5 Months pregnant.. Berut dah besar, badan dah cepat mengah je bila naik opis 4 tingkat naik tangga. Berita kurang bai, masa buat heckup 5 bulan semalam, berat naik 4 kilo. Kena bebel dengan nurse, terus dia suruh datang Jumaat ni sekali lagi untuk minum air gula, test kencing manis tu. Alamak.. Cuak gila makcik. Terus minum air masak banyak -banyak hari ni dengan harapan boleh mengurangkan risiko. Semalam balik dari klinik pun makan kt kedai, terus order mineral water je uols... Tak de laici ais dah...
Rasa berkobar-kobar nak beli barang baby tu ada dah, tapi tak mendapat support sepenuhnya dari husband. Katanya baru lagi, awal lagi, nanti dah 7 bulan baru beli. Tapi mak buyung ni takut beli lambat sangat kang tak larat dah nak berjalan. Ni pun jalan kat Jusco semalam dah sakit kaki..huuu... Berat sangat dah badan kot.. Bukan kot, tapi memang nyata...
Ibu mengandung yang lain, bila ek masa paling bagus shopping barang baby?
3 comments:
Kak zan bukan ibu mengandung tau, tapi ibu beranak 5. Waktu yg sesuai? Betul kata en hubby, 7 bulan waktu yg sesuai.
Aini terover makan ke? 5 bulan..percaya tak..kak zan boleh masih boleh memakai jeans!
comel nya kamuuu dear! do enjoy your pregnancy moment yea! take care.. :)
7 bulan keatas baru beli. yang no 2 ni, beli sket2 jer la, sebab sama gender dgn kakak. top up yg mana kurang jer :)
Post a Comment