambik dan bawa aku ke bengkel. Di situ cerita sedih bermula. Turun je kereta terus cari my JMV.. Gila bapak sedih bila tengok bumper dan pintu bonet kereta yang dia tukar tu warnanya tak betul-betul sama dengan warna asal. Memang ketara tak sama. Memang silver blue tapi lebih gelap.

Muka aku dah start ketat seketat ketatnya! Cari cina tu kat dalam bengkel, tak ada, dia keluar. Terus call dia. Berkali- kali call tak angkat. Ke 5 kali baru dia angkat. "Saya aini myvi tu. U kata kereta saya dah siap, saya dekat workshop u ni. Apa pasal warna tak sama??". Masa ni aku cakap suara dah nak menangis ni. Orang tengah emo dengan macam-macam masalah kan..

"Oooo tak sama ka amoi? Nanti i call budak i. I dekat luar ni. " Kepala hotak. Tak kan kau tak nampak warna dia tak sama masa kau nak pasang kat kereta aku! Geram gila aku. Nak kata ape? Nak kata kereta aku yang dah pudar warna sebab tu bumper ngan bonet yang dia pasang tu nampak gelap? Helloooooooooooooooooo.... Kereta tu baru 2 bulan pakai bukan 2 tahun ok!

Menyirap. Mati la aku bebel kat cina tu habis-habis. Aku tak nak kereta aku macam tu. Aku nak warna dia betul-betul sama. Bukan free kau buat. Kau claim insurans dari cina yang langgar aku tu kan untuk repair ni, so buat la betul-betul. Benggang gila aku. Dia ingat aku perempuan, tak ptau pasal kereta, senang-senang kau nak buat main? Sorry naik lori la.

Lepas bebel kat cina tu, terus balik office. Dengan muka ketat, tak makan dari pagi sebab eksited nak ambik kereta, lunch pun tak makan sebab pergi workshop. Sampai office terus masuk surau. Campak file2 dokumen kereta yang aku bawak sama pergi bengkel tu dengan sekuat hati, lepas tu terus automatik menangis semahu-mahunya...

Serius aku stress gila-gila tadi. Stress dengan kereta, dengan kerja , stress dengan orang-orang tertentu yang pressure dan seksa perasaan aku. Semua tu menyesakkan dan buat hati aku sebak, terus merembes air mata dengan jayanya. Menangis sorang-sorang sampai tertido kat surau tu.. Dah dekat pukul 2 macam u, bila orang dah ramai masuk surau baru aku terjaga..

Perasaan lepas menangis tu sedikit menenangkan... Mungkin air mata yang mengalir tu umpama tekanan yang mngalir keluar dari perasaan tertekan...

Ya Allah ya tuhanku, ampunkan la dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradik ku, saudara maraku, guru-guru ku, kau murahkanlah rezeki ke atas kami ya Allah, tenangkan jiwa ku ya Allah, dan kau permudahkan la semua urusan ku ya Allah..... Sesungguhnya kepada Engkau saja aku memohon petolongan...

Amin Ya rabbal alamin...

Sunday, July 24, 2011

Kecewa Dengan Manusia Manusia Tersebut

Manusia yang menghimpit kita bila perlukan pertolongan saja. Aku memang susah nak tolak bila orang minta tolong. Tolong. Tolong. Tolong. Tak pernah sampai hati nak tolak bila orang minta tolong... Tapi bila sampai masa aku yang perlukan pertolongan rasa sedih pula bila susah pulak orang nak tolong. Bukan mengungkit, tapi cuma betul-betul terasa... Mungkin sebab dengan macam-macam masalah sekarang ni, buat aku sentap sesangat.

Rasa nak panjat gunung pasu jerit puas-puas... Ya Allah, beri aku kekuatan hadapi semua dugaanmu... Aku tau dan aku percaya setiap kesusahan yang kau turunkan wahai ya Allah, akan ada hikmah disebaliknya....

Bersabarlah wahai hati...

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday # Seremuk Hatiku Ini

Rabu, 20 hb Julai 2011, 8.00 a.m. Remuk buntutnye, remuk lagi hatiku ini wahai kodokku..

Friday, July 15, 2011

Jemput Ke Dapur Cupcakes Saya Ye Kawan-kawan...

Lama kot tak cerita pasal kek walaupun kat sidebar blog ni sentiasa terpampang gambar cupcakes..hehe. Meh la buat lawatan pantas ke dapur saya di http://simaniscomel.blogspot.com. Sedia menerima tempahan untuk sekitar Johor Bahru. Untuk Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tiba, ni la masa nak merasa ye. Jemput singgah ke blog simaniscomel saya.





Shawl Cinta...


Haha.. Tajuk tak buleh belah ye... Motip? Nak bagitau shawl yang dipakai adalah hadiah dari cinta hati..hehe.

Saturday, July 9, 2011

Gambar Sekitar Perhmpunan BERSIH Kuala Lumpur

Menyusahkan, menganggu, memeningkan, merugikan, memburukkan imej negara. Ape lagi kalau bukan akibat Perhimpunan BERSIH hari ni. Tak tahu la nak salahkan yang mana. Ada yang kata sebelah pihak ni terlebih paranoid. Berikut adalah gambar sekitar perhimpunan Haram BERSIH yang di ambil dari berita harian online.







Please la rakyat Malaysia... Sayangi la negara kita ni. Jangan la nak memberontak sana sini, menggugat keamanan negara. Tak bersyukur ke dengan nikmat kemakmuran negara kita sekarang? Nak ke kita jadi macam negara lain yang bergolak sesama sendiri sampai menyusahkan rakyat sendiri? Belajar la bersyukur.... Nikmat keamanan negara kita berbanding negara lain cuba la pikir

Masa Terbaik Cashout Earning Nuffnang

Tabung earning nuffnang ku nampaknya sedang berbuah masak ranum. Sedang elok untuk di cashoutkan bila-bila masa saje lagi. Tapi sekarang masih awal bulan, kalau ikut tips cashout nuffnang earning, adalah lebih baik kita klik button cashout tu masa akhir bulan. Sebabnya adalah seperti berikut ;

Nuffnang akan memproses pembayaran kepada kita sepanjang bulan berikutnya. Contoh : Kalau kita cashout pada akhir bulan 7 ni, sepanjang bulan 8 pembayaran kita akan diproses dan kita akan dapat cek pada awal bulan 9. Jika kita cashout pada awal bulan 7, proses pembayaran cek kita tetap akan bermula sepanjang bulan 8 dan kita akan dapat cek awal bulan 9. Kan lagi lama tu nak kena tunggu

So dari tunggu lagi lama, baik kita cashout nuffnang tu hujung bulan. Mana tau ada buffered earning yang bakal bertukar menjadi metered earning akhir bulan tu kan? Dah bertambah jumlah yang boleh di cashout kan? Ni pun ada 4 BE yang sedang berjalan. Harap-harap dia boleh bertukar jadi metered earning sebelum hujung bulan ni..hehe. Tapi kalau masih nak berjalan sampai bulan dpan or tahun depan pun lagi la Alhamdullilah...huhu

Nampaknye cek nuffnang aku kali ni memang untuk cover kepokaian lepas raya la ni kan. Ye la, hujun bulan 7 ni nak cashout, so awal bulan 9 la dapat... So tak dapat la nak buat bajet beli baju raye gamaknye...

Kepada pihak nuffnang, terima kasih daun keladi, lepas ni tolong la bagi banyak lagi Buffered Earning dan lanting-lantingkan lah lagi panggilan untuk bagi blog ceriteras ni peluang buat sponsored post lagi dan lagi ye.. Sangat teruja menunggu.. =)

Friday, July 8, 2011

Yeah Dah Pandai Buat Cheese Cake!

Akhirnya.. jadi jugak cheese cake home made yang di idam idamkan. Hasil Resepi chese cake by google..huhu.. Boleh la nak meniaga plak lepas ni... Mari-mari, orang jb, orang skudai, sape nak rasa cheese cake..hehe.. Oh yang ni ialah oreo cheese cake. Lepas ni nak try blueberry cheese cake.



Akan di masukkan dalam list item simaniscomel tak lama lagi.. Nak test dan test buat lagi sampai cantik..huhu. Rasa dah lulus dah. Tak caya? Meh la rasa..huhu

Cita-cita Minggu Ini : Nak Berada DI Dalam Rumah Sahaja Sepanjang Sabtu Dan Ahad

Aiseh, makin jarang update blog. Bosan nak bagi alasan bizi walaupun memang bizi. Rasanya aku kena menjadualkan balik hidup aku bagi teratur lepas ni, supaya masa untuk kerja, masa untuk bersantai, masa untuk kek, masa untuk blogging tak huru hara macam sekarang ni ha..

Yang penting, paling penting, hujung minggu ni nak berehat kat rumah puas-puas. Aku rasa dah lama, dah berapa minggu dah ni aku tak dapat kualiti cuti yang betul. Sabtu kerja, lepas tu ahad dah outstatation. Ye la, kalau meeting kat kuantan atau kl isnin pagi, mesti la aku pergi Ahad kan? Dah burn cuti aku... Penat...

Oh ye, i update blog kat opis ni.. Tapi time lunch la. Jumaat kan, lunch lame. Eh tapi aku tak keluar lunch pun, tadi kusyuk buat kerja. Kengkawan len dah bertempiaran ke jusco awal-awal lagi. Jcard day hari ni haa.. Tapi aku tak de nafsu langsung ngan jcard day kali ni.. Sebab otak pikir nak siapkan kerja je.. Bagus tak? Memang bagus.

Bagusnye juga dari segi menyelamatkan kepingan duit di dalam dompet...huhu


Tuesday, July 5, 2011

Shooting Like Model

Ohoooohoi............... Cantik tak aku? Ups.. Silap. Cantik tak gambar ni? Ni baru intro. Nantikan kemunculan aksi aksi ayu yang lain lepas dapat semua softcopy dari mr photographer kami nanti.

p/s : Kepala sedikit biol akibat eksiden melanggar dinding kaca opis yang menyebabkan benjol seperti flower horn di dahi..

Monday, July 4, 2011

Mari Bercerita Tentang Tanggungjawab

Antara tangungjawab dan kehendak diri sendiri, mana yang perlu di utamakan? Kalau korang rasa kehendak untuk menghabiskan duit pada kereta untuk di modified demi kepuasan diri itu lebih penting dari menunaikan tanggungjawab korang memberi nafkah yang secukupnya kepada mereka-mereka yang berada di bawah tanggungjawab korang, korang telah menggambarkan diri korang sebagai manusia yang tidak bertanggungjawab.

Aku sangat elergik dan sensitif dengan isu tanggungjawab. Sentap. Sentap. Sentap. Kalau aku, time bulan sesak-seksa yang mencengkam kalbu bila part nak keluar duit tu kan, aku rela skip bayar bil internet atau skip untuk masuk dalam ASB untuk bulan tu tapi aku tak pernah rela skip bagi elaun / duit belanja pada mak ayah aku.

Biarlah tak dapat menyimpan bulan tu, biarlah internet kena potong bulan tu, biarlah tak dapat shopping bulan tu, tapi tanggungjawab pada mak ayah aku tak kan tolak ke tepi. Pasal pe? Pasal mak ayah aku tak pernah skip bagi makan pakai kat aku sejak aku lahir, tak penah skip bagi duit belanja sekolah, tak pernah kata tidak bila aku nak pakai duit sepanjang aku belajar kat universiti walaupun sesak macam mana pun diorang...

Mak ayah aku lah orang yang bertanggungjawab mengajar aku apa itu tanggungjawab.. Kepada orang-orang yang tiada perasaan bertanggungjawab, sedar la... Anda kelihatan jelik jika melebihkan kehendak dari tanggungjawab...

Sekian dari anak mak dan ayah... =)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails