Followers

Monday, August 8, 2011

Ayam Golek Santapan Berbuka Versi Oven Baru... Yuhuuuuu..

Kalau nak tau, aku ni memang la pengemar ayam golek...hehe. Segala jenis masak ayam aku suka sbnarnya, tapi yang paling suka ayam bakar la. So, terlanjur dah beli oven baru tu kan, siap boleh buat ayam golek guna oven tu kan, ahkak ni pun teruja la nak menggolekkan ayam kat dalam oven baru tu..

Ayuh saksikan aksi ayam golek seksi cik aini.. =)

Cik ayam kita kelihatan tenang sewaktu 10 minit pertama bergolek dalam oven

Cik ayam semakin serasi bergolek sambil lambai tangan, eh silap, siap lambai kepak lagi u...

Finally... Siap ayam golek blackpaper ku....Sedap. Macam yang kat jusco sekor RM 14 tu..hehe

Gebu cik ayam ko aini..Hehe. Resepi ayam golek blackpaper ni aku google je. Tak ingat la ambil yang mana satu. Yang pasti campur-campur resepinya dan terhasillah yang ni.. Puas hati buat sendiri. Beli ayam besor gabak cam ni, puas satu famly makan...

Terima kasih kekasih baru ku wahai oven serba guna... =)

3 comments:

Kancilbiru said...

kita ada oven sebijik macam ni tapi tak reti pasang nak bagi dia golek2 tu...camna?hehehe

shera haifa said...

perghh.. bestnye!!

Aini said...

nak bagi dia golek, pusingkan tombol oven tu kepada simbol berpusing macam icon refresh kat mozila tu..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails