Gambar terbaru di snap oleh husband kat kenduri jiran dia kat kampung hari sabtu hari tu. Bulat habis mak buyung. Huihuihui.. Minggu ni sepatutnya Sabtu Ahad adalah kerja ye tapi aku dah tak boleh la lama-lama kat opis.. Terpaksa minta cuti tanpa gaji sebab cuti tahun dah habis akibat sokmo bercuti. Rasa nya memang dah nak sampai masa tukar status dari wanita bekerjaya kepada full time housewife ni. Tunggu masa dan ketika je, ye tunggu masa dan ketika... Perlu ke nak ulang sekali lagi?
Minggu ni balik Pahang pakat ngan mak mertua kenakan husband. Hehe... Husband suruh balik Jumaat petang tu lepas kerja, kite cakap kat dia nak balik Sabtu pagi je la sebab penat baru baik kerja and tiket pun mesti dah habis sebab tak beli awal-awal. Ape lagi, merajuk la pak cik tu. Lagi pulak dia kerja malam, terus sentap tak call tak sms. Siap ugut tak nak cancle balik JB next week..
Sampai je Koyan Jumaat malam tu, tak sms dia pon suro jemput kat bustand. Suro adik ipar je jemput.. esok paginya, time dia nak balik kerja tu, aku ada dalam bilik. Mak mertua pulak nampk dia balik je terus bagitau, kat bilik ada kawan abah dia tumpang tidur malam tadi. Siap call masa husband kat tempat kerja lagi suruh beli sarapan lebih sebab ada tetamu kat rumah..hehe... Pastu, sampai rumah tu, dia bukak pintu bilik slow-slow, bajet nak tengok la sapa kawan abah dia tu, sekali tengok aku tengah duk mengemas katil...
Hahaha... Terus dia jerit, Tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! Sambil kejar ibu mengandung ni haa. Tak pasal pasal kena piat telinga, kena cubit banyak -banyak... Sakit mak. haru biru rumah... Mak Abah mertua duk gelak jek tengok..Haha.. Happy sangat dapat kenakan dia sekali sekala.. Tambah best bila satu family dia pun bersekongkol...huhu...
Sabar je pakcik tu.. Geram geram tapi happy gak sebab aku balik jugak Jumaat petang. Kalau balik sabtu pagi alamat tak sempat nak pergi kenduri jiran dia tu, tambah lah muncung dan merajuk dia. Silap haribulan, plan balik jb minggu depan cancle, telan air liur je la teringat nak makan ketam fresh kat jb kan...hehe..
Ape pun, husband, I love you so much.... =)
1 comment:
gurau2 manja.. hehehe
Post a Comment