Followers

Thursday, October 29, 2015

Menangani Masalah Anak Suka Pukul dan Berkasar

Sebagai mak mak, memang la risau bila tengok perangai anak yang umur 2 tahun lebih suka sangat pukul orang. Dicubit, dicakar, di gigit adik. Tok Ma dia pun selamba dia cakar, dia cepuk kat muka. Cik Inah dia lagi la, pantang nampak kulit, habis di cakar. Puas tegur tapi tak jalan juga. Dan selalu jugaklah habis sabar kalau tengok dia buat perangai macam tu. Dalam kerisauan tengok anak yang suka bermain kasar macam ni, aku pun google la cara cara nak mengatasi anak yang suka memukul dan berkasar ni. 



Antara tips untuk handle anak yang suka memukul, mencubit, menggigit dan berkasar :

1. Tegur dengan tegas tanpa menjerit dan tinggikan suara.

Caranya kena nasihat dan fahamkan anak bahawa perbuatan pukul, gigit, cakar, cubit orang tu adalah perbuatan yang salah tanpa tinggikan suara atau menjerit. ~ (haha.. aku selalu je jadi tarzan terpekik pekik kalau geram ngan Intan. Lepas ni kena ubah). No more jerit, no more Tarzan,  Tak boleh juga cakap perkataan JANGAN.  Gantikan dengan ayat lain contohnya. 
'Ibu tak suka Kakak pukul adik'. 
'Pukul orang tak baik, kesian tangan adik sakit kena gigit'.
'Tangan ni gunanya untuk makan, untuk salam, untuk pegang botol susu, bukan untuk pukul '

2. Tidak menghukum atau membalas dengan pukul, cubit dan lain lai

Yang ni salah satu silap aku. kadang kalau terlalu geram memang laju je tangan aku piat telinga dia. Sebenarnya cara tu salah sebab anak akan ikut apa yang kita buat.  Ye la kan, dia tenok kita boleh buat kat dia, jadi bagi dia benda tu tak salah la, so dia buat pulak kat orang lain.  (Baiklah, lepas ni cuba lebih bersabar...hummmmmmmmmm.. tarik napas dalam-dalam)

3. Hentikan perbuatan dia dan denda dia dengan tahan dia dari bermain untuk seketika.

Sebagai denda dan supaya dia tahu dan untuk mengingatkan dia bahawa perbuatan dia tu salah, kita kena hentikan sekejap aktiviti yang dia tengah buat masa tu (contohnya tengah main basikal sambil langgar2 tok ma). Hentikan dia dari main basikal dan duduk dalam bilik untuk 2-3 minit sebagai denda. Kalau dia menjerit dan meronta nak keluar, beritahu dia yang dia tak boleh main 3 minit sebab kesalahan dia langgar Tok Ma. Lepas 3 minit baru boleh main semula dan dia akandi denda semula kalau ulang lagi kesalahan yang sama.

4. Tegur dan denda secara konsisten setiap kali dia lakukan kesalahan yang sama.

Ulang langkah 1 hingga 3 di atas secara konsisten setiap kali dia buat lagi kesalahan yang sama iaitu pukul, cubit, sepak, cakar, gigit orang. memang budak kecil suka buat benda yang sama berulang ulang. Kena sabarlah kita pun kena ulang ajar dia dan sedarkan dia perbuatan tu salah dengan tegur dan denda dengan cara yang tegas tetapi betul.

Haaa.. tu dia KekNi dah share tips untuk mengajar anak yang suka memukul, mencubit, mencakar dan sebagainya yang mengasari orang lain. Hasil google cara cara nak menangani masalah anak yang suka pukul dan main kasar kasar ni.

Harap-harap dapatlah KekNi sendiri mempraktikkan tips ni kat Intantenton yang semakin menjadi jadi tu. Kesian jugak tengok dia asyik kena marah dengan orang dan aku sendiri.. Paling kesian bila kena marah ngan orang lain la.. Aku ni hati tisu, sebak kalau dengar orang marah anak aku walaupun aku sendiri selalu jadi tarzan bila marah anak.





Tuesday, October 27, 2015

Malu Pada Allah


Pernah tak kau rasa malu pada Allah?
Malu sebab banyak kali kau lupakan Dia, tapi dia tetap tak lupa pada kau dan sentiasa mencurahkan RahmatNya mencurah curah Tanpa henti.



Saturday, October 24, 2015

Doorgift Buku Doa Amalan Harian Custom Made

**************** IKLAN *************************

Doorgift Buku Doa Amalan Harian merupakan antara produk doorgift terlaris yang mendapat sambutan dari para pelanggan kami. Kami sentiasa berusaha meningkatkan mutu dan kualiti buku doa custom made dari kami disamping juga memberikan harga terbaik dan termurah.

Buku Doa Amalan Harian Kami Sangat sesuai dijadikan doorgift dan cenderahati bermanfaaat kepada tetamu majlis anda.

SPESIFIKASI BUKU DOA AMALAN HARIAN 

~ Mengandungi 46 Doa Amalan Harian beserta terjemahan dalam bahasa melayu
~ Saiz A6 (10.5 x 14.8cm), sebesar tapak tangan
~ Design Buku Doa adalah Custom Made, mengikut citarasa pelanggan
~ Boleh letak nama pengantin, nama baby, ucapan dan sebagainya
~ Cover menggunakan Glossy Art Card 230gsm
~ Content sangat berkualiti menggunakan Glossy Art paper 80gsm






Harga serendah RM1.35/pcs untuk tempahan 1000 pcs

RM1.55/pcs untuk tempahan 800 pcs
RM1.95/pcs untuk tempahan 500 pcs
RM2.10/pcs untuk tempahan 300 pcs
RM2.50/pcs untuk tempahan 100 pcs
RM2.80/pcs untuk tempahan 50 pcs

Apa tunggu lagi, hubungi kami untuk dapatkan Buku Doa Amalan Harian dengan Design Custom Made Daripada kami sekarang!

sms/whatapps : 0127164176

Friday, October 23, 2015

Celaru

Agak Stress aku lately ni

Aku bingung pikir kenapa husband tetap tak nak pindah rumah sewa sampai sekarang. Padahal rumah sewa kami dah 100% siap, lengkap untuk duduk sana.

Preparation rumah tu dari tahun lepas. Dari sebeum mengandungkan Adam, Sampai masa tengah mengandung aku gigih cat rumah tu sendiri dengan dia. Tengah mengandung 6 bulan aku gigih panjat tangga pasang wallpaper sendiri, gantung langsir sendiri. Gigih kan? Aku bajet sebelum bersalin dapat lah merasa duduk rumah sendiri romantik romantik sementara baru anak sorang. 

Tapi macam biasalah, dapat berangan je. 

Bulan 3 : Dia kata tunggu la lepas bersalin nanti baru pindah. ~ Ok
Bulan 6 : Lepas dah bersalin, dia kata tunggu la Adam besar sikit ~ Ok. 
Bulan 8 : Lepas tu, tunggu lah lepas Abah operate.   ~ Ok
Bulan 9 : Lepas tu, tunggu lah lepas Aqiqah Adam. ~ Ok

Bulan 10 : ...........................................................
Bulan 11 : ??
Bulan 12 ??

2016 ??
2017 ??
2018 ??

Pun aku tak tau alasan apa lagi nanti. Mungkin dia berat hati nak tinggalkan rumha parents dia, dah selesa. Tapi pikir tak aku ni yang jauh tinggalkan family kat Johor, nak balik pun 2-3 bulan sekali baru dapat, sanggup berkorban asal dapat dekat dengan dia. 

Aku penat. Penat bercakap, kecil hati, jauh hati. Tapi tak tau nak luah kat sapa, kawan pun tak dak kat sini nak ajak berjimba luah hati ke hati. Muntahkan jelah semua kat blog ni.

Kadang muka ni dah taktau nak ekspresikan macam mana. Nak senyum pun payah. Bangun pagi rasa moody je memikirkan semua benda tak berubah.

Full stop. 



Friday, October 16, 2015

5 Bulan Selepas Menjadi Ibu Anak Dua


Pejam celik, pejam celik, tetiba je Adam dah nak masuk 5 bulan dah. Maknanya dah 5 bulan lah aku ni jadi ibu anak dua. Sememangnya masa anak anak usia 0 hingga 1 tahun aku rasa masa yang paling banyak masa habis kena mengadap dia. Kena 24 hours tengok dia, layan dia, ye la everything dia tak tau buat sendiri kan melainkan masuk jari dalam mulut pastu clup clup clup bunyik macam sedap sangat tak terhingga hisap jari dia tu. Haha,,, tapi comel gila ok.  Macam masa  Intan dulu, start 1 tahun ke atas, dah pandai jalan, dah boleh makan macam macam, dah boleh main sendiri, makin senang la nak jaga. Bolehlah pergi holiday seronok2, pergi shopping 4-8 jam, Makan dengan tenang sikit, masak2 ikut suka sebab dah boleh predict masa yang sesuai kan.  Sekarang ni makan macam orang kebulur pun ade, makan laju laju bila anak tidur, kunyah pun bersepai sepai tepi mulut kekadang sebab takut anak terjaga lalu terus kena stop makan nanti. Tak senonoh betul ibu anak dua ni kan.

Budak kuat menyusu


Lagi sebulan lebih Adam dah boleh makan, harap harap lepas dah boleh makan tu, kurang sikitlah dia mengempeng. Kuat betul menyusu. Ni sejak dah pandai meniarap, tidur mengiring, malam malam asyik bangun je sondol sondol nak susu. Dulu lepas pantang dah ok sikit malam 2 kali je bangun. Sekarang ni ada 8 kali aku rasa ok menrengek malam malam nak susu. Siang pun sama. Akibatnya aku la jadi lapar je. Nafsu makan tu kadang tak boleh kontrol. Matilah asyik kene perli ngan laki sendiri asyik makan, pikir makan, makan dan makan. 

Ensem boy Ibu

Intan pulak sejak dah ada adik, dah besar sikit ni pandai sangat serba serbi. Pandai sampai terlebih sekarang. Paling tak tahan pantang nampak aku dekat sikit ngan papa dia, peluk apetah lagi, terus datang duduk tengah tengah. Jeles sangat, Ini papa Intan! kata dia. Eeee,,, Tak boleh langsung Ibu nak bermanje ngan papa dia. 


Dah la 24 jam ade je kerja dia. Asyik la aku jadi tarzan jerit jerit perangai dia kat rumah tu. Kadang tak larat nak jerit, biarkan aje. Tapi kesian pulak bila orang lain pulak marah dia. Kesian anak ibu. 
Jangan la nakal sangat nak, Be nice, sopan santun ok. Kalau melebih lebih tu yang asyik kena mrah je tu. 

Hari tu masa Annyversary yang ke 3 tahun iaitu 2 hari sebelum Adam lahir ada orang janji nanti bulan 12 nak bawak pergi holiday Langkawi. Tapi nampak gaya macam tak je. Bajet besar jugak kalau nak pergi Langkawi. Dah la baru lepas buat kenduri aqiqah Adam. Hoi cakap pasal kenduri Aqiqah Adam, aku nak buat simple je mula 2. Tapi last2 aku rasa dah rupe kenduri kahwin dah ok. Dari pagi 9 am sampai 5 pm ok. Nanti la citer pasal Aqiqah kat entri lain. Yang penting Bajet pun besar dah habis untuk Aqiqah Adam.

Tapi aku ni dah gian nak pergi holiday ni. Tolong la please.. Tak dapat Langkawi, Cameron highland yang sekangkang monyet tu pun jadi laaaa.. Asalkan dapat berehat kat hotel dengan pemandangan cantik. Duduk makan tido makan tido pun jadiklaaaaa..  Janji holiday, dapat refresh otak. Cannot go ok kalau lama lama buat benda yang sama je tanpa gap. 

I need Holiday! Tapi malas la nak ulang ulang cakap kat laki i. Nanti dia stress, muka terpaksa je kalau pergi pon.  Bosan lah nanti holiday dengan muka bosan dia tu. Baik diam je dan berangan sorang sorang. Berangan la tiba tiba laki cakap macam ni.

"Sayang, jom kite pergi holiday. Cepat booking hotel. Kita pergi minggu depan!"

Lompat bintang aku kalau laki aku yang ajak pergi holiday ok!

memang tak pernah dalam sejarah lagi ya. selama ni aku je yang selalu paksa dia..hahaaa.

Doa je la bebanyak Allah limpah ruahkan rezeki supaya dapat plan holiday yang best untuk our small family.

InsyaAllah. =) 




Wednesday, October 14, 2015

Resepi Apam Susu Sedap

apam susu mudah

Haha tajuk tak boleh belah, sendiri buat sendiri kata sedap. Eh tapi serius memang sedap. Menjadi jugak apam susu aku. warna pun mengiurkan kan?? Kakak intan bukan main suka lagi, sekali hadap boleh habis 3,4 potong.


Tips atau Cara buat layer apam susu ni nampak comel macam KekNi punya, 
1. Sudukan satu warna, satu warna ke dalam loyang.
2. Guna sudu berasingan, kalau campur nanti tak cantik sebab warna bercampur.
3. Buat 3 warna sudah, Banyak sangat warna carca marba jadinya nanti.

Konon bagi tips bagai, baru buat apam susu dah nak bagi tips bagai konon.. Haha.. Hello, KekNi dulu tokey segala kek, cupcakes, apam dotdot bagai tau. Jangan tak tau. Sekarang je dah pencen pasal malas dah nak duduk berejam depan oven. Sekarang duduk berejam depan laptop je..huhu..

Resepi Apam Susu Gebu Mudah Simple ni KekNi ambil dari blog Fieda. Warna pun tiru dia pasal memang warna kegemaran pun pink purle putih tu...huhu.

Bahan Bahan Apam Susu

4 Biji Telur
4 Sudu besar Susu Pekat manis
1 Cawan Gula
1 Sudu Ovelate
2 Cawan Tepung Gandum

Cara cara Buat Apam Susu

1.Blender kan aje semua bahan kecuali tepung gandum sampai kembang (putih dan ringan texture nya)
2.Lepas tu masuk dalam mangkuk besar, gaul kan ngan tepung yang di ayak
3.Asingkan dalam mangkuk kecil kpd 3 bahagian dan letak pewarna
4.Sudukan setiap warna satu satu ke dalam loyang sampai habis.
5. Kukus 30 minit.

SIAP! 

Monday, October 12, 2015

Polis Evo. Nak Tengok Wayang Please


Hei last aku tengok wayang rasanya masa sebelum kahwin ok. Kau kiralah dah berapa punya lama?  3 tahun lebih ok, anak dah 2 dah. Benci sangat.. Ape ke lamaa benor kan. Sekarang ni aku teruja sangat nak tengok Polis Evo. Nak tengok! Nak tengok! dengar orang review pasal filem polis evo ni semua cakap best je. 

NAK TENGOK POLIS EVOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Berangan je la.

Bye.

Thursday, October 8, 2015

Shopping Menggila


Aku ni sejak bermastautin kat Pahang ni ada satu tabiat yang kadang kadang kalau ingat balik rasa nak hempuk kepala sendiri. Tabiatnya macam ni, oleh sebab kat Kuala Lipis ni non hado shopping mall atau kedai kedai menarik yang boleh buat aku teruja nak shopping, maka aku jarang atau boleh katakan langung la tak ber window shopping kat sini. Berbeza masa duduk JB atau KL dulu, setiap minggu ade je agenda shopping aku. Kadang kadang almost everyday lepas balik kerja mesti nak singgah shopping mall tanpa ada keperluan nak beli apa pun.  So bila dah duduk sini, tak shopping, maka seronok la aku buat saving setiap bulan. Bunyi macam suci murni je kan perangai?

Tapi tapi tapi.. Bila aku dapat balik JB dua bulan sekali, aku punya mood shopping tu memang menggila. Lebih menggila dari gila. Suka suka hati aku je beli itu ini macam dah doploh tahun tak pernah pergi shopping mall padahal baru 2 bulan je pon.  Beberapa minggu sebelum balik Jb lagi dalam kepala hotak dah macam macam pikir nak shopping apa.  Nak lepas gian kononnya. Nah hasilnya dari balik JB hari tu aku sambar handbag baru, baju intan, baju adam, kasut intan pun beli walaupun raya hari tu baru je beli kasut raya. Sampai 2 pasang pulak tu sekaligus beli. Pastu ada hati nak beli stroller baru untuk Adam sebab stroller lama tu rasa besar gedabak sangat. Tapi tak jadi ye sebab bonet kereta DAH PENUH!!!! Tak muat.. Hahaha. Tapi lepas tu meratap sedih tengok acc bank sendiri. Haha.. Tak pe, ape guna kerja keras kalau tak ada reward untuk diri sendiri kan. 

Part shopping ni bukan aku je yang gila, laki aku pun perangai comel gila support bini dia shopping, Bukan support bagi cash atau credit card tau. Tapi dari segi but pilihan. Contohnya masa nak beli handbag hari tu. Mula mula aku dah berkenan handbag kat Carlo Rino Angsana tu, tapi warna dia aku tak berapa berkenan. Kalau ikut hati aku malas dah cari tempat lain, nak beli je yang tu walaupun warna tak berkenan. Ye la shopping bawak anak dua orang ni tak sama ye macam shopping zaman anak dara atau zaman dating. Hazab yerrr kalau lama lama... Perempuan beranak dua je paham perasaan itu. Tapi laki I kata tak yah la beli dulu, tengok kedai lain. Esoknya perji Jusco Tmn U pulak, gila dia punya Sales! Laki bini dah teruja. Aku tengah belek handbag sembonia sambil bercakap dengan sales girls, laki aku duk panggil 'sayang yang ni sayang', 'sayang yang ni lawa', 'yang ni sama macam kat angsana semalam.' 

sales girls : Wah bestnye ada tukang pilih.
me : Haahaa.. Dia yang over kan?
sales girls : Untunglah kak, husband sporting tolong pilihkan handbag.
me : sengih.
heeee... kalau tolong bayar untung la dik , tolong pilih je belum cukup untung ** cakap dalam hati*** 

Hehe... So aku memang ambil handbag yang laki aku tunjuk tu, iaitu Carlo RIno pink dalam gambar atas tu. Not bad kan taste laki mak?? Hehe...

Sekian itu saja cerita shopping laki bini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails