Followers

Monday, August 31, 2015

Adam Dumdedak

Mohammad Adam dah 3 bulan dah. Eh macam kejap je masa berlalu kan.  Rasa macam eh, tetiba dah anak dua ni uolls.  


Makin encem anak bujang ibu orang ni. Hensem sangat. Dah la kuat tido siang. Malam pulang pukul2 - 3 baru la tidor betul. Selagi tak pukul 3, asyik la bangun nak susu. 



Paling dia suka bangun tido, dapat susu pastu main main. Sampai keluar suara nak bercakap ngan kita bila di agah. Ketawa tok  sah cakap la, bukan main lagi 


Ko tengok. Ketawa sampai sepet sepet mata ha.


Muka control ensem. Kaki tak reti diam, keje nak berkayuh je ha.


Di mana dia Adam tomey saya.
Adam tomey saya yang pakai baju lion,
Can ma li can ooo ooi..
Can ma li can ooo ooi..
Can ma li can ketipung payung.. 

Hehe. Lagu kegemaran ibu bila duk main acah acah dengan anak bujang.



Sunday, August 30, 2015

Merindui

Yes. Aku merindui JOHOR BAHRU. Dah dekat 2 bulan ni tak balik Jb. Dan dah sebulan lebih tak keluar dari kuala lipis ni. Hajat nak ke KL, nak ke ikea dan shopping shopping masih tak kesampaian. Banyak benda aku nak beli ni, dah siap list simpan dalam handbag. Tapi masih belum ada masa nak ke KL. Tiap kali husband cuti, ada je halnya. Ada tu dalam seminggu dua kali dia kena pergi KL untuk hantar adik dia check up SLE.  Rasa kesian pulak nak cakap banyak banyak kali ajk dia ke KL lagi, sian dia penat tiap kali cuti tak rehat. Walaupun dalam hati meronta ronta nak pergi gitu. Tapi ku tabah kan hati je la bersabar demi suami tercinta. Tapi awas ye, janji tetap janji, jangan coba kau mungkiri. Hehe.. Nanti muncul muncung panjang tak pasal pasal.

So sebab dah lama tak balik jb, tak keluar dari lipis ni, mula la aku teringin macam macam ok. Nak macdonals la, nak makan kenny rogers la, nak rojak asma angsana la, bingka labu mak aku la, puding jagung mak, asam pedas ayam la, memacam lagi la. Tu memang sindrom kalau lama tak balik Jb. Mula la meroyan nak benda yang tak wujud kat kuala lipis ni. Yang boleh buat, aku buat la macam asam pedas, puding, bingka labu tu semua walaupun rasa tidak la sama macam mak buat. Tapi ok la kan dari terliur terbayang bayang je sentiasa selagi tak dapat.

Puding jagung kesedapan berkuah bernata de coco bersumi jeli enak tidak terperi nama dia

Tapi yang part mcdonals, kenny rogers tu memang tak dapat di tolong la.. Kena jugak keluar dri lipis ni untuk menikmatinya. Laki aku suka cakap aku suka membazir makan macam macam, mahal mahal contohnya makan kat scret recipe. Eh biArlah kan. Bukan everyday pun. Lagipun duduk sini memang aku tak da bazir duit aku untuk shopping ke ape ke. Boring ok penat kerja siang malam cari duit pastu duit tiap bulan buat bayar kereta, bayar itu bayar ini je. Nanti aku rasa seolah olah kita ni hidup untuk cari duit bayar hutang je. So let rewards diri sendiri setelah penat lelah bekerja dengan habiskan sedikit dari hasil penat lelah kerja kita dengan perkara yang kita nak dan kita suka selain bayar hutang sesaje.

Hari tu hantar adiknya ke asrama semula kat jerantut, dapatlah lepas gian nak makan mcd. Mula - mula berangan macam macam nak makan. Nak ayam spicy la, nak sundae la, nak bubur la. Sekali makan ayam n kentang je dah kenyang, tak lalu nak order sundae apetah lagi bubur. Balik lipis dengan kekenyangan. Tapi malangnya kekenyangan itu tidak lama, elok sampai lipis terus terbayang semua sundae aiskrim itu! Menyesal ganda 23 tak beli tadi..huu. So bayangan aiskrim sundae mcd mula menghantui diri semula.

Ah tolong la sampai sekarang terbayang bayang ni... Hai la bila gemok jadi kemurungan, tapi nafsu nak makan itu ini non stop tak nak insaf. 


Saturday, August 22, 2015

Throw Back Zaman Wanita Bekerjaya

Minggu ni ada ex office mate aku yang bakal berhenti kerja untuk jadi full time house wife.  So dia dengan rajin nya upload gambar gambar nostalgia dia bersama sama rakan seperjuangan sepanjang dia bekerja kat situ. Masuk habuk juga la mata aku ni. Sedih, gembira, senyum senyum, ketawa tengok gambar-gambar tu. So aku pun menggedik nak throw back juga memori zaman wanita bekerjaya aku gak. Sebagai kenangan nanti dah tua beranak cucu nanti kan. 

Seriously memang rindu la zaman tu.  Tiap hari bersiap cantik cantik nak ke office. Aku suka pakai blouse dan seluar slack ke office masa bujang. Jumaat aku mesti pakai baju kurung. Dari awal kerja kat situ memang akan pakai formal walaupun staff lain selamba pakai jeans, t shirt. Hari sabtu je aku pakai thirt dan jeans. Dah memang dasar pompuan kuat melawa, nak melawa je la keje kau kan walau di mana berada. 


Perempuan kuat melawa yang kadang kadang pepagi nak pegi kerja ntah berapa kali salin baju baru puas hati. Mak dia tukang geleng kepala ye perati perangai anak dia ni.

Yang best masa tu every week kita ada company activity. Activiti yang ditaja oleh company untuk staff dia release tension bekerja kononnya. Ye la kerja macam nak gila ok, siang malam. Siang kat ofis, malam sambung lagi buat kat rumah. Pasal kerja siang malam ni la antara sebab aku resign dulu. Kalau ikut hati memang tak hingin la kan buat kerja ofis bwak balik rumah atau stay back kat ofis sampai pagi siapkan kerja. Ni bukan pasal lembab kerja tak siap sampai nak kene buat luar office hour tau, tapi sebab selalu di beri task last minit atau tempoh masa  yang tak masuk dek akal. Contohnya pkul 3 petang ko diberitahu untuk siapkan benda yang sepatutnya ambil masa 1 minggu untuk disiapkan secara proper tapi kau hanya ada masa petang dan malam tu saja untuk siapkan kerana esok pepagi ko dah nak kene present kat client. Nak tak nak kene la tongang tonggek siapkan sebab kalau tak siap atau tak ready, esok ko yang kene bambu dengan client. 



Ni antara aktivity awal yang aku join. Main roller balde kat Skudai Prade. Masa ni aku masih kat office Jb lagi. Masa ni la nampak perangai masing masing. Yang bos pun tak macam bos, sama je naik perangai. 


Antara aktiviti kegemaran. Join kelas senam robik.  2 minggu sekali masa ni. Semua wajib pergi. Seronok gila ok. Ni semua zaman belum kawin. Now semua dah jadi bini dan mak mak orang. Kami la antara perempuan awal yang lama bertahan kerja kat situ. Ramai ok perempuan yang kerja tapi tak sampai sebulan resign dah masa tu. Pasal kerja pressure gila. Ni perempuan 4 orang ni pun semuanya pernah menangis sebab pressure. Tapi tetap tabah bekerja sebab banyak lagi yang best masa kerja kat situ. Antaranya kawan-kawan dan bos yang best dan gila-gila. Macam macam perangai ok. Gelak je la ko kat office tu. Bos tu macam kawan-kawan je.. Cuma kalau ko tak perform, menangisi la kau masa penilaian prestasi untuk kenaikkan gaji nanti. Kalau perform pulak, senyum sampai telinga la ko dengan kenaikan gaji yang best gila. ..  

Masa tahun pertama aku kerja, zaman anak dara la kan. Aku jaga beberapa sistem dalam 1 masa. So every week memang akan outstation ke KL dan Kuantan. Setiap minggu la. Kadang pergi ramai ramai, kadang berdua je, kadang sorang. Masa ni husband aku (masa tu tunang) gila la jeles. Dia tu memang la jeles dia tahap dewa ok. Kalau outstation aku sorang je pompuan, memang hazab la. Dia call je sentiasa marah marah. Kenapa pergi sorang pompuan, bawak la pompuan lain, suruh la orang lain pergi. Pehhh sakit hati gila. Sampai aku naik segan dengan member member dan bos tau.  


Ni gambar  masa family day kat Desaru. Tahun kedua aku join company ni. Masa ni aku dah start tranfer ke projek kat KL. Kat KL kami duduk kat rumah mewah 3 tingkat kat jalan gurney. Mewah la bagi aku sebab sewa je sebulan dah 4K. Company la yang bayau. Rumah teres 3 tingkat, 6 bilik tidur setiap bilik lengkap aircond dan ada bilik air sendiri, siap ada bath tub uollss. Perabot semua lengkap.  Selesa sangat. Dah la office Kl gila dekat je ngan rumah. jalan kaki je 5 minit sampai. Jimat sangat. Rumah free, minyak jimat. Tak ke ko sayang kat company gitu gaya? Siap bos kasi pinjam CRV untuk kami guna kat sana sebelum aku bawak kereta ke KL. 


Happy sangat kan muka kanak kanak ruang ni semua? Ni pun masa family day kat Lotus Desaru. Haha masa ni lompat masih boleh naik ye sebab syukur berat baru 63 kg... Sekarang? Harap maaf  la tak tau mampu ke tak nak lompat gitu dengan berat badan terkini iolls ni.  Masa ni staff bertambah, sebab projek pun gila bertambah, Makin la happening walaupun selalu pening. Huhu.  


Malam dinner Black and White. Semangat masing masing bergaya. Dah ghupa Kpop je aku tengok kitorang dalam gambar ni. Yang paling over kat belakang tu bos yang aku selalu ikut outsation masa kerja office jb pasal dia projek manager bagi semua sistem yang aku jaga. Tunang aku memang sakit hati dan jeles je la dengan En Harun ni. Siap kata kalau dia jumpa, dia nak sound sebab suka sangat bawk  tunang orang berdua duaan dalam kereta. Apekah. Stress aku tau. Padahal En Harun tu pun dah bertunang jugak masa tu.


Us. Aku sayang semua ni, Aku rindu semua dalam gambar ni, Walaupun salah sorang ada yang benci aku.  Malas la nak story, sedih.  Diorang la housemate aku masa kat KL dekat 2 tahun jugak. Seronok sangat. Jalan kaki pergi kerja, jalan-jalan, shopping,  masak, cabut rumput, pasang perabot ikea semua sama-sama. Mengumpat bos pun sama sama kadang kadang.  Hehe. Tapi sejak ada krisis aku sedih lah. Aku tak nak pun berkrisis sebab aku suka diorang semua. Tapi tak nak buat macam mana, aku dah minta maaf dan cuba berbaik pun orang dah tak sudi, dah benci. Sangat sedih. Antara sebab kuat juga aku resign. Hari hari orang pandang ko dengan kebencian, ko boleh tahan? Aku tak boleh.  =(  

Ni pulak gambar masa dinner Family day kat Lexis Prot Dikson. Terserlah kan perangai masing masing dalam gambar ni? Sengal sangat memasing. Haaa.. masa ni dah kawin, bawak laki dan bawak Intan yang dalam perut joint family day. Pregnant 8 bulan masa ni. Dan yang best nye masa ni Kakcik my jiran, my classmate, my bff  dah jadi my officemate pulak. Dia la yang nak try interiew, aku dah cakap awal awal, kalau dia sangup kerja siang malam, mengadap stress tapi boss sporting dan kelakar serta gaji best, aku tak kisah bawak dia pergi Interview. Alhamdullilah dia past interview dan kekal kerja sampai sekarang..  

Masa nak buat keputusan berenti kerja tu memang agak susah la. Gila kau, gaji dah sedap. Komitment pulak boleh tahan tiap bulan kan. Dengan kereta, dengan ptptn, dengan ASB loan, dengan harapan mak ayah lagi kan. Tapi lepas penilaian prestasi, diorang kata aku tak perform aku rasa sedih la. Aku ni pregnant 5 bulan ko suruh masuk ladang ulu 3 minggu aku pergi, suruh datang ofis  malam malam sampai 3-4 pagi sampai bergaduh laki bini pun aku pergi, kata tak perform lagi. Siap kata aku jarang datang malam. Tau tak macam mana stressnya dtg office malam2? Stress kerja, stress dengan laki marah marah suruh balik rehat, dengan tengah mengdungnyekan. Please imagine la.  So aku rasa aku memang tak di perlukan dan aku pun tak boleh buat macam yang diorang nak, baik aku resign.  Plus aku pun tak selesa bekerja dengan orang yang membenci aku, rasa payah nak bekerjasama. Ye la dah kerja satu company, nak elak macam mana pun akan tetap kena kerja bersama kan. Lepas tu lepas cuti bersalin lama rasa seronok duduk rumah jaga anak lagi la kuat azam aku hantar surat resign.


Aku kuatkan tekad la. Percaya rezeki tu Allah dah tentukan. Yang penting niat kita. Akhirnya aku bertukar status kepada surirumah dan sambil berbisnes online.  Alhamdullilahh, rezeki bisness online tak putus. Syukur sangat. 


Itu je la kisah aku. Tak tau nak ending macam mana... hehe. Kita sudahi dengan gambar gambar selfie sebelum pergi kerja. Haha, aku memang hobi ber selfie dalam keretapagi pagi sementara panaskan enjin kereta.


Di hari jumaat

Monday blues


Santai sabtu


Wednesday, August 19, 2015

Kisah Susu

Intro di mulakan dengan kasi payung satu gambar  Adam yang dah bam bam.. Montel kan Adam?
Muka jantan sangat. Kalau orang pertama kali tengok pun dan boleh tau lelaki.
Tak macam Intan dulu, mesti orang tanya perempuan ke lelaki?


Ok ni bukan nak cerita pasal anak tapi cerita pasl aku dan susu. Aku ni memamng la jenis tak suk minum susu dan tak akan minum susu suka suka je tanpa sebab. Memang tak suka dan tak boleh telan, lebih lebih lagi susu putih. Tapi masa mengandung kan kau akan kekurangan kalsium sebab baby dalam perut tu sedang membesar dan menarik khasiat segala kalsium yang ada pada kau. Lalu kalau kau tak banyak minum susu , makan makanan yang tinggi kalsium ko akan rasa la akibatnya. Antaranya kaki ko mudah cramp, badan ko lesu, sakit sakit dan sebagainya sebab tak cukup kalsium.

Dan masa tu la baru aku tobat minum susu setiap hari atau paling cikai pun seminggu 3 kali. Baru la 
badan rasa ok. Tapi bukan semua susu aku boleh telan. Susu anmum tepunguang bancuh tu memang mintak maaf aku tak boleh telan lngsung. Telan terus loya dan muntah. Last last susu yang boleh di terima tekak ialah susu HL yang dalam kotak tu. Tapi perisa cokelat la opkos ye. 

Sejak bersalinkan Adam ni, aku memang terasa sangat betapa aku kurang kalsium. Jadi aku continure minum susu HL cokelat macam masa mengandung dulu. Tapi tak tiap hari la. Dalam seminggu mesti  sekurangnya 3 kali. Kalau tak, badan aku sakit sakit ok. Rasa macam dh reput semua tulang aku. Intan henyak henyak aku dalam kereta rasa sakit sangt ok.. Bila duduk lama,,   Nak bangun seksa sikit.  So tadi bila pergi lipis ingat nak beli la susu HL tu sebab dah dekat seminggu tak minum dusu.

Badan pun rasa dedor, lesu. Tapi niat nak beli susu tu tukar jadi drama plak dalam kereta. Gaduh pasal lakiku marah aku tak nak minum susu tepung, susu putih.  Puas dah aku explain aku memang tak boleh telan susu putih apetah lagi susu tepung bancuh Anmum tu. Pastu dia nak amuk pulak. Kata baik tak payah minum terus kalau minum susu coklat! Ya Allah sentap sangat aku. Terus aku pun amuk cakap kalau tak payah minum tak payah la beli. Balik je.  Sampai kat pasaraya aku tk nak turun. Tak da hati dah nak beli susu. Tak marah tapi aku sedih. Aku ni bukan suka susu. Nak beli ni pun sebab badan dah start sakit sakit ni. Asyik cramp kaki. Kalau tak sakit aku pun tak ingin minum susu. Sedih..

Dah la aku tak nak keluar kreta tu dia tak da pun pujuk. Tak da pujuk suruh beli atau dia sendiri turun belikan.  Aku dah sedih pikir napa dia marah aku hanya sebab tak nak minum susu putih.  Tak da pun minta maaf, pujuk ke apa.. Terus balik tanpa susu.. So sad..  Rasa nak emosi nangis tapi tahan je. Memang kalau dah 3 tahun kawin kene pujuk diri sendri je ye kalau sedih atau merajuk??

Itu je la kisah susu hari ni.

Tekak perit, kepala pening, hati sedih. Harap tidak demam.





Sunday, August 16, 2015

Gelagat Anak Anak

Ai macam tak percaya anak dah dua. Intan tu kadang aku tengok macam budak dah sekolah tadika je.
Padahal baru umur dua tahun. Sekarang dah pandai merajuk ok.
Tadi tengahri merajuk masa makan, terus lari pergi ruang tamu.
Bila dipujuk, lari masuk bilik. Perangai ibu sangat. 
Aku rasa memenag dah menurun perangai aku kat dia. Geleng kepala je la mampu. 


Ni masa ikut papa dia cari durian. Dengan tak mandi, dengan puting tak tanggal siap garu garu perut.
Anak sapa la hai.. Membesar sebagai anak kampung sungguh.
Ibu ko dulu umur dua tahun melekat je ngan tok mak ko tau, asal tak nampak mak je melalak.
Dia advance. Membesar kat Kg, rumah tok dia, ramai mak sedara jadi dia tak la takut orang sangat.
Tak macam aku kecik kecik dulu. Takut gila dengan strangers.


Haha adam in da House.Masa ni aku tinggalkkan dia dengan mama kat rumah.
Mama biasalah, suka sangat celakkan cucu dia, nak bagi cantik kening bila besar katanya..hehe
Intan dulu kecil kecik pun puas di celakkan.. Dah macam sin chan kadang kadang..haha

\

Bab bam sangat Adam sekarang. kalau tengok dari bawah nampak pipi je.. Tu pipi turun dari papa dia la tu
Oh btw Intan skarang kurang dah buat adik dia. Tak da dah cakar cakar atau cubit adik dia. Alhamdullilah...


Ok yang ni lawak. Mak cik husband bagi baju baby new born kat Adam. Dia ingat Adam gigirl, so dia beli pink. Memang tak la kan nak pakaikan kat adam. Lalu ibu yang sengal cer try test kat Intan. eh eh eh muat pulak baby baby ni kat kakak yang dah dua tahun...hshsh.... Baju ni kain dia strech sangat sampai intan boleh muat. Tapi muat ala ala sarung nangka, macam body builder pun ada gak..haha


Tempoyak in the making.. Dan haruss la ada hantu durian ni.. Durian dah masam pun dia nak jugak... Ater aku rasa nanti musim durian dah habis, dia nampak tempoyak dalam botol pun dia nak jugak agaknya...

Itu je la kisah anak anak kali ni.. Bizi kebenor aku ni.. Banyak order tak siap lagi ni... 

Saturday, August 8, 2015

Kekal Jelita Walau Diri Semakin Membelon


Licinnya muka iolss dalam gambar ni.. Dusta sangat. Kebenarannya muka aku sekarang sangat horror ok, jerawat banyak gila.  Serius banyak. So kalau nak keluar rumah foundation harus tebal 5 inci untuk cover jerawat tu semua. Tak tau la masalah hormon lepas bersalin ke apa kan. Gemuk pun salahkan hormon lepas bersalin jugak walaupun hakikatnya nafsu makan mengalahkan naga. 

Tadi pagi masak spagheti untuk Abah bawak ke adik ipar yang duduk kat asrama. Tengahari bekejar pergi open house YB pulak kat koyan. Tak sempat jamah spaghetti pon, terus bersiap pergi, sampai sana duduk dalam dewan bajet vvip sebab nak ada aircond. Gila ramai manusia kat luar tu. Beratur amil duit raya, beratur ambil makanan. Nasib baik kawin dengan anak sedara YB, dapat special sikit makan kat tempat VIP..hahahaa... So ambil lah laksa semangkuk, air secawan. Tu je yang aku melantak kat Open House yang gila melambak makanan. Sebab hati ni duk teringat spaghetti kat rumah.. Balik rumah,terus excited nak makan spaghetti, sekali kene sound dengan husband ok..

Husband : oit oit.. baru balik open house nak makan spaghetti pulak??
Me : oit tadi tak makan sangat la.
Husband : Eee, jaga la badan sikit, dah macam belon.

*** oemmgeeee bencinya! Sampai hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Me : Eee! Jahatnye. Tak nak la makan. **** terus baring atas katil. sentap!
Husband : Nak makan pegi la makan.. *** ketawa
Me : Tak Nak. Abg cakap syg gemuk. Biorlah tak payah makan lagi.
Husband : Mana ada abg cakap gemuk.  Pegi la makan.
Me : Tadi tu ape???
Husband : Abg cakap macam belon je.. *** Ketawa lagi..


Grrrrr... Menyirap je. Padahal memang membelon pun badan aku sekarang. Bila ntah nak diet. Sakit hati aku bila pakai baju semua rasa ketat. Jeans kegemaran pun senak kat perut. 

BERTABAH LAH!

Wednesday, August 5, 2015

Musim Durian Tiap Kali Mengandung


Sekarang ni musim durian kat kampung husband aku ni. Hei boleh tahan banyak durian dia. Last musim durian yang banyak macam ni masa aku menandungkan intan 4 bulan. Masa tu lagi banyakkk.. Tiap hari kutip durian kat dusun, penuh kancil ok.. bukan takat bonet, siap kene letak kat seat belakang dan dashboard belakang kereta tu. Punya la banyak. Orang pahang ni kan akan kumpul durian untuk buat stok tempoyak.. Banyak gilaaaaa ok. Menimbun kat belakang dapur durian durian yang di kutip tiap hari... Serius berbukit durian! Melambak! Masa tu aku dah tak lalu dan tak heran pun dengan durian yang dah berbukit kat rumah tu. Yang aku suka makan durian fresh yang baru kutip kat dusun, memang kat  dusun tu jugak aku bedal 2-3 bijik. Dalam mengandung tu kan, nafsu kat durian tak nak kalah. Serius sedap, beza sangat dengan rasa durian beli yang dah berhari hari tu. 

Lepas dari masa aku mengandungkan Intan tu, musim durian tak hot sangat dah. Buah pun ala ala je.. Tak boleh pun nak buat stok tempoyak, tak kutip langsung la, sebab tak berapa sangat musimnya. Aku duk la tanya husband, bila nak musim durian buah banyak banyak beribu lemon macam masa aku mengandungkan Intan tu? Husband kata cuaca tak berapa cantik masa, tu musim durian pun tak da. Musim durian ni ikut cuaca gak. Aku pulak kata mesti durian ni nak tunggu aku mengandung lagi baru nak berbuah banyak-banyak..hehe.. Sekali kebetulan, lepas bersalin Adam, terus musin durian dengan jayanya. Iaitu selepas 2 tahun melahirkan Intan.. Kiranya musim durian kat sini meriah tiap kali aku mengandunglah... haha.. Matilah perasaan musim durian sebab ko mengandung kan...hehe.

So Intan excited la mengutip durian kali ni. First time la dia dapat kutip durian, last musim durian yang meriah macam ni masa dia dalam perut aku 4 bulan tu kan.. Intan ni memang dasar orang pahang tempoyak tau. Kuat gila makan durian. OMG hari-hari ok. Kau tau la tok dia tngah nak buat stok tempoyak ni kan, jadi durian berlambak la kat rumah. Mana yg kutip kat dusun, yang orang bagi semua kan, pantang nampak mesti nakk...

Ibu dulu kecil intan, durian pun tak pernah makan ok.. Pasal duduk bandar, nak durian kene beli kan, pastu kalau beli tu bukan semestinya sedap, memang tak minat la makan durian kecik kecik dulu.. Sekali kawin ngan orang pahang, terus suke makan durian, sampai anak pun kuat makan durian sangat! Mana tak nya, masa dia dalam perut lagi aku dah ajar makan durian in advance ok..kerlass sangat...

Ok tu je la nak cerita. Cerita musim durian tiap kali aku pregnant kononnyaaa..hehe...

Tuesday, August 4, 2015

Sayang Makin Sayang



Aku perasan sejak bersalinkan Adam, eh bukan sejak bersalin tapi sejak balik dari berpantang kat Jb, husband macam lain sikit. Lain yang positif. Lain yang membuatkan aku suka dan bertambah sayaaaaaaaaaang. Haha.  salah satunya lebih penyabar dengan perangai aku yang selalu hangin satu badan.

Contohnya dulu bila aku kalau bizi mengadap kerja yang berlambak tempahan customer, order last minit, nak cepat semua tu mesti stress. Muncung tok sah cakap, siap membebel marah sorang-sorang. Kalau dia nampak aku macam tu, mesti dia pun naik stress lalu aku pulak yang dia marah...haha. Lagi bengang aku, dah la tak tolong, marah pulak kite ni haa, Tapi semalam, bila aku cakap aku bizi, nak kene siapkan cepat, dia amik anak-anak bawak keluar bilik.. so aku dapat fokus siapkan cepat-cepat dengan gembira. Hehe.. Aku ni biasalah kalau stress, semua benda nak marah. barang banyak atas meja pun nak marah apetah lagi kalau si Intan tenton tu menyepah dalam bilik, terus jadi hulk aku ni.

Lagi satu dia  banyak uruskan Intan kalau dia ada kat rumah. Mandikan, basuh berak, melayan semua. Dia first time basuh berak intan masa aku pantang ok.. Sebelum ada Adam, memang tak laaaa... Geli katanya, plus dia kata anak pompuan patut aku yang buat, dah ada anak lelaki nanti dia buat. Tapi Alhamdullilah la, automatik lepas anak dah dua dia cuba gak tepis geli tu dan berjaya gak basuh berak anak sampai sekarang tak da masalah dah.. Masa first time dia basuh tu, terus aku men jemah ngan Inah adik dia tu bahawa hari ini dalam sejarah ok Abg Emi basuh berak Intan.. OMG kagumnya, kagumnya!    

Ada lagi la beberapa perkara yang aku suka sangat, tapi malas la nak cerita semua kan.. Yang dua ni pun dah cukup mencairkan hati aku sebagai isteri...  Suami yang memahami & membantu..  Teringat masa raya kat JB hari tu, Intan kan sekarang super lasak, super aktif. Macam macam aksi dia sampai kadang-kadang aku geram sangat dengan dia. Ye la masa adam dalam pantang berapa kali kene cubit ngan intan tu, aku geram sampai menangis tau, tak larat nak marah dah. Husband la banyak pujuk dia, melayan dia supaya dia tak rasa jeles sangat ngan Adam. Mak aku cakap, untung lah laki pandai layan anak, mak dulu sorang-sorang handle 3-3 anak sebab semua anak dia takut dan tak nak kat ayah..hehe.. Ayah aku garang ok masa kitorang kecik dulu. Kami tak pernah la ada gambar macam Intan dan papa dia kat atas tu.. Dah besar, bila dah habis sekolah barulah ayah tak garang dah. Tapi berkat garang ayah lah Alhamdullilah kami adik beradik jadi orang semuanya bila dah besar ni..heeee.. 

Ok itu je lah nak cerita.. I love u so much husband!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails