Followers

Wednesday, April 29, 2015

Bahaya Ke Minum Ais Masa Mengandung?

Sepanjang mengandung dan semakin nak cukup bulan ni, air sejuk, air manis berais memang la favourite aku. Kadang kadang rasa macam tak boleh dibendung. Setiap hri mesti nak. Kadang-kadang 3 kali aku buat milo ais, nescafe ais, kordial macam-macam perisa berais. Hati ni risau la jugak. So buat la research kat google.. 

Research punya research, jumpa info ni

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
S : Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais. Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari.

Jaja, Bentong, Pahang

J : Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat.

Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok jadi kesimpulannya tidak la bahaya ais kepada ibu mengandung kan...hehe.. Lega sikit. Tapi air manis tetap la bahaya kan. Nasib baik la mengandung kali ni aku dah duduk dengan husband, dia la banyak kontrol. Masa mengandung anak pertama dulu, duduk KL sorang-sorang memang every week akan minum coke. Kalau pergi mcd confirm ambil air coke. Nikmat sangat. Tapi sekarang, memang tak berani la order air coke ke pepsi ke kalau makan kt fast food, nanti dapat jelingan maut dari suami plus kena marah! Memang dia marah sangat kalau nampak coke atau pepsi.  So sekarang, nak elak kena marah, kita order ribena atau milo ais je bila makan fast food...huuuuu.... 

Dan mengandung kali ni aku bebas dari GDM walaupun dah 2x kena test minum air gula... Syabas kepada suami kesayangan yang berjaya meng control isterimu ini. I Love u so much! 

3 comments:

Mizz ErMa said...

betul2..sy dulu pon suka jgk..tp nasib basik masa pantang dpt tahan diri xminum ais..kalau teringin sgt, lps 44 hari tu minum air sejuk peti ais je hihi

Ieyda Mat said...

Kndgn sy skg da msk 16 mgu.loya n mual msh de lgi..start kndgn sy 12 mgu sy hnye leh mnum milo ais tok hilag kn sy dr rsa nk mnth.stiap ari sy minum sblm prgi kje.klau sy xmnum sy akn rse nk mnth n pitam..xkre la ktika sy mkn pn msti kne de milo ais.sy xtau smpai bila sy kne brgntung ngn milo ais..hihihi.sy hrp ia xde bri pe2 ksn pd bby sy nnti..siapa yg bce coment sy ni doa an spye bby sy dlm keadaan sht ye..aminnn

Aini said...

Ye tak da effect la pada saya ais ni masa mengandung. Memang 2 kali mengandung kuat minum ais, Alhamdullilah tak da apa2 yang bahaya. Cuma control la air manis, takut GDM pulak kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails