Followers

Thursday, October 27, 2011

My Happiest Moment With My Bff




Salah saru detik terindah dalam hidup aku ialah bersama kawan-kawan. kawan-kawan sepermainan dari zaman sekolah dulu dulu. Senang cakap kawan -kawan dari zaman kana-kanak yang membesar same same... Mereka mereka kat atas ni la antara BFF @ best friend forever aku... Ada ramai lagi sebenarnye...Tapi tak muat mauk gamba sebab semua dah beso-beso kembang belake..hehe..



Dan kemudian sama-sama meningkat remaja. Yang mana masa sekolah dulu, pernah kena cubit kat perut oleh cikgu pasal sibuk sangat bercerita pasal Drama Fong Sai Yuk masa ciku tengah mengajar kat depan... Punya la sama sama nakal.. Tapi tak adil. Aku sorang je kena cubit padahal diorang pun borak sama ngan aku. Mungkin sebab aku yang paling excited becerita kot...hehe.


Kemudian meningkat dewasa, masing-masing bawa diri sambung belajar... Ke utara, ke selatan, ke barat dan sebagainya.... Masing -masing punya cita- cita. Budak budak kuat berangan... Kini mengejar apa yang di angankan... Alhamdulilah, masing-masing semakin berjaya, bekerja, sambung belajar..dan ade yang dah nak kawen dah..ops.. Siapekah?? EHem.. =)


Walau tinggi mana pun cita-citayang di kejar, walau jauh mana pun kita semua berpisah kerana haluan hidup baru, walau besar mana pun kejayaan yang kita kecapi hari ini dan seterusnya, pastikan kita tak lupa our friendship ni ohkey kawan-kawanku sayang....














Tuesday, October 25, 2011

Hasil Dari Berangan....

Minggu ni sangat la aku tak fokus membuat kerja. Kepala asyik duk berangan sesaje... Tapi hasil berangan tu... Maka dapat la benda-benda kat bawah ni...



PINK. PURPLE.PUTIH

Sunday, October 23, 2011

Kekadang.....

Sekarang selalu rasa macam semua yang belaku tak nampak pengakhirannya kat mana. Kerja yang x siap-siap, tak habis-habis dengan masalah yang sama sampai dah naik muak nak solved kan satu persatu permasalahan yang timbul tu. Ade je yang ak timbul. How come nak siap?? Sometime rasa give up, rasa tak layak, tak hebat, tak mampu dan tak sesuai dengan kerja tu sebab tu kerja tak berjalan lancar seperti yang diharapkan...

Tapi apekan daya ye, aku manusia biasa yang perlukan kerja untuk terus bernafas, untuk membiaya si kodok silver.... Kalau tak ada s kodok silver itu, maunye aku goyang kaki je kat rumah tunggu hari duduk bersading.... Kompang dipalu..pengantin baru... Haaa.. Senang hidp kan jadi perempuan ?


Aghh... Stressnye hidup!!

.

Saturday, October 22, 2011

Doa Seorang Kekasih




Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Friday, October 21, 2011

Sebab Kenapa Saya Suka Kampung Saya.....

Sebelum....

Selepas....

Ni la antara sebab saya suke suke suke suke sangat sangat sangat sangat kampung saye. Kampung saya ada laut . Pakcik saya seorang nelayan. Arwah atok saya pun seorang nelayan. Sebagai penggila seafood tegar, saye sangat gembira dilahirkan dalam keluarga nelayan.

Ketam di atas adalah fresh. Pakcik saye ke laut pagi-pagi angkat bento (perangkap ketam). Lepas tu balik dari laut singgah rumah atok antar ketam yang dia baru tangkap ni. Ketam adalah hidup masa kami humban ia ke dalam periuk. Sometime ketika di atas periuk, ketam cuba melarikan diri. Percaya tak? Betuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuul, tak tipuuuuuuuuuuuu.

Saya suka makan ketam rebus @ stim sahaja. Tanpa garam dan sebarang perasa. Kerane ketam fresh adalah sangat enak di makan begitu. Tak percaya? Sila la cuba...

Haish.. penat la nak bersaye - saye. Haha.. Back to normal. Ok memang macam tu la ceritanya kenapa aku suka sangat kampung aku.. Sekian


Thursday, October 20, 2011

So Sweet...



❤ Girl's Language :

If She Don't Text You :
- It's Because She's Waiting For You To Text Her

When She Walks Away From You Mad :
- Follow Her / Ikut dia

When Shes Quiet :
- Ask Her What's Wrong

When She Ignores You :
- Give Her Your Attention

When She Pushes YOU AWAY :
- Pull Her BACK

When You See Her Crying :
- Wipe Her Tears & Ask What's Wrong

When She Says Go Away :
- Just Go Close To Her & Give Her Hug

Kredit to Sharing media facebook

Wednesday, October 19, 2011

Pastikan Anda Langsing Jika Nak Jual Produk Pelangsingan Badan


HAri tu aku dapat call dari sorang akak ni. Dia kate die jumpe aku masa pameran pengantin kat angsana hari tu. Aku memang la ade bertukar no phone dengan beberapa butik pengantin masa pameran tu, tapi aku tak ingat akak ni dari butik yang mana satu. Dia kata dia ade offer menarik untuk aku,nak discuss dia punya proposal kat aku. Nak jumpa kat Angsana.

So, perempuan yang tak sabar nak kahwin ni pun excited la terlebih. Ajak la Maisarah teman pergi jumpa kakak ni kat angsana..huhu.. Then sampai je kat tempat yang dijanjikan, aku pun dijemput la duduk. You know what? Aku ingat dia nak tunjuk pakej-pakej perkahwinan menarik hati dan kalebu tapi rupanya nak jual produk... OMG... Rasa tertipu... But kerana tak nak nampak biadap, duduk gak la jap dengar ape dia cakap.

Pandai seh call cakap dari pameran pengantin, tahu aku ni tengah excited nak kawen kan. Oh ye, mula-mula dia promote produk pelangsingan badan. Malasla aku nak cakap nama produk tu kan, comfirm ramai tau.. Aku pun dah lama tau, bersepah kot kat blog-blog bercerita. Harga 2 ribu lebih..

Hello.... aku tak tau la nak kata sape menipu. Produk tu ke akak yang menjual produk tu. Bayangkan, akak ni dua orang tau.. dia punya la pung pang pung pang kate produk ni bagus gila babas, ramai orang pakai,berkesan, untuk kesihatan sume la. Paling tak boleh belah dia kata dia dah 9 tahun pakai produk tu. Masa dia cakap macam tu, sumpah aku nak gelak. Pasal ape? Pasal dalam ati aku berkata kata apsal dah 9 tahun pakai tapi badan akak berdua ni tak langsing pun, macam wardina, ziana zain atau pun lisda wati? Malah, cantik lagi badan saye...wahahaha... Ops sori terlebih sudah...

Tapi serius cakap la, akak ni aku ingatkan dah kawin, nak dalam 2,3 cam tu la kalau tengok badan dia. Tapi member dia terlepas cakap pulak yang akak ni tak kawen lagi, anak dara lagi. Tapi badan macam mak orang. Serius aku ngan mai terkejut beruk. Tapi kitorang tak tunjukkan la segala keberukkan dan kegelian hati kami depan akak-akak ni. lepas dapat melepaskan diri dari diorang, aku ngan mai tak dapat nak tahan gelak kau. Terkekeh kekeh kitorang ketawa sambil tutup mulut nak cover ayu.. Adoi... kelakar tau akak-akak ni...

For your information akak, dengan harga 2 ribu lebih, saya adalah lebih rela membeli treadmill Takashima dengan harga yang sama untuk mengeluarkan peluh, menjadi kurus dan sihat. And, nak beli treadmill Takashima yang harga 2ribu lebih tu pun sampai sekarang saya tak habis fikir lagi tau,inikan pulak nak beli produk akak tu. Saya memang kuat berfikir ye akak dan tidak mudah terpedaya...huhu..

Pesanan khidmat masyarakat kat sini, jika nak jual produk kecantikan muka, pastikan muka anda licin dan jika nak jual produk pelangsingan badan, pastikan badan anda langsing supaya pelanggan yakin dan mendapat hasil jualan yang memberangsangkan.

Sekian.


p/s : Nak marah sebab kena tipu ingatkan butik pengantin tapi jual barang, tapi tak jadi marah sebab akak berdua tu mengeletek hati kami dengan ayat 9 tahun dia tu.. oh oh oh...

Friday, October 14, 2011

Tiz Zakiah Versi Kembang

Ade rupa Tiz Zakiah ke? Tiz Zakiah Versi kembang kate mereka...haha... Jahat kan... Masa gambar bertunang pun ada yg kata macam Tiz Zakiah. Oh bukan i yang kata.. Mereka yang berkata-kata.. Ye, Tiz Zakiah Versi Kembang...

Saturday, October 8, 2011

Update Blog Ala-ala Model Sambilan

Dasar pemalas update blog... Dulu bukan main, sehari sampai 3 entri tu perkara biasa. Sekarang? Seminggu satu entri pun dah macam sangat la menakjubkan. Letih la nak komen banyak pasal isu tak hupdate blog ni...

Sebenarnya gini....

Tuan blog dah feeling konon-konon dah bizi jadi model sambilan.... Sebab tu macam tak ada masa nak update blog.. Ye la kan, kat opis jadi Analyst Programmer, kat luar pulak jadi model... Shoot sana, shoot sini...

Shoot lagi.. Lagi dan lagi...

Lah sangat kan model nya itu... Padahal diri sendiri, pada riak muka sendiri dah buleh baca permasalahan berat badan yang menggangu jiwa raga. Ada hati nak jadi model konon.. Tengok tengok muka konfius kat atas tu sambil berkata OMG... LAYAK KE?? haha..
See.. Peha besar macam gajah ade hati feeling model.. Model saiz L ke XL ke boleh kot. Benci. Huh tak baik benci dengan diri sendiri kan. Tapi still unhappy because tekanan dari mereka- mereka disekeliling yang memperkotak katikkan kemajuan berat badan ku inik.

Oleh yang demikian, aku selalu berusaha nak buat trick agar nampak lebih langsing seperti pose bercekak pinggang kat atas ni... Memang nampak berjaya tapi semput la kot kalau 24 jam nak pose macam gitu je.
So, aku sekarang telah buat keputusan tak nak dah guna trick untuk nampak langsing. Tapi aku tengah study cara paling berkesan dan tengah berusaha merealisasikan impian kembali langsing kepada 55 Kg sekurang-kurangnya sebelum awal tahun depan supaya berat sesuai dengan ketinggian ala ala model aku iaitu 163cm tu kan... Muntah tak dengar?? Sila la muntah...


So, itu adalah azam. Azam sebagai pembakar semangat... Supaya muka bulat aku kat atas ni, bertukar jadi runcing tirus meletop nanti..haha....

Ok sekian, doakan la azam aku berjaya ye kawan-kawan... =)

Friday, October 7, 2011

Pagi Jumaat Dengar Lagu Nasyid

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapatkan keredoannya
Moga segala urusan dipermudahkannya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa syurga
Amalan buruk menempah neraka

Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita
Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerja sama
Rezeki yang ada hulurkanlah derma
Agar hidup harmoni bahgia

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah

Monday, October 3, 2011

Kuatkan Hati Saya

Ya Allah tolong kuatkan hati saya.

tolong kuatkan hati saya.

kuatkan hati.

hati saya.

hati.

saya.

Kasih Sayang


Kasih sayang, terlalu indah untuk dikenang
semuanya, takkan pernah kubuang
kasih sayang, tiada pernah kenal usia
tua muda akan menikmatinya

Namun jangan engkau lupa
akan artinya masa nanti
engkau akan menderita
karena terlena rasa cinta

Kasih sayang, terlalu pahit dan menyakitkan
dan membuat remaja patah hati
dan membuat remaja patah hati

Saturday, October 1, 2011

Dah Pandai Ke Beauty Centre Akak Aini Kita Sekarang

Bahagianye hari ni uols... Memanjakan badan dan muka kat beauty centre. Kelas ko kak..haha.. First time kot.. Biasanya aku memang kedekut la nak meghabiskan duit untuk benda-benda gini. Bila ada promoter yang suka tarik2 kita suruh ambil diorg punya pakej facial la, sliming la kemain la aku pandang sinis. Tengok muka dia dulu, licin ke mengerutu. Kalau mengerutu, awal-awal aku dah say no dan berambus...Haha..biadap tak?

Betul la, kalau nak jadi beautican, nak tarik or nak promote orang guna servis ko, harus la muka ko lagi licin dari aku kan, baru la yakin aku nak amik servis ko...huhu. So nak di jadikan cerita, now muka aku sangat la bermasalah. Tak tau la pasal pe. Pasal make up ke pasal stress kerja. Habis naek jerawat kat muka ni ha.. Dulu masa zaman belajar, muka suci murni je sebijik jerawat pun tak ada. Sejak kerja, sejak dah sakan ber make up hari-hari, makin teruk muka...

So mula la risau. Lagi pulak hari bahgia semakin menjelang < selamat pengantin baru, semoga kekal abadi, bahgia ke anak cucu.. > terus feeling berangan tengah bersanding sambil lagu slamat pengantin baru didendangkan...haha. Ok sambung cerita. Bila muka dah problem baru la terhegeh nak berfacial, menjaga muka bagai..

Makanya terjebak la aku dengan Modelling Beauty Centre kat Sutera Utama tu. Oh best nya. Dekat 2 jam la muka ni dibelai, di massage, di beri rawatan dengan macam-macam la treatmet yang aku sndiri dah tak ingat nama dia. Untuk tadi, 14 step treatment diorang buat. Antaranya yg aku ingat la, dimulakan dengan mencuci muka, scrub, stim muka, cold stone treatment, crystal ball treatment, vitamin, hot masker untuk lingkaran hitam mata, masker dan yang lain-lain tak ingat..

Best kan? Licin je muka rasa lepas tu. Oh yang paling tak lupa time dia picit jerawat. Adoi sakit bukan main...nak merembes air mate ahkak..hohoho.. Tapi sebab nak cantik, tahan je la..haha.. Hurm...gembira hati hari ni. Berniat nak pegi lagi, tapi tak tau la bila... Asyik sibuk je weekend kan. Hari ni pun dapat curi masa, plan asal nak pergi pameran pengantin ngan Maisarah, tapi dia tak sihat pulak... So terpaksa akak bawak diri yang duka lara sorang-sorang...hehe...

Ok sekian saja hari ni.. Daaaa....

p.s : Tetiba je brsemangat update blog dengan riang gumbira walaupun tak ada gambar.. Selalu semagat entah ke mana...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails