Followers

Wednesday, August 31, 2011

Rasa Nak Lempang

Rasa nak lempang. Eh sebelum lempang nak muntah dulu. Muntah tengok gambar pasangan terlarang kat facebook berposing sakan. Jeles? No laaa... Muntah sekali lagi. Awat yang aku meluat sangat ni kan? Macam ni, aku kenal budak ni dengan nama Fa***** (Nama perempuan). Masa zaman sekolah dulu. Budak ni pendek dan comel. Ya, memang masa sekolah dulu dia brutal sikit, tapi still cute sebab masih pakai uniform sekolah baju kurung.

Tup tup, bila jumpa balik kat facebook, humakhai, nama dah tukar jadi jantan. Dressing pun memang jantan habis. hampir-hampir tak kenal. Paling tak boleh belah, siap ade gelpren. Kemain la seksi gelpren nye. Bergambar sakan berpuluh album, selang dua hari up gambar baru. Konon dia lelaki romantik peluk ciom gelpren yang seksi, snap snap gambar, upload lagi ke facebook. Muntah lagi. Muntah..

Hai la... Ni yang rasa nak remove bagi mengelak muntah darah ni... Dunia Dunia...

*** Entri berbaur kepoci setelah habis ramadhan.. =)

Saturday, August 27, 2011

Alhamdullilah Masyuk Masyuk Raya...hehe

Aiseh.. Dah nak raya. Perempuan ni nak raya ni otak dia macam dah tak berapa betul penangan ketidakcukupan rehat dan ketidaktentuan masa tidur akibat bisness kecil-kecilan nya itu iaitu simaniscomel.blogspot.com.

Antara tempahan yang diterima sepanjang ramadhan....







Adapun begitu, aku bersyukur la pada rezeki yang Allah bagi. Terima kasih ya Allah, terima kasih kawan-kawan, terima kasih pelanggan-pelanggan setia dan tak lupa jugak yang baru...

Kesian Tunang Saya....

En tunang : Sayang, tangan abang bengkak. Besar sebelah dah.
Aku : Eh kenape?
En Tunang : Abang malam tadi mimpi sayang kena culik, abang nak selamatkan sayang, abang
tumbuk penculik tu. Tapi rupanya abang tumbuk kepala katil.
Aku : Hah? Hahaha... Kesiannye...huhu..

Dalam hati macam berbunga. Gila suwit tunang saye ye jadi superhero dalam mimpi. Mesti sekuat hati dan perasaan dia nak tumbuk penculik tu tapi sebenarnya tumbuk kepala katil sampai bengkak tangan. Punya la nak selamatkan saye ni ha..hehe.. Kesian dia.. I Love u so much la...

Wednesday, August 24, 2011

Dia Kata Saya Dah Kurus....................Sikit.

Weekend lepas aku dijemput untuk menshoppingkan diri sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang. Aktiviti menshopingkan diri adalah ditaja khas 100% oleh orang yang menjemput iaitu mr tunang yang tercintak.. Oleh kerana cinta jarak jauh yang memisahkan, maka kami sepakat berjumpa kat KL untuk berlaku adil iaitu tengah-tengah antara Pahang dan JB..haha.

Maka, bermula la aktiviti shopping raya kami di sana. Aku pilih nak cari baju, tudung dan lain-lain kat jalan TAR. Kat situ kan best gilak, sume ade, meriah plak tu. Tapi that day cuaca ya ampun panas la sangat. Tapi aku ok je sebab teruja nak cari baju raya kan, tapi mr tunang tu la ngada-ngada panas sikit tak boleh..haha.. Mula-mula kitorang survey kat gerai-gerai kat belakang tu, tapi sebab tak tahan panas, dia tarik aku masuk kedai-kedai ber air cond.

Membebel. Ye, lelaki itu membebel. Panas-panas kat luar tu buat ape, cari la baju kat kedai-kedai ni, kan sejuk, banyak je baju, banyak je pilihan. Ye la ye la... Beralah la beta, mencari baju kat deretan kedai kat situ, kesian kan orang tu puasa.. Last-last dapat jugak baju yang berkenan di hati. Harga pun okeh. Sempat la sauk sepasang kurung moden, 3 helai tudung, pin tudung cecantik. Time kasih my darling... I lap u la...hehe.

Siap part aku, part dia pulak. So masuk Sogo. RIang gumbira la dia pilih baju kat situ. Oii kemain lama la jugak nak pilih. Kalah pompuan. Sampai tersandar aku kat celah baju-baju tu sebab penat menengokkan belau memilih. Dah puas pilih, last-last dapat la 2 helai tshirt Polo. Puas la hatinya itu.

Pastu dia suruh cari kasut aku pulak. Tapi mak tak larat dah naaaaaak...Rasa nak mintak dukung je. Pening kepala tengok orang penuh kat sogo tu, nak berjalan pun payah, rasa nak tolak-tolak je sume orang...gila kejam kan? Haha...

Maka berkahirlah aktiviti shopping raya aku. Patutla puasa tahun ni aku tak ada mood langsung nak pergi shoppng sendiri kat JB. Rupanya ada orang nak belanja...haha. Bila orang belanja, kemain la lagi mood shopping tu kan.. Jimat duit ahkak...huhu

So ape kena mengena tajuk ngan entri? Ahaaaai... Kan dah lama tak jumpa, masa aku baru sampai tu, masa masuk dalam kereta dia, terus dia kata, syang dah kurus la.................sikit. =). Hehe.. tu je sebenarnya..

Friday, August 19, 2011

Lama Tak Update Blog, Nak Pikir Tajuk Pun Makan Masa 5 Minit

Hai. Akak korang ni dah lama tak update blog kan. Bukan dia malas. Dia bukan seorang yang pemalas okeh. Tapi lately ni dia bizi siket. Ye la, siang jadi programmer, malam jadi mak cik kat dapur buat kueh bagai kan.. Lagi pulak, sekarang makin bizi menggila beliau sebab dah tambah lagi satu kerja...

Kerja ape korang tau? Sebagai model... Model ape? Model belon...haha


Nice... To be Continue...

Saturday, August 13, 2011

Pizza Home Made Untuk Berbuka Puasa


Hari ni berbuka sangat la meriah kat rumah. Sepupu sepupu ku yang gonjeng berkumpul berbuka kat rumah. Riuh rendah la la rumah dengan anak-anak sepupu yang havoc.. Huhu.. Sangat-sangat la happening..

Untuk menambah kemeriahan, cik noy selaku tuan rumah pun buat la home made pizza dengan gembiranya. 3 tray ye buat. Dan sekejap je licin 3-3 tray tu. Bagus. Suke dan puas hati la cik noy ni bila ape yang dimasak mendapat sambutan. Next time boleh buat lagi...hehe

Thanks sepupu -sepupu ku yang berkumpul kat rumah tadi. Dah lama tak rasa suasana cam ni. Dulu masa arwah atok ada, memang kat kampung la kitaorang berkumpul. Tapi sekarang, atok dah tak de, nak balik kampung pun macam dah tak rasa ape je... Alamak, tersedih la pulak..huu..

Ape pun next time kita serang rumah pak ndak pulak ye berbuka kat sana.. Kasi meriah lagi.. Hidup cucu-cucu Tok Anjang Kiah!!! Hehe.. =)


Friday, August 12, 2011

Semangat Hari Raya Yang Semakin Kurang

Dah dekat 2 minggu dah ni puasa. Kalau tahun lepas, minggu pertama puasa lagi aku dah start dengan projek kuih raya. Shopping raya jangan cakap la, tiap hari balik kerja singgah jusco ke, kipmart ke, the store ke cari baju raya untuk famly dan diri sendiri..

Tapi.. tapi.. tapi.. Tahun ni, semangat raya rasa macam berkurang. Satu hapah belum buat. Kuih raya? Langsung la... Siap tanam cita-cita nak beli je semua kuih raya tahun ni. Baju raya selai pun tak ade lagi. Uh langsung tak bersemangat nak raya ke?

Semangat tu ada kurang sikit.. Ntah la.. Tak tau pasal pe.. Semoga hujung minggu ni semangat nak beraya menjadi berapi-api sikit. Bleh la dapat baju raya selai dua, kuih raya sejenis dua kan. Semangat la sikit aini..

Hurmm.. Tapi bila pikir pasal kerja yang melambak, terus rasa nak muntah hijau dan tak ade semangat balik.. Rasa nak terperap dalam bilik siapkan kerja je. Dah tahap teruk aku ni. Tak suke. Tak suke.. Tengok la, blogging pun cam tah ape-ape ye ayat tunggang terbalik ni..

Rasa cam dah tak normal hidup aku.. Huwaaaaaaaaaaaa... Kembalikan aini yang dulu.... =(



Monday, August 8, 2011

Ayam Golek Santapan Berbuka Versi Oven Baru... Yuhuuuuu..

Kalau nak tau, aku ni memang la pengemar ayam golek...hehe. Segala jenis masak ayam aku suka sbnarnya, tapi yang paling suka ayam bakar la. So, terlanjur dah beli oven baru tu kan, siap boleh buat ayam golek guna oven tu kan, ahkak ni pun teruja la nak menggolekkan ayam kat dalam oven baru tu..

Ayuh saksikan aksi ayam golek seksi cik aini.. =)

Cik ayam kita kelihatan tenang sewaktu 10 minit pertama bergolek dalam oven

Cik ayam semakin serasi bergolek sambil lambai tangan, eh silap, siap lambai kepak lagi u...

Finally... Siap ayam golek blackpaper ku....Sedap. Macam yang kat jusco sekor RM 14 tu..hehe

Gebu cik ayam ko aini..Hehe. Resepi ayam golek blackpaper ni aku google je. Tak ingat la ambil yang mana satu. Yang pasti campur-campur resepinya dan terhasillah yang ni.. Puas hati buat sendiri. Beli ayam besor gabak cam ni, puas satu famly makan...

Terima kasih kekasih baru ku wahai oven serba guna... =)

Friday, August 5, 2011

Lala Cadar Raya Kononnya...

Biasa la i kan, suka nau usha usha kedai online kat blog, kat facebook. Nak dijadikan cerita, hari tu terjumpa la kedai cadar online ni.. Mak hai, murah - murah cadar dia. Cute pulak tu. Geram menengok nye.. Lantas sepantas kilat terus tanya pada tokey kedai tu masih avaiable tak? Gembira bukan kepalang bila tau masih ada. Terus transfer duit pastu goyang kaki tunggu cadar sampai rumah...

Jeng jeng jeng.... Sehari selepas dia pos kan cadar, teruslah cadar sampai rumah. Pantas dan tuntas sungguh. Ni la rupanya cadar yang di beli. Cantik tak? Cantik gila babas bagi aku..huhu. Untuk set cadar queen ni lengkap dengan 4 sarung bantal, 1 sarung bantal peluk, 1 cadar queen dan 1 comforter. Tau tak berapa harga dia 1 set ni? Tau tak? Hanyalah RM 50 sahaja okeh.. Berbaloi tak berbaloi? Berbaloi baloi bagi aku.

Berbaloi coz cantik, comel, kain dia pun sedap ooo... Lembut je... Memang puas ati la...hehe. Tengok la, kemain matching lagi dengan bunga-bunga kat dinding tu kan..hehe suka i..huhu.. Oh, kat sini la terpesongnye. Mula-mula konon nak buat cadar raya, tetiba bila sampai tak sabar pulak nak pakai, terus jadi cadar puasa...huhu.

Ops.. sebelum aku merasmikan tidur kat cadar baru, budak 2 ekor ni dah rasmikan dulu. Melampau kan? Huhu... Ok, kalau ada yang nak tengok usha-usha cadar bleh la tengok kat facebook Cadar Collection. Dia buat promosi raya ni. Apa lagi, pergi la tengok.. =)

Wednesday, August 3, 2011

Tangan Untuk Coding, Tangan Untuk Baking

Pergi office dengan mata merah perkara biasa. Pergi office dengan mata segar ntah bila nak rasa. Gitu lah kekdahnya kalau jadi programmer. Mengadap laptop dari 8.30 a.m hingga 6.00 p.m. Kalau ada urgent pasal system, balik rumah pun tak senang duduk. Balik rumah, makan, mandi siap-siap, bukak laptop balik, meniarap atas katil, sambung buat coding... Buat-buat coding sampai tertido.. 3,4 pagi terjaga, sambung lagi buat coding... Pagi kul 8 masuk opis balik, buat coding lagi, lagi lagi dan lagi coding....

Bila tak ada benda urgent sangat, mula la balik kerja tak reti balik rumah terus, mesti nak singgah kedai jual barang bakeri, beli itu ini untuk persediaan malam nak membaking... Membuat kek, cheese tart dan segala mak nenek untuk menggembirakan hati... Dalam hati menyanyi riang, rasa seronoknye hidup kalau hari-hari dapat macam tu... Melakukan sesuatu yang menggembirakan hati...

Cita-cita satu hari nanti.... Jari berhenti menaip coding dan beri peluang untuk tangan dan jari mem baking setiap hari... Di kedai sendiri.... Hasil titik peluh sendiri.... InsyaAllah.... Amin...

Dan.. Mempersembahkan kepada anda... Sempena perasmian oven baru cik eni kita.. Jeng jeng jeng......

Blueberry Cheese Cake sebagai menu baru simaniscomel

Monday, August 1, 2011

Antara Spoiler Kereta Dan Oven Baru Mana Satu Idaman Kalbu??

Sebelum dapat gaji lagi dah berkira-kira nak buat salah satu daripada dua perkara ni. Samada nak beli oven baru untuk bisnes baking atau pun pasang spoiler kereta myvi tu.. Huhu.. Tak boleh tamak buat dua-dua takut out of bajet pulak nak raya ni. Nak beli baju raye kasut raye segala mak nenek raya lagi kan?

Tapi.. tapi tapi... akhirnya, oven baru jugak menjadi pilihan. Beli kat court mamouth tengahari tadi. Tak plan pun nak beli. Mula-mula just bawak mak tengok-tengok perabut, pastu tengok ada pulak promosi oven, terus la ngap sebijik.

Oven 30L jenama Elba. Gambar curik kat google. Ade snap kat handphone tapi malas gila nak transfer sejak kena tukar pakai laptop tak ade bluetooth ni..haha. Memang malas nak cari kabel segala.
Lepas beli oven tu, masuk pulak Giant. Jumpe pulak loyang form spring yang dah lame ku carik-carik. Memang dah laama berhajat nak beli, tapi tangguh je. Tapi sejak rajin buat cheese cake ni, memag la amat-amat memerlukan sebab senang gila buat cheese cake pakai loyang ni, senang nak keluarkan dan tak hangus kat tepi.. So cheese cake akan jadi cantik je... Petua ni..hehe..

Gembira la hatikukinik lepas dapat barang-barang baking baru.. balik rumah, dengan tak reti penat, terus mengocak di dapaur, buat cheese cake sebab excited terlebih nak guna loyang ngan oven baru..haha.. Alhamdullilah, hasilnya memuaskan hatik! nanti i tepek gambar ye. Almaklumlah,cari kabel tak jumpe-jumpe nak transfer gambar, nak curik gambar cheesecake orang len, tak ori la pulak kan? Hehe...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails