HAri tu aku dapat call dari sorang akak ni. Dia kate die jumpe aku masa pameran pengantin kat angsana hari tu. Aku memang la ade bertukar no phone dengan beberapa butik pengantin masa pameran tu, tapi aku tak ingat akak ni dari butik yang mana satu. Dia kata dia ade offer menarik untuk aku,nak discuss dia punya proposal kat aku. Nak jumpa kat Angsana.
So, perempuan yang tak sabar nak kahwin ni pun excited la terlebih. Ajak la Maisarah teman pergi jumpa kakak ni kat angsana..huhu.. Then sampai je kat tempat yang dijanjikan, aku pun dijemput la duduk. You know what? Aku ingat dia nak tunjuk pakej-pakej perkahwinan menarik hati dan kalebu tapi rupanya nak jual produk... OMG... Rasa tertipu... But kerana tak nak nampak biadap, duduk gak la jap dengar ape dia cakap.
Pandai seh call cakap dari pameran pengantin, tahu aku ni tengah excited nak kawen kan. Oh ye, mula-mula dia promote produk pelangsingan badan. Malasla aku nak cakap nama produk tu kan, comfirm ramai tau.. Aku pun dah lama tau, bersepah kot kat blog-blog bercerita. Harga 2 ribu lebih..
Hello.... aku tak tau la nak kata sape menipu. Produk tu ke akak yang menjual produk tu. Bayangkan, akak ni dua orang tau.. dia punya la pung pang pung pang kate produk ni bagus gila babas, ramai orang pakai,berkesan, untuk kesihatan sume la. Paling tak boleh belah dia kata dia dah 9 tahun pakai produk tu. Masa dia cakap macam tu, sumpah aku nak gelak. Pasal ape? Pasal dalam ati aku berkata kata apsal dah 9 tahun pakai tapi badan akak berdua ni tak langsing pun, macam wardina, ziana zain atau pun lisda wati? Malah, cantik lagi badan saye...wahahaha... Ops sori terlebih sudah...
Tapi serius cakap la, akak ni aku ingatkan dah kawin, nak dalam 2,3 cam tu la kalau tengok badan dia. Tapi member dia terlepas cakap pulak yang akak ni tak kawen lagi, anak dara lagi. Tapi badan macam mak orang. Serius aku ngan mai terkejut beruk. Tapi kitorang tak tunjukkan la segala keberukkan dan kegelian hati kami depan akak-akak ni. lepas dapat melepaskan diri dari diorang, aku ngan mai tak dapat nak tahan gelak kau. Terkekeh kekeh kitorang ketawa sambil tutup mulut nak cover ayu.. Adoi... kelakar tau akak-akak ni...
For your information akak, dengan harga 2 ribu lebih, saya adalah lebih rela membeli treadmill Takashima dengan harga yang sama untuk mengeluarkan peluh, menjadi kurus dan sihat. And, nak beli treadmill Takashima yang harga 2ribu lebih tu pun sampai sekarang saya tak habis fikir lagi tau,inikan pulak nak beli produk akak tu. Saya memang kuat berfikir ye akak dan tidak mudah terpedaya...huhu..
Pesanan khidmat masyarakat kat sini, jika nak jual produk kecantikan muka, pastikan muka anda licin dan jika nak jual produk pelangsingan badan, pastikan badan anda langsing supaya pelanggan yakin dan mendapat hasil jualan yang memberangsangkan.
Sekian.
p/s : Nak marah sebab kena tipu ingatkan butik pengantin tapi jual barang, tapi tak jadi marah sebab akak berdua tu mengeletek hati kami dengan ayat 9 tahun dia tu.. oh oh oh...
3 comments:
hehehe...ain pon pernah de pglmn camni...tp yg n promote suh wat facial kat diorg..tp ain xwat coz tgk muka diorg trus jd xyakin ngan kemampuan service & product diorg,,,hehehe..bukan nak mengata tp tu la hakikatnye(^^)
hehehe betul3x
hasih..ada2 je kakak2 tu..nk cari pelanggan punye pasal.nape tak test pada diri sendri dulu, barulah org yakin nak beli.hehe~
Post a Comment