Followers

Wednesday, August 5, 2015

Musim Durian Tiap Kali Mengandung


Sekarang ni musim durian kat kampung husband aku ni. Hei boleh tahan banyak durian dia. Last musim durian yang banyak macam ni masa aku menandungkan intan 4 bulan. Masa tu lagi banyakkk.. Tiap hari kutip durian kat dusun, penuh kancil ok.. bukan takat bonet, siap kene letak kat seat belakang dan dashboard belakang kereta tu. Punya la banyak. Orang pahang ni kan akan kumpul durian untuk buat stok tempoyak.. Banyak gilaaaaa ok. Menimbun kat belakang dapur durian durian yang di kutip tiap hari... Serius berbukit durian! Melambak! Masa tu aku dah tak lalu dan tak heran pun dengan durian yang dah berbukit kat rumah tu. Yang aku suka makan durian fresh yang baru kutip kat dusun, memang kat  dusun tu jugak aku bedal 2-3 bijik. Dalam mengandung tu kan, nafsu kat durian tak nak kalah. Serius sedap, beza sangat dengan rasa durian beli yang dah berhari hari tu. 

Lepas dari masa aku mengandungkan Intan tu, musim durian tak hot sangat dah. Buah pun ala ala je.. Tak boleh pun nak buat stok tempoyak, tak kutip langsung la, sebab tak berapa sangat musimnya. Aku duk la tanya husband, bila nak musim durian buah banyak banyak beribu lemon macam masa aku mengandungkan Intan tu? Husband kata cuaca tak berapa cantik masa, tu musim durian pun tak da. Musim durian ni ikut cuaca gak. Aku pulak kata mesti durian ni nak tunggu aku mengandung lagi baru nak berbuah banyak-banyak..hehe.. Sekali kebetulan, lepas bersalin Adam, terus musin durian dengan jayanya. Iaitu selepas 2 tahun melahirkan Intan.. Kiranya musim durian kat sini meriah tiap kali aku mengandunglah... haha.. Matilah perasaan musim durian sebab ko mengandung kan...hehe.

So Intan excited la mengutip durian kali ni. First time la dia dapat kutip durian, last musim durian yang meriah macam ni masa dia dalam perut aku 4 bulan tu kan.. Intan ni memang dasar orang pahang tempoyak tau. Kuat gila makan durian. OMG hari-hari ok. Kau tau la tok dia tngah nak buat stok tempoyak ni kan, jadi durian berlambak la kat rumah. Mana yg kutip kat dusun, yang orang bagi semua kan, pantang nampak mesti nakk...

Ibu dulu kecil intan, durian pun tak pernah makan ok.. Pasal duduk bandar, nak durian kene beli kan, pastu kalau beli tu bukan semestinya sedap, memang tak minat la makan durian kecik kecik dulu.. Sekali kawin ngan orang pahang, terus suke makan durian, sampai anak pun kuat makan durian sangat! Mana tak nya, masa dia dalam perut lagi aku dah ajar makan durian in advance ok..kerlass sangat...

Ok tu je la nak cerita. Cerita musim durian tiap kali aku pregnant kononnyaaa..hehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails