Followers

Sunday, September 18, 2011

Sebenarnya Aku Ada Penyakit...

Penyakit ni macam seius jugak. Macam ni,bila aku telah berkenan terhadap sesuatu, aku dengan eksited dan gigihnya akan kumpul duit untuk beli sesuatu tu la.. Tak lama pun kumpul, dengan hasil bisnes simaniscomel aku tu, plus duit nuffnang yang baru dapat, memang cukup sangat dah..

Tapi.. Tapi.. Tapi... Bila dah dikumpulkan duit tu (aku suka asingkan kat bank lain), rasa sayang gila nak guna. Mula la keluar 1001 tanda soal kat kepala ni samada nak beli ke tak sesuatu tu.. Masa tak ada duit rasa nak beli sangat-sangat, bila dah ada duit sayang pulak nak guna. Haha.. Ade macam bau-bau kedekut tak?

Antara 10001 tanda soal yang berlegar kt kepala adalah memikirkan samada something itu adalah KEPERLUAN atau semata-mata KEHENDAK. Keperluan adalah perlu, tapi kehendak perlu dipikiri bekali kali sebelum buat kputsan.

Ha... cerewet tak akak ko ni? Memey la bak kata orang pantai timur. Tapi tapi tapi, walaupun something tu mcam dah nak jatuh bawah kategori KEHENDAK, tapi kadang aku rasatak salah sekali sekala melayan KEHENDAK itu untuk kepuasan diri setela berpenat lelah bekerja mencari duit. Mmm, lebih kurang sebagai reward kepadadiri sendiri la kan.. Betul tak?

Tapi untuk sekali sekala la. Kalau ko jenis tiap bulan ade je kehendak ko, bulan ni nak itu, bulan ni nak ini payah jugak tu. Tapi kalau dah terlebih sangat duit ko sampai stress tak tau nak buang kat mana duit yang banyak sangat tu, tak jadi masalah la kan semua kehendak ko boleh tutup mata je beli.

Cuma bagi golongan sederhana macam akak ni ha, memang la berpikir panjang sikit... Tak nak la jadi orang yng bia papa asal bergaya..hehe.. Cara hidup ikut kemampuan....

Hurmm.. So, ape keputusan aku sekarang ni? Nak layan ke tak KEHENDAK terhadap something tu? Masih belum dapat jawapan..haha.. Ah nanti la pikir, tak pun koran je la pikirkan untuk aku..hehe. Ni sistem aku ni tak siap lagi ni lagi serabut lgi susah nak pikir tau tak?? Esok dah Isnin, mula la aku hentak-hentak mouse kat meja opis tu kang tanda stress.

Oh.. selamat tinggal hujung minggu yng indah.....


3 comments:

Eye_nee said...

Kesian dekat diri tu...dah berkehendak sgt..dapatkanlah.....hasil titik peluh sendiri juga kan....

~izan~ said...

insyaAllah..dapat la tu =) reward utk sendiri la katakan.. =)

Liza Razak said...

dah kerja keras ape salahnya penuhi kehendak sekali sekale..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails