Followers

Sunday, September 30, 2012

Mengidam ~ Kunyah Kedondong Sampai Pejam Pejam Mata


Mengidam ke? Mengidam la jugak. Masa balik kampung husband last two weeks, masa tengah sidai baju kat ampaian, rasa terliur pulak bila tengok pokok kedondong yang gila  rendang dengan buahnya yang membuak buak berjuntai. Lalu ku  campak bakul baju yang belum habis sidai, terus petik 2 biji yang paling besar, pegi daapur kupas pastu terus ngap dengan sedapnye.

Bila dah balik KL, teringat ingat pulak kat rasa buah kedondong yang enak itu. Pastu suruh la husband petik dan bawak ke KL bila dia datang hari selasa. Mula mula dia tak nak, membebel la beliau, tak elok makan masam masam, tak bangus la itu la ini la. Pastu tetiba, bila datang, dalam kereta dia ada satu plastik besar buah kedondong..huhu... Betapa sayang nye u kat i kan husband! Dalam muka nak marah-marah tu, bagi jugak buah kedondong idaman hati.

So malam tu dengan semangatnye aku kupas separuh daripada yang dalam plastik tu, basuh, pastu simpan dalam peti ais. Gila nikmat menguyah kedondong lepas makan nasi, siap bawak bekal masuk bilik bila nak tidur. Sambil update blog, sambil kunyah kedondong. Sampai pejam pejam mata menikmati kenakkan kedondong. Sedap sangat kau!

~ Enaknya kedondong...

3 comments:

cik chinta said...

mak aii..meleleh air liur okeh

♥nrina♥ said...

salam ziarah...

huh x sanggup tgk.... tgk je pun dah kecur air liur haa...

Perfume Malaysia said...

Dah lama x makan buah kedondong ni..
terliur pulak tengok gambar tu.


--
Menjual pelbagai Brand Perfume grade AAA dari Sephora Dubai .
perfume malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails