Followers

Friday, October 16, 2015

5 Bulan Selepas Menjadi Ibu Anak Dua


Pejam celik, pejam celik, tetiba je Adam dah nak masuk 5 bulan dah. Maknanya dah 5 bulan lah aku ni jadi ibu anak dua. Sememangnya masa anak anak usia 0 hingga 1 tahun aku rasa masa yang paling banyak masa habis kena mengadap dia. Kena 24 hours tengok dia, layan dia, ye la everything dia tak tau buat sendiri kan melainkan masuk jari dalam mulut pastu clup clup clup bunyik macam sedap sangat tak terhingga hisap jari dia tu. Haha,,, tapi comel gila ok.  Macam masa  Intan dulu, start 1 tahun ke atas, dah pandai jalan, dah boleh makan macam macam, dah boleh main sendiri, makin senang la nak jaga. Bolehlah pergi holiday seronok2, pergi shopping 4-8 jam, Makan dengan tenang sikit, masak2 ikut suka sebab dah boleh predict masa yang sesuai kan.  Sekarang ni makan macam orang kebulur pun ade, makan laju laju bila anak tidur, kunyah pun bersepai sepai tepi mulut kekadang sebab takut anak terjaga lalu terus kena stop makan nanti. Tak senonoh betul ibu anak dua ni kan.

Budak kuat menyusu


Lagi sebulan lebih Adam dah boleh makan, harap harap lepas dah boleh makan tu, kurang sikitlah dia mengempeng. Kuat betul menyusu. Ni sejak dah pandai meniarap, tidur mengiring, malam malam asyik bangun je sondol sondol nak susu. Dulu lepas pantang dah ok sikit malam 2 kali je bangun. Sekarang ni ada 8 kali aku rasa ok menrengek malam malam nak susu. Siang pun sama. Akibatnya aku la jadi lapar je. Nafsu makan tu kadang tak boleh kontrol. Matilah asyik kene perli ngan laki sendiri asyik makan, pikir makan, makan dan makan. 

Ensem boy Ibu

Intan pulak sejak dah ada adik, dah besar sikit ni pandai sangat serba serbi. Pandai sampai terlebih sekarang. Paling tak tahan pantang nampak aku dekat sikit ngan papa dia, peluk apetah lagi, terus datang duduk tengah tengah. Jeles sangat, Ini papa Intan! kata dia. Eeee,,, Tak boleh langsung Ibu nak bermanje ngan papa dia. 


Dah la 24 jam ade je kerja dia. Asyik la aku jadi tarzan jerit jerit perangai dia kat rumah tu. Kadang tak larat nak jerit, biarkan aje. Tapi kesian pulak bila orang lain pulak marah dia. Kesian anak ibu. 
Jangan la nakal sangat nak, Be nice, sopan santun ok. Kalau melebih lebih tu yang asyik kena mrah je tu. 

Hari tu masa Annyversary yang ke 3 tahun iaitu 2 hari sebelum Adam lahir ada orang janji nanti bulan 12 nak bawak pergi holiday Langkawi. Tapi nampak gaya macam tak je. Bajet besar jugak kalau nak pergi Langkawi. Dah la baru lepas buat kenduri aqiqah Adam. Hoi cakap pasal kenduri Aqiqah Adam, aku nak buat simple je mula 2. Tapi last2 aku rasa dah rupe kenduri kahwin dah ok. Dari pagi 9 am sampai 5 pm ok. Nanti la citer pasal Aqiqah kat entri lain. Yang penting Bajet pun besar dah habis untuk Aqiqah Adam.

Tapi aku ni dah gian nak pergi holiday ni. Tolong la please.. Tak dapat Langkawi, Cameron highland yang sekangkang monyet tu pun jadi laaaa.. Asalkan dapat berehat kat hotel dengan pemandangan cantik. Duduk makan tido makan tido pun jadiklaaaaa..  Janji holiday, dapat refresh otak. Cannot go ok kalau lama lama buat benda yang sama je tanpa gap. 

I need Holiday! Tapi malas la nak ulang ulang cakap kat laki i. Nanti dia stress, muka terpaksa je kalau pergi pon.  Bosan lah nanti holiday dengan muka bosan dia tu. Baik diam je dan berangan sorang sorang. Berangan la tiba tiba laki cakap macam ni.

"Sayang, jom kite pergi holiday. Cepat booking hotel. Kita pergi minggu depan!"

Lompat bintang aku kalau laki aku yang ajak pergi holiday ok!

memang tak pernah dalam sejarah lagi ya. selama ni aku je yang selalu paksa dia..hahaaa.

Doa je la bebanyak Allah limpah ruahkan rezeki supaya dapat plan holiday yang best untuk our small family.

InsyaAllah. =) 




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails