Followers

Tuesday, May 5, 2015

Bercuti Di Avillion Admiral Cove Port Dickson

Sepeti yang aku cakap 2 minggu lepas, planning nak becuti cuti sebelum bersalin dah pun diselesaikan. Hah. Tapi mood aku sikit punya rosak first day tu di buat papa Intan. Aku ngan Intan dh siap dari pukul 9 pagi lagi. Siap pergi KLinik kejap check up adik baby. Pukul 10.30 dah sampai rumah, ingat dah boleh bertolak pergi pd tapi papa intan boleh pulak pergi bengkel kereta nak ambil kereta kesayangan dia tu. Amarah nye lah aku. Pasal dah la kereta tu belum siap lagi, dia boleh tunggu kereta tu sampai siap. Pukul 11 tak balik lg, pukul 12 tak balik lagi, pukul 1 pun tak balik lagi! Maka amuk  la mak buyung yang dah eksited sangat nak bercuti ni. Mana tak nya, aku dah plan baik punya bertolak pagi-pagi jadi boleh la bersantai-santai duduk dalam hotel sambil tengok pemandangan laut.. Last2 di tengahari buta tu aku ngan intan sampai tertido tunggu papa dia balik. Pkul 1 lebih baru sampai rumah. Aku dah masam muncung panjang 8 kaki dah! Langsung tak cakap apa dari bertolak sampai la ke PD. 


Sampai PD pukul 6 petang lebih... Sepanjang perjalanan memang muncung je la muka aku..haha... Bagus jugak buat macam tu. Papa Intan pun tak berani tegur, so tol, minyak semua dia bayar. Selalu kita share,.. haha.. Dah nak masuk hotel baru aku bersuara cakap nak makan dulu lapar! Kahkah. kebulor gila ok sebab ego sangat nak sentap2 nak merajuk tak nak bercakap ngan laki sampai tengahari pun tak makan lagi pasal malas nak bercakap dengan dia yang aku lapar tanpa protes. Pukul 6 lebih confirm la dah kebulor sangat.. So kitorang makan dulu kat kedai makan depan pantai.. Lepas makan barulah mood aku ok sikit...hehe..



Check in hotel, dh booking awal-awal guna Agoda tapi dapat bilik yang tak da view laut, trus minta tukar bilik lain yang mengadapa laut, tak pa kena tambah duit janji dapat view cantik dan menenangkan hatiku yang masih lagi panas tu.. Ni la view dari bilik... Best sangat. Tenang je rasa. Selain kapal-kalap yang berlabuh, dari bilik ni juga boleh nampak kapal terbangyang banyak sangat terbang rendah, aku rasa kapal terbang tu semua on the way nak ke KLIA, tu yang terbang rendah sangat tu. Intan suka la sangat.  Dia belajar 2 jenis transport lagi kali ni iaitu kapal laut dan kapal terbang.. Suka sangat duduk kat balkoni tu tengok kapal dan kapal terbang. Malam tu kita keluar pergi giant jap lepas tu drvie thru mcd. Aku memang nak rilek2 dalam bilik je, maka makan la kita mcd dalam bilik sambil tengok laut malam.


Pagi-pagi lagi lepas bangun tidur Intan dah tercongok depan balkoni tengok laut. Mintak susu, menyusu pun sambil baring kat depan ni. Sampai jatuh botol susu dia dari balkoni tu..haha.. Nasib baik ibu bawak 2 botol susu.  Lepas susu, siap-siapkan dia untuk breakfast dan mandi swimming pool. Tak mandi pagi pun, cuma basuh muka je... Intan dah siap-siap pakai bikini dan sarung tshirt dan seluar pendek. 



Papa pulak baru bangun. Tak menghayati percutian langsung kan papa tu Intan. Sementara tunggu papa dia bersiap, Intan tetap mengadap balkoni tengok laut. Tengok kapal dan kapal terbang. 



Muka mak buyung di pagi hari tak mandi memang tak boleh belah. Masa ni baru lepas sarapan. Intan happy sangat la nak terjun swimming pool. 





Sebelum Intan mandi wimming pool, kita ambil gambar pemandangan sekital hotel dulu. Menarik dan cantik. Cuma sayangnya tak da area yang boleh main pasir dan air laut. Semuanya macam pelabuhan bagi kapal kecil macam ni. Kalau nak main air laut kena menapak tempat jauh sikit, lalu mak buyung tidak kuasa.... 




Tiba la masa Putri Intantenton merendamkan diri dalam swimming pool


Suka sangat la dia, memang tujuan aku ke sini nak happykan dia sebelum bersalin. Nanti dah bersalin berapa lama lagi baru boleh holiday macam ni. Kena tunggu adik baby besar sikit baru boleh kan.



Masa ni pagi lagi, baru pukul 8 lebih kot, so cuaca tak panas dan best je, budak2 pun tak  ramai lagi. Masih menikmati tidur mungkin. Best la, tenang dan happy je.. 


Anak dara ibu yang dah nak jadi kakak. Lepas puas berenang, bawak dia masuk bilik, mandikan dan bagi susu panas, terus tidur balik. Fuh.. Penat sangat gayanya main air kat swimming pool tadi. Aku pun siap-siap berkemas walaupun baru pukul 10 lebih. 



Pemandangan bila tengahari. SubahanaAllah, cantik sangat. Laut nampak biru.. Maka aku pun bersiap siap nak check out. Macam rushing je percutian kali ni. Sebab takut balik nanti jem kat hiway, cuti panjang baru start kan. Lagi satu family aku nak datang pahang esok harinya, jadi kena la balik awal untuk prepare ape yang patut. 


Lepas bersiap kita snap snap gambar la dulu sebelum chekc out.Intan bagun tidur macam biasa terus mengadap laut. Tak sia-sia tukar bilik sea view.. =)


Mak buyung kembang setaman. OMG belive or not, di kala 9 bulan mengandung ni berat aku dah almost 90kg! Matilah nak turunkan balik berat... Masa bersalin intan tu, sehari sebelum bersalin berat 82 kg je. Ni sebulan lagi nak bersalin berat dah nak cecah 90 kg! 


Family Picture.. Intan ni sekarang memang susah kalau di ajak bergambar.. Tengok la tu, habis nak di kokangnye pipi papa dia tengah kita nak snap gambar.  tak pa la nak, janji muka ibu ngan papa ko meletop dalam gambar ni.


Balik tu Alhamdullilah dari PD ke KL lancar, tapi line sebelah yang dari KL ke JB hazab yer jem dia... Panjang gila.. Sepanjang perjalanan.. Kami singgah KL kejap konon nak cari mainan Intan Slide and swing tu kat Aeon big tapi non ada.. Aku pulak boleh terlupa nak ajak papa Intan cari kat chow kit.. Padahal dari rumah tu la tujuan nak singgah KL.. 

Begitulah percutian singkat, emo dan kejap kami ke Port Dickson....

1 comment:

SYANI said...

SUbhanallah... cantik la pemandangan kat situ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails