Followers

Monday, December 10, 2012

Life Vs Kerja

Kadang - kadang, bila hidup asyik pikir pasal kerja, pasal tanggungjawab pada tugas, tanggungjawb pada diri sendiri pun boleh terabai. Contohnya ibu mengandung 5 bulan ni la. Gagah dengan redho outsation 3 minggu meredah jalan ladang kerana tanggungjawab pada kerja sampai ketepikan tanggungjawab menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan satu lagi nyawa dalam perut tu. Masuk minggu ketiga outsatation dengan perjalanan yang gila jauh ke pedalaman Gua Musang kelantan dengan jalan yang teruk gila rosak berlubang, segala lori balak, lori bijih besi semua lalu, cuba bayangkan sendiri la macam mana melambong dalam kereta.. Baru tu la timbul rasa sedar, yang aku tak patut berada kat situ dengan keadaan aku sekarang.... Patut lebih bertanggungjawab pada diri sendiri!

Dan akhirnya, aku tamatkan perjuangan yang belum selesai itu dan kembali bertugas di hq KL...Maaf kawan-kawan, mak buyung tak larat dah....huuuuu.

Sebelum balik KL, bercuti kejap di kampung suami sempena musim buah... Alang2 merehatkan diri dan menggembirakan hati. So, marilah teuskan dengan cerita bergambar...


Mak buyung 5 bulan. Dengan muka tak mandi, pakai baju tidur nak pergi kutip durian kat dusun. Hai perut mana? Nampak kurus dan tak buncit pulak dengan baju tidur... Di samping anak-anak buah suami yang bersemangat nak cari durian sama... =)

\
Sila cari durian tersembunyi dan teka bilangannya....haha...First day masuk dusun mak buyung pakai selipar je, jadi tak di benarkan masuk ke dalam dusun jauh-jauh.. duk menunggu dan menyusun durian yang diorang kutip masuk kedalam kereta je la dengan boringnye dan menanam cita-cita next day aku mesti dapat ikut masuk dalam dusun sana!


Selain durian, dapat jugak merasa manggis... Oh heaven gila... Dapat petik sendiri buah kegemaran dari atas pokok. Makan sampai tak lalu dah tengok manggis pastu... Hamikau =)


Ni la tugas hari pertama, menyusun durian dalam kereta. Tak mencabar langsung kan? Redho dan pasrah je la...


Second day, siap-siap dari rumah pakai boot kerja husband dengan harapan dapat la ikut masuk dusun kutip durian... Bersemangat mak buyung kan. Bakul tu ada dua fungsi. Satu untuk punggah durian, satu lagi sebagai helmet keselamatan. 


Taraaaaaa.... hasil hari kedua... Penuh JMV kite dengan durian... Sampai ke seat belakang okeh... Pengalaman pertama kutip durian kat dusun... Pastu balik terbongkang atas katil kepenatan tak terhingga...huhu... 

5 comments:

mama maman aka yana said...

hehe.. tak pening ke bau durian dlm keta.. kikiki.. tp durian mmg sedap kannn

Anna Boleyn said...

Waaa banyak nye durian. Nak sebijik. :p

SembangMalaysia said...

hi.. follow me back at.. http://sembangmalaysia.blogspot.com/

SembangMalaysia said...

follow me back at .. ok... http://sembangmalaysia.blogspot.com/

mekchu said...

pregnen ye?alhamdulillah.. lama btol mekchu tak snggah sini.. nnti nak pakai maternity support belt contact mekchu tau.. ehh sempat!

itu konpem bau durian seminggu pun tak hilang tu.. boleh bukak kedai tepi jalan.. byk sungguh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails