Followers

Sunday, August 16, 2015

Gelagat Anak Anak

Ai macam tak percaya anak dah dua. Intan tu kadang aku tengok macam budak dah sekolah tadika je.
Padahal baru umur dua tahun. Sekarang dah pandai merajuk ok.
Tadi tengahri merajuk masa makan, terus lari pergi ruang tamu.
Bila dipujuk, lari masuk bilik. Perangai ibu sangat. 
Aku rasa memenag dah menurun perangai aku kat dia. Geleng kepala je la mampu. 


Ni masa ikut papa dia cari durian. Dengan tak mandi, dengan puting tak tanggal siap garu garu perut.
Anak sapa la hai.. Membesar sebagai anak kampung sungguh.
Ibu ko dulu umur dua tahun melekat je ngan tok mak ko tau, asal tak nampak mak je melalak.
Dia advance. Membesar kat Kg, rumah tok dia, ramai mak sedara jadi dia tak la takut orang sangat.
Tak macam aku kecik kecik dulu. Takut gila dengan strangers.


Haha adam in da House.Masa ni aku tinggalkkan dia dengan mama kat rumah.
Mama biasalah, suka sangat celakkan cucu dia, nak bagi cantik kening bila besar katanya..hehe
Intan dulu kecil kecik pun puas di celakkan.. Dah macam sin chan kadang kadang..haha

\

Bab bam sangat Adam sekarang. kalau tengok dari bawah nampak pipi je.. Tu pipi turun dari papa dia la tu
Oh btw Intan skarang kurang dah buat adik dia. Tak da dah cakar cakar atau cubit adik dia. Alhamdullilah...


Ok yang ni lawak. Mak cik husband bagi baju baby new born kat Adam. Dia ingat Adam gigirl, so dia beli pink. Memang tak la kan nak pakaikan kat adam. Lalu ibu yang sengal cer try test kat Intan. eh eh eh muat pulak baby baby ni kat kakak yang dah dua tahun...hshsh.... Baju ni kain dia strech sangat sampai intan boleh muat. Tapi muat ala ala sarung nangka, macam body builder pun ada gak..haha


Tempoyak in the making.. Dan haruss la ada hantu durian ni.. Durian dah masam pun dia nak jugak... Ater aku rasa nanti musim durian dah habis, dia nampak tempoyak dalam botol pun dia nak jugak agaknya...

Itu je la kisah anak anak kali ni.. Bizi kebenor aku ni.. Banyak order tak siap lagi ni... 

2 comments:

lia ummiirfan said...

lihat gelagat anak-anak memang tak jadi kerja kan.. hihi..

nini said...

Gerammmmm je tengokkk adam yg bambam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails