Followers

Monday, December 24, 2012

Teringat Dan Teringin


Tetiba teringin dan teringat kat kek kawin.. Oh sedapnye kek cokelat ituh... Sebab masa tu saya adalah pengantin jadi tak la makan banyak pun. Walaupun banyak yang di tapau balik rumah, tapi tak la makan dengan puas pun. Ye la, pengantin kot, bnyak lagi benda yang di excitedkan selain dari kek pada hari tersebut...huhu. Tapi seriously kek cokelat ni memang sedap! Sampai sekarang teringat ni..



Zoom skit. Pergh.. Telan air liur ibu mengandung tengok...


Versi cupcakes yang sedap gak...


Ni pulak untuk my Abang and kak ipar...


Versi cupcakes..

Thanks kepada Kak Ita, Abg Sopi n Kak Sofiah yang sponsor kek yang cantik dan sedap ini...

Sunday, December 23, 2012

Ibu Montel


Gambar terbaru di snap oleh husband kat kenduri jiran dia kat kampung hari sabtu hari tu.  Bulat habis mak buyung. Huihuihui.. Minggu ni sepatutnya Sabtu Ahad adalah kerja ye tapi aku dah tak boleh la lama-lama kat opis.. Terpaksa minta cuti tanpa gaji sebab cuti tahun dah habis akibat sokmo bercuti. Rasa nya memang dah nak sampai masa tukar status dari wanita bekerjaya kepada full time housewife ni.  Tunggu masa dan ketika je, ye tunggu masa dan ketika... Perlu ke nak ulang sekali lagi?

Minggu ni balik Pahang pakat ngan mak mertua kenakan husband. Hehe... Husband suruh balik Jumaat petang tu lepas kerja, kite cakap kat dia nak balik Sabtu pagi je la sebab penat baru baik kerja and tiket pun mesti dah habis sebab tak beli awal-awal. Ape lagi, merajuk la pak cik tu. Lagi pulak dia kerja malam, terus sentap tak call tak sms. Siap ugut tak nak cancle balik JB next week..

Sampai je Koyan Jumaat malam tu, tak sms dia pon suro jemput kat bustand. Suro adik ipar je jemput.. esok paginya, time dia nak balik kerja tu, aku ada dalam bilik. Mak mertua pulak nampk dia balik je terus bagitau, kat bilik ada kawan abah dia tumpang tidur malam tadi. Siap call masa husband kat tempat kerja lagi suruh beli sarapan lebih sebab ada tetamu kat rumah..hehe... Pastu, sampai rumah tu, dia bukak pintu bilik slow-slow, bajet nak tengok la sapa kawan abah dia tu, sekali tengok aku tengah duk mengemas katil...

Hahaha...  Terus dia jerit, Tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! Sambil kejar ibu mengandung ni haa. Tak pasal pasal kena piat telinga, kena cubit banyak -banyak... Sakit mak. haru biru rumah... Mak Abah mertua duk gelak jek tengok..Haha.. Happy sangat dapat kenakan dia sekali sekala.. Tambah best bila satu family dia pun bersekongkol...huhu...

Sabar je pakcik tu.. Geram geram tapi happy gak sebab aku balik jugak Jumaat petang. Kalau balik sabtu pagi alamat tak sempat nak pergi kenduri jiran dia tu, tambah lah muncung dan merajuk dia. Silap haribulan, plan balik jb minggu depan cancle, telan air liur je la teringat nak makan ketam fresh kat jb kan...hehe..

Ape pun, husband, I love you so much.... =)



Sunday, December 16, 2012

Titis Air Jernih Itu Mengalir Juga

Tengah-tengah  tengok fb sambil satu tangan meraba-raba mouse satu tangan lagi menongkat dagu tiba-tiba rasa ada titik air mengalir kat tangan. Oh, aku menangis rupanya... Dah mengalir dari mata ke pipi sampai ke tangan baru tersedar... Punya lah mengelamun sambil fb.. Banyak sangat benda dipikirkan dalam satu masa.. Bercampur baur.. Macam - macam perasaan..

Dari perasaan berkobar-kobar nak shopping baju mengandung online, terus rasa tak ada mood langsung nak belek baju lagi.. Nak rehat, nak bertenang, nak tidur sekarang jugak.. No more susu tonight.. Sorry baby, ibu tak lalu nak makan apetah lagi minum susu malam ni... Selamat malam..


Tuhan.. Kuatkan aku....

Thursday, December 13, 2012

Percutian Balik Johor Yang Sangat Best

Masa deepavali hari tu, aku dapat cuti lama sikit, campur dengan weekend dapat la 4 hari cuti. Best sangat dapat paksa husband apply cuti supaya sama sama dapat bercuti dengan gembira. Destinasi percutian haruslah ke Johor Bahru tanah tumpah darah ku kan... Boleh bercuti dengan family kan... So second day kat JB hari Isnin. kitorang decide pergi pejabat agama dulu ambil kad nikah pintar kitorang yang dah berkurun siap tapi tak ambil-ambil tu...huhu


Tomey tak? Huhu..Gambar dan kad nikah ni kitorang buat masa balik JB cuti Raya hari tu, punya la lama.. Masa tu tengah pregnant 8 minggu rasanya..  Gambar ni jugak kitorang simpan dalam wallet masing-masing sekarang =).

Lepas je setel urusan ambil kad nikah tu, dalam tengahari kitorang satu family bergerak ke arah Kota Tinggi. Dah booking siap-siap dah kat Sea View Resort Teluk Ramunia.. Kami satu family suka ke sini sejak kami adik beradik kecik kecil lagi mak ayah memang rajin ajak bercuti kat sini. Tak sesak macam desaru yang sentiasa ramai orang dan pemandangan dan pantai dia pun sangat la cantik...


Tengok la bakal papa ni, sangat la eksited tengok laut... Kemain suka mandi laut... 


Chalet yang kitorang sewa... RM460 sebuah rumah 2 tingkat dengan 3 bilik siap ada hall, ruang tamu, dapur semua. Sangat selesa... Malan tu kitorang buat BBQ depan chalet.. Puas la mak buyung melantak udang bakar tak hingat dunia.... Rasanya sekilo udang yang aku beli tu 80% aku yang menghabiskannya... =)


Pemandangan esok paginya around 7.30 am. Benda yang paling aku suka dari kecil bila ke sini adalah turun ke pantai lepas subuh.. Sangat la mendamaikan dan menenangkan...


Penyu terdampar... huhu... Adik aku la tu.. kemain rilex lagi dia. Budak ni memang tak bleh jumpa pantai... suka sangat. Mak cakap pukul 6.30 pagi dia dah terjun laut dah... Sampai pkul 12 tgahari baru naik... Gila sangat dengan air.


Ayah macam biasa... lepas minum pagi terus angkut pancing ke pantai... Banyak jugak dapat ikan.. Excited kitorang...huhu.


Budak tak reti memancing yang berlagak dengan hasil pancingan bapak mertua beliau...



before checkout...


Lalu jambatan desaru yang baru... cantik sangat..


On the way balik, kitorang singah pulak Tanjung Langsat makan mee bandung.. Gila sedap, gila besar udangnya... lagi best dapat husband yag tak makan udang, habis semua udang dia transfer ke mangkuk aku... Lalalalalala~  sedap sangat!


Mee bandung udang over... Kesan dari makan udang yang terlampau banyak daru bbq malam semalam tu, pastu kat mee bandung pulak, bila balik KL aku tak teringin dah makan udang sampai sekarang...hehe...


On the same day, mak ayah aku terus gerak balik rumah kepenatan. Aku dan husband pulak melencong ke Legoland pulak... Ingat nak masuk la, tapi hujan la pulak, jadi rasa macam tak best dan tak puas pulak nak berjalan sana nanti dengan keadaan ibu mengandung yang alergik hujan ni kan.. So ambil gambar pun jadi la...


Nak Jugak.... Entah berapa snap gambar dia kat sini tak ingat...Puas la berjalan satu Johor, pukul 6 petang baru sampai rumah... Penat tak terhingga... Tapi happy sangat dapat balik Jb, bercuti bergumbira bersama suami dan family tercinta....

Next... Tak sabar nak balik JB lagi akhir bulan ni.... target mak buyung balik Jb akan datang ni adalah ketam masak lomak cili padi made by my mom.... Huuuuu... tak sabar tak sabar tak sabar sangat!!!!

Wednesday, December 12, 2012

5 Bulan, 4 Kilo dan Air Gula


5 Months pregnant.. Berut dah besar, badan dah cepat mengah je bila naik opis 4 tingkat naik tangga.  Berita kurang bai, masa buat heckup 5 bulan semalam, berat naik 4 kilo. Kena bebel dengan nurse, terus dia  suruh datang Jumaat ni sekali lagi untuk minum air gula, test kencing manis tu. Alamak.. Cuak gila makcik. Terus minum air masak banyak -banyak hari ni dengan harapan boleh mengurangkan risiko. Semalam balik dari klinik pun makan kt kedai, terus order mineral water je uols... Tak de laici ais dah...

Rasa berkobar-kobar nak beli barang baby tu ada dah, tapi tak mendapat support sepenuhnya dari husband. Katanya baru lagi, awal lagi, nanti dah 7 bulan baru beli. Tapi mak buyung ni takut beli lambat sangat kang tak larat dah nak berjalan. Ni pun jalan kat Jusco semalam dah sakit kaki..huuu... Berat sangat dah badan kot.. Bukan kot, tapi memang nyata...

Ibu mengandung yang lain, bila ek masa paling bagus shopping barang baby?





Monday, December 10, 2012

Life Vs Kerja

Kadang - kadang, bila hidup asyik pikir pasal kerja, pasal tanggungjawab pada tugas, tanggungjawb pada diri sendiri pun boleh terabai. Contohnya ibu mengandung 5 bulan ni la. Gagah dengan redho outsation 3 minggu meredah jalan ladang kerana tanggungjawab pada kerja sampai ketepikan tanggungjawab menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan satu lagi nyawa dalam perut tu. Masuk minggu ketiga outsatation dengan perjalanan yang gila jauh ke pedalaman Gua Musang kelantan dengan jalan yang teruk gila rosak berlubang, segala lori balak, lori bijih besi semua lalu, cuba bayangkan sendiri la macam mana melambong dalam kereta.. Baru tu la timbul rasa sedar, yang aku tak patut berada kat situ dengan keadaan aku sekarang.... Patut lebih bertanggungjawab pada diri sendiri!

Dan akhirnya, aku tamatkan perjuangan yang belum selesai itu dan kembali bertugas di hq KL...Maaf kawan-kawan, mak buyung tak larat dah....huuuuu.

Sebelum balik KL, bercuti kejap di kampung suami sempena musim buah... Alang2 merehatkan diri dan menggembirakan hati. So, marilah teuskan dengan cerita bergambar...


Mak buyung 5 bulan. Dengan muka tak mandi, pakai baju tidur nak pergi kutip durian kat dusun. Hai perut mana? Nampak kurus dan tak buncit pulak dengan baju tidur... Di samping anak-anak buah suami yang bersemangat nak cari durian sama... =)

\
Sila cari durian tersembunyi dan teka bilangannya....haha...First day masuk dusun mak buyung pakai selipar je, jadi tak di benarkan masuk ke dalam dusun jauh-jauh.. duk menunggu dan menyusun durian yang diorang kutip masuk kedalam kereta je la dengan boringnye dan menanam cita-cita next day aku mesti dapat ikut masuk dalam dusun sana!


Selain durian, dapat jugak merasa manggis... Oh heaven gila... Dapat petik sendiri buah kegemaran dari atas pokok. Makan sampai tak lalu dah tengok manggis pastu... Hamikau =)


Ni la tugas hari pertama, menyusun durian dalam kereta. Tak mencabar langsung kan? Redho dan pasrah je la...


Second day, siap-siap dari rumah pakai boot kerja husband dengan harapan dapat la ikut masuk dusun kutip durian... Bersemangat mak buyung kan. Bakul tu ada dua fungsi. Satu untuk punggah durian, satu lagi sebagai helmet keselamatan. 


Taraaaaaa.... hasil hari kedua... Penuh JMV kite dengan durian... Sampai ke seat belakang okeh... Pengalaman pertama kutip durian kat dusun... Pastu balik terbongkang atas katil kepenatan tak terhingga...huhu... 

Saturday, December 1, 2012

Outstation

Ibu mengandung ni penat. 2 minggu direct outstation, kerja kat hulu ladang sawit  palong timur 5. Walaupun dalam pejabat ladang, tapi jauh nye tetap jauh di rasa. Semalam balik KL sebab nak pindah rumah baru, bagai nak gila la penat nye hari ni mengangkut barang dan mengemas rumah. Esok pulak cuba la teka apa aktiviti di hari Ahad? Outstation lagi. Ke mana? Nun jauh ke gua musang untuk seminggu. 

Bertabah lah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails