Followers

Thursday, December 13, 2012

Percutian Balik Johor Yang Sangat Best

Masa deepavali hari tu, aku dapat cuti lama sikit, campur dengan weekend dapat la 4 hari cuti. Best sangat dapat paksa husband apply cuti supaya sama sama dapat bercuti dengan gembira. Destinasi percutian haruslah ke Johor Bahru tanah tumpah darah ku kan... Boleh bercuti dengan family kan... So second day kat JB hari Isnin. kitorang decide pergi pejabat agama dulu ambil kad nikah pintar kitorang yang dah berkurun siap tapi tak ambil-ambil tu...huhu


Tomey tak? Huhu..Gambar dan kad nikah ni kitorang buat masa balik JB cuti Raya hari tu, punya la lama.. Masa tu tengah pregnant 8 minggu rasanya..  Gambar ni jugak kitorang simpan dalam wallet masing-masing sekarang =).

Lepas je setel urusan ambil kad nikah tu, dalam tengahari kitorang satu family bergerak ke arah Kota Tinggi. Dah booking siap-siap dah kat Sea View Resort Teluk Ramunia.. Kami satu family suka ke sini sejak kami adik beradik kecik kecil lagi mak ayah memang rajin ajak bercuti kat sini. Tak sesak macam desaru yang sentiasa ramai orang dan pemandangan dan pantai dia pun sangat la cantik...


Tengok la bakal papa ni, sangat la eksited tengok laut... Kemain suka mandi laut... 


Chalet yang kitorang sewa... RM460 sebuah rumah 2 tingkat dengan 3 bilik siap ada hall, ruang tamu, dapur semua. Sangat selesa... Malan tu kitorang buat BBQ depan chalet.. Puas la mak buyung melantak udang bakar tak hingat dunia.... Rasanya sekilo udang yang aku beli tu 80% aku yang menghabiskannya... =)


Pemandangan esok paginya around 7.30 am. Benda yang paling aku suka dari kecil bila ke sini adalah turun ke pantai lepas subuh.. Sangat la mendamaikan dan menenangkan...


Penyu terdampar... huhu... Adik aku la tu.. kemain rilex lagi dia. Budak ni memang tak bleh jumpa pantai... suka sangat. Mak cakap pukul 6.30 pagi dia dah terjun laut dah... Sampai pkul 12 tgahari baru naik... Gila sangat dengan air.


Ayah macam biasa... lepas minum pagi terus angkut pancing ke pantai... Banyak jugak dapat ikan.. Excited kitorang...huhu.


Budak tak reti memancing yang berlagak dengan hasil pancingan bapak mertua beliau...



before checkout...


Lalu jambatan desaru yang baru... cantik sangat..


On the way balik, kitorang singah pulak Tanjung Langsat makan mee bandung.. Gila sedap, gila besar udangnya... lagi best dapat husband yag tak makan udang, habis semua udang dia transfer ke mangkuk aku... Lalalalalala~  sedap sangat!


Mee bandung udang over... Kesan dari makan udang yang terlampau banyak daru bbq malam semalam tu, pastu kat mee bandung pulak, bila balik KL aku tak teringin dah makan udang sampai sekarang...hehe...


On the same day, mak ayah aku terus gerak balik rumah kepenatan. Aku dan husband pulak melencong ke Legoland pulak... Ingat nak masuk la, tapi hujan la pulak, jadi rasa macam tak best dan tak puas pulak nak berjalan sana nanti dengan keadaan ibu mengandung yang alergik hujan ni kan.. So ambil gambar pun jadi la...


Nak Jugak.... Entah berapa snap gambar dia kat sini tak ingat...Puas la berjalan satu Johor, pukul 6 petang baru sampai rumah... Penat tak terhingga... Tapi happy sangat dapat balik Jb, bercuti bergumbira bersama suami dan family tercinta....

Next... Tak sabar nak balik JB lagi akhir bulan ni.... target mak buyung balik Jb akan datang ni adalah ketam masak lomak cili padi made by my mom.... Huuuuu... tak sabar tak sabar tak sabar sangat!!!!

3 comments:

Syat0za Zai said...

assalamualaikum, bestnya mandi pantai :D

kak, err.. yg gambar kad nikah tu, bahaya dedah no ic... censored kan lah nnti :)yg no² lain tu zai x tau lah..huhu

Anna Boleyn said...

Best nyeee..x pernah lg sampai kat JB. Hehu

Sasha Syazana said...

Assalam sis , sis book macam mana? Bileh bagi no contact teluk ramunia tak. Sb cari kt internet smua xda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails