Followers

Thursday, September 29, 2011

Pengajaran Yang Berguna Semalam

Semalam otak adalah sedikit gila. Balik kerja, terus singgah mall, cuci cuci mata. Konon. Sebenarnya bukan sekadar cuci mata. Tapi cuci tangan jugak..haha. Cuti tangan di sini bermaksud mengeluarkan uwang dari tangan. kasi bersih dompet. Serius. Aku beli itu ini sampai duit dalam dompet tinggal helaian singit- singit..huhu..

Bukan selalu. Sejak makin rajin cari duit, makin kedekut aku nak keluar duit tau. Mungkin sebab rasa sayang dan sedar bukan senang nak dapat duit tu. That why la misi mendapat kan objek kat bawah ni asyik bertangguh je walaupun collection dah mencukupi...


Ok ok, berbalik pada cerita tadi, aku biasa la, bila rasa stress mesti nak release kan stress tu kan, so salah satu cara adalah dengan shopping. Shopping memang terapi untuk wanita ye. So dalam operasi menghilangkan stress tu, aku pun shopping la baju office yang dah lama aku tak shopping. Dapat la beberapa helai. Puas hati.

Gambar berkaitan tak ada la. Sejak akhir-akhir ni bukan main malas nak snap gambar tau. Hurmm.. Mungkin sebab nak tunggu handphone berkamera 5.0 megapixcell kot baru teruja nak ambil gambar..huhu..

Sebenarnya dari aktiviti menghilangkan stress semalam, aku dapat satu pengajaran... Tak salah spend duit yang kita dapat, duit hasil usaha kita untuk buat hati kita gembira. Apa guna simpan duit banyak-banyak, sayang sangat nak guna tapi hati tak gembira. Betul tak? Beri penghargaan pada diri supaya hidup sentiasa bersemangat dan tak la rasa macam tak ada makna je...

Chaiyok Aini!!! Enjoy your life!!...

Sunday, September 25, 2011

Memey Suhaiza - Ada Tak Cerita Yang Baik Pasal Dia?


Pertama sekali selamat pengantin baru la kepada Memey ngan Norman. Uh walaupun ramai yang meluat, tapi dah nikah kan, dah sah, nak kata apa lagi. Baru tadi tengok gambar perkahwinan norman dan memey ni. Secara jujurnye la, bagi aku dari gambar-gambar tu masa pernikahan norman ngan memey ni, sangat la tak lawa dan tak berseri si Memey ni. Macam suram dan gelap je muka walaupun pakai lipstic merah menyala.

But, gambar atas ni, gambar persandingan memey dengan norman yang aku amik kat Oh bulan ni, Memey nampak cantik gila vavas. Beza gila masa nikah. Betul tak? macam princess. Kalau la cerita dia secantik gambar dia masa sanding ni, alangkah bagusnya... Tapi sayang, semua cerita pasal dia yang banyak adalah yang buruk berbanding yang baik...

Teringin gak nak baca cerita sisi baik yang ada pada si Memey ni... Ye la kan, tak kan la seumur hidup orang hidup dengan buat silap je. Kot - kot ada cerita baik dia yang boleh tutup sikit rasa meluat orang pada kesilapan besar dia dulu tu.. Korang ada?? Share la sikit...

Saturday, September 24, 2011

My Engagement Day : Part 3

Ok hari ni tuan blog macam ada gila sikit. Punya la dah basi majlis pertunangan dia, 26 Februari 2011, baru sekarang dah bulan september baru dia tiba-tiba nak sambung cerita part 3 pasal majlis pertunangan dia.. Haha..

Baik, snbubgan kisah adalah berkisar kepada nak tunjuk gambar-gambar hantaran yang gigih aku buat untuk tunang ku yang tercintak..haha. Seriously memang aku buat semua ye. Dari bentuk riben, bunga-bunga cinta tu semua.

Ok yang ni cokelat cadburry pelbagai jenis, sebab purple aku beli la... hehe

Bunga Rampai

Kemeja saiz L yang akhirnya dia tak pakai pun sebab besar sangat. Padah beli sorang-sorang tnpa dia kan.

Tuala. Cantik tak? Cantik tak bunga-bunga itu? Cedera tangan ni memintal-mintal buat bunga tu tau
Cheese tart.


Sehadag Purple yang aku suka sangat-sangat. Rasa nak mintak balik jek..huhu

Dan lastly Sireh Junjung...

Oh actually ada lagi satu iaitu kek yang menggenapkan 9 dulang hantaran kesemuanya, tapi tak ada pulak gambar. Ya Allah, kalau nak tau, aku la manusia paling sibuk masa hari tu. Sampai tak sempat nak buat cupcakes untuk hantaran. Sian kan? TOkey cupcakes tak ada cupcakes di hari bahagianya... Beli kat secret recipe je.

Kadang rasa cam sedih gak. Ye la, masa majlis adik aku, abang aku, aku la manusia paling sibuk, semua aku buat, hantaran, kek, goodies sume. Pastu masa majlis aku pulak, aku jugak manusia paling sibuk, berganda sibuk nye sampai rasa tak sempat nak buat yang terbaik masa majlis sendiri..

Tapi tak pe,Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah... Ok, next episod cerita pasal hantaran dari pihak lelaki pulak ye..

Thursday, September 22, 2011

Antara Sebab Blogger Malas Update Blog

Hai,blog ni makin lama makin sepi nampaknye... Dah ownernya pemalas ya ampun nak update. Huh. Bukan tak nak update sebenarnye. Tapi adalah kekangan-kekangan yang menghalang. Ecececeh.. Antaranya ialah keGeMukAn.

Suke gambar macam ni. Nampak kepala je, so tak nampak bdan..haha

Pasal pe? Pasal diri dah makin gemuk, so malas nak tangkap gambar. Sebab kalau tangkap gambar then tengok balik gambar mesti macam tak boleh terima hakikat you... Oh sungguh menyayat hati. So bila dah tak tangkap gambar, macam tak ada bahan nak di ceritakan...

Oh, please stop kate aku tak geMuk. Aku tak geMuk. Benci mendengar perlian membunuh itu. Berat aku sekarang adalah 6+ ok.. + tu sila la teka sendirik. Sementara anak dara- anak dara lain kat opis tu berat 4+ hingga 5+ sahaje. Maka aku la anak dara paling gemuk kat situ?? OK BENCI SANGAT.

Tak nak update blog lagi sampai kurus!

Boleh gitu?

=)

Sunday, September 18, 2011

Sebenarnya Aku Ada Penyakit...

Penyakit ni macam seius jugak. Macam ni,bila aku telah berkenan terhadap sesuatu, aku dengan eksited dan gigihnya akan kumpul duit untuk beli sesuatu tu la.. Tak lama pun kumpul, dengan hasil bisnes simaniscomel aku tu, plus duit nuffnang yang baru dapat, memang cukup sangat dah..

Tapi.. Tapi.. Tapi... Bila dah dikumpulkan duit tu (aku suka asingkan kat bank lain), rasa sayang gila nak guna. Mula la keluar 1001 tanda soal kat kepala ni samada nak beli ke tak sesuatu tu.. Masa tak ada duit rasa nak beli sangat-sangat, bila dah ada duit sayang pulak nak guna. Haha.. Ade macam bau-bau kedekut tak?

Antara 10001 tanda soal yang berlegar kt kepala adalah memikirkan samada something itu adalah KEPERLUAN atau semata-mata KEHENDAK. Keperluan adalah perlu, tapi kehendak perlu dipikiri bekali kali sebelum buat kputsan.

Ha... cerewet tak akak ko ni? Memey la bak kata orang pantai timur. Tapi tapi tapi, walaupun something tu mcam dah nak jatuh bawah kategori KEHENDAK, tapi kadang aku rasatak salah sekali sekala melayan KEHENDAK itu untuk kepuasan diri setela berpenat lelah bekerja mencari duit. Mmm, lebih kurang sebagai reward kepadadiri sendiri la kan.. Betul tak?

Tapi untuk sekali sekala la. Kalau ko jenis tiap bulan ade je kehendak ko, bulan ni nak itu, bulan ni nak ini payah jugak tu. Tapi kalau dah terlebih sangat duit ko sampai stress tak tau nak buang kat mana duit yang banyak sangat tu, tak jadi masalah la kan semua kehendak ko boleh tutup mata je beli.

Cuma bagi golongan sederhana macam akak ni ha, memang la berpikir panjang sikit... Tak nak la jadi orang yng bia papa asal bergaya..hehe.. Cara hidup ikut kemampuan....

Hurmm.. So, ape keputusan aku sekarang ni? Nak layan ke tak KEHENDAK terhadap something tu? Masih belum dapat jawapan..haha.. Ah nanti la pikir, tak pun koran je la pikirkan untuk aku..hehe. Ni sistem aku ni tak siap lagi ni lagi serabut lgi susah nak pikir tau tak?? Esok dah Isnin, mula la aku hentak-hentak mouse kat meja opis tu kang tanda stress.

Oh.. selamat tinggal hujung minggu yng indah.....


Saturday, September 17, 2011

Pelamin Anganku Lagi...

Sekali lagi, aku up kan gambar pelamin yang gila santek gojes. Cantik, menarik, tertari ko memang debom..huhu. Ni hasil singgahan aku ngan Mai ke Mega bridal Creation Pulai Utama petang tadi la. Kemain la eksited kami kat sana tadi.Macam nak lompat-lompat tengok baju-bju pengantin dia ang gila gojes cantik.


Ni gambar-gambar pelamin ni, aku pinjam dari Facebook Mega Bridal Creation. Cantik kan? Mms gambar pelamin ni kat En Tunang pun dia kata cantik. Mms je la, mane nak dapatnye nak tunjuk secara live. Nak pegi survey sama-sama pun adalah susah ye. So, heret je la girlfriend yang tercinta maisarah anuar tu... Sentap akak. Tersdih pulak. Sob.. Sob..

Ahaa.. Ni pun pelamin dari Mega Bridal gak. Cntik kan? Tema soft2 colour ni aku suka la. Lembut je kan... InyaAllah, perancangan majlis aku nanti tak nak la ye kalau boleh warna-warna hitam am tu, nak yang lembut je... nak berseri-seri je.

Eh, harga pakej-pakej kat Mega Bridal ni pun ok jugak tau.an kita boleh tolak-tolak ape yang kita tak nak so harga boleh dikurangkan lagi. Macam pakej yang aku tanya kak Lin tadi, aku nak tolak DJ, tolak fresh flower, tolak story book, dekat 2 ribu jugak boleh tolak dari harga pakej..

Ok kan? Setakat ni aku dh terpikat la dengan Mega Bridal Creation ni. Sape-sap bakal pengntin yang tengah survey2 macam aku ni, bleh la try usha-usha. Dia ada kat Pulai Utama, kat Bandar baru Uda pun ada..

Ok, next week nak surey satu Bridal Boutiq kat gelang patah, dengar kata macam ok gak harga dia.. Sepupu aku pun ada yang pernah ambil pakej dia. Nanti dah pergi sana i story mory kat sini ye. Untuk bebelan aku dan jugak sebagai rujukan dan tips-tips untuk bakal pengantin ang tengah meracang majlis perkahwinan diorang. ..

Ok daaaa....

Friday, September 16, 2011

Alhamdullilah Atas Rezeki Kurniaan Tuhan, Semoga Rezeki Sentiasa Bertambah Dan Bertambah...

Bersyukur kepada Allah yang memberi rezeki. Sebagai mahluk Allah yang kerdil, kita cuma mampu berusaha dan berusaha untuk menambahkan rezeki... Aku sentiasa doa supaya rezeki aku, rezeki keluarga aku, rezeki guru-guru aku, rezeki saudara mara dan kawan-kawan aku sentiasa bertambah dan dipermudahkan....

Sekarang ni memang aku rancak mencari duit. Maklumlah, untuk simpanan menjelang hari penting dan jugak masa depan..hehe.. Ok, ni antara tempahan-tempahan selepas raya. Sapa yang berminat, sekitar johor bahru, skudai, dan yang sewaktu dengan nya, bleh la usha-usha blog simaniscomel aku ye... =)
.

Oreo Cheese Cake & Blueberry Cheese tart


Choclate Moist Cake

Birthday Cupcakes


Doorgift Cupcakes Untuk Majlis Pertunangan.

Saturday, September 10, 2011

Jeng Jeng Jeng... Perancangan Dan Persiapan Bermula

Pejam celik pejam celik, tinggal berapa bulan je lagi nak menuju ke tahun 2012 kan... Maka dengan itu, perancangan untuk hari penting dalam hidup aku perlu lah di mulakan.. So hari ni rasa nak buat checklist la.. Semangat gila babas ni..hehe... Dan korang jangan meluat pulak ye kalau lepas ni blog ni duk bercerita pasal perancangan dan persiapan menuju hari bahagia jek..Ampun. huhu.

Ok, here we go...

  1. Pilih tarikh
  2. Pergi Kursus Kahwin
  3. Tempah dewan
  4. Survey & tempah pakej (Andam, pelamin, catering)
  5. Survey & tempah kad jemputan
  6. Booking kadi/jurunikah.
  7. Cari photographer
  8. Cari & tempah kumpulan kompang
  9. Beli barang hantaran
  10. Buat gubahan hantaran
  11. Beli bunga telur
  12. Cari Cenderahati @ goodies untuk jemputan
Ok, rasa-rasa ada lagi tak yang aku terlupa? Atau yang perlu ditambah yek? Semua ni aku akan buat pelan-pelan, sikit-sikit supaya tak jadi maslaah buat last minit dan lancar semuanya. InsyaAllah...

Suka =)


Monday, September 5, 2011

Sedang Bercita-cita Menukar Blog Design Dan Template

Check nuffnang adalah on the way nak sampai ke rumah ni. Oleh yang demikian, tuan blog adalah bercita-cita untuk gunakan sikit duit dari nuffnang tu untuk upah orang design blog ni semula. Nak sweet-sweer, comel-comel macam blog mekcu, blog irine dan yang len-len..huhu...

Jadi jadi jadi, sekarang sedang menggoogle perkhidmatan blog designer yang boleh buat new template for my blogspot ni cecantik... Dengan harga yang OK. Haha.. ok tu penting dik non. Hurmm.. Korang ade cadangan? Kalau ade let me know la ye.. =)

Harap-harap rancangan ni tak le tergendala hendaknye... Ye la, time cuti ni macam - macam la ko pikir, nak buat itu, nak buat ini, tapi.. nanti bila dah naik keje, dah bizi menggila semula, semua hal lain ko lupe ye aini.. hah! Harap tak jadi macam tu. Sekian.

Sunday, September 4, 2011

Raya Bersama Upin & Ipin Versi Baby


Selamat hari Raya Aidilfitri. maaf Zahir dan batin kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ni. Walaupun dah masuk raya yang ke 5 tapi harap-harap masih tak terlambat lah ye untuk aku minta maaf. Yang dekat moh la jemput datanbg rumah ye.. Kuih raya banyak lagi ni. Beli belaka semua. Sibuk sangat duk buat kuih orang sampai kuih rumah sendiri tak sempat buat..haha.

Oh ye, comel tak akak purple dalam gambar kat atas tu? Heheh... Soalan yang sebenarnye adalah comel tak baby kembar kat atas tu? Comel kan. Macam upin ipin je aku rasa. Gambar ni snap masa raya kedua, beraya kat rumah saudara mara kat pasir gudang.. mak kepada baby ni comel lote je, kecik je. Dapat anak sekali kembar tu.. Kuat dia menjaganye.. Nanges serentak tu.. Kagum ahkak tau...

Tengok, ahkak ni pegang dua-dua babay ni sekejap pun dah mengah ni tau..huhu.. So macam mana pulak dengan raya korang kali ni? Best tak??






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails