Followers

Thursday, October 29, 2015

Menangani Masalah Anak Suka Pukul dan Berkasar

Sebagai mak mak, memang la risau bila tengok perangai anak yang umur 2 tahun lebih suka sangat pukul orang. Dicubit, dicakar, di gigit adik. Tok Ma dia pun selamba dia cakar, dia cepuk kat muka. Cik Inah dia lagi la, pantang nampak kulit, habis di cakar. Puas tegur tapi tak jalan juga. Dan selalu jugaklah habis sabar kalau tengok dia buat perangai macam tu. Dalam kerisauan tengok anak yang suka bermain kasar macam ni, aku pun google la cara cara nak mengatasi anak yang suka memukul dan berkasar ni. 



Antara tips untuk handle anak yang suka memukul, mencubit, menggigit dan berkasar :

1. Tegur dengan tegas tanpa menjerit dan tinggikan suara.

Caranya kena nasihat dan fahamkan anak bahawa perbuatan pukul, gigit, cakar, cubit orang tu adalah perbuatan yang salah tanpa tinggikan suara atau menjerit. ~ (haha.. aku selalu je jadi tarzan terpekik pekik kalau geram ngan Intan. Lepas ni kena ubah). No more jerit, no more Tarzan,  Tak boleh juga cakap perkataan JANGAN.  Gantikan dengan ayat lain contohnya. 
'Ibu tak suka Kakak pukul adik'. 
'Pukul orang tak baik, kesian tangan adik sakit kena gigit'.
'Tangan ni gunanya untuk makan, untuk salam, untuk pegang botol susu, bukan untuk pukul '

2. Tidak menghukum atau membalas dengan pukul, cubit dan lain lai

Yang ni salah satu silap aku. kadang kalau terlalu geram memang laju je tangan aku piat telinga dia. Sebenarnya cara tu salah sebab anak akan ikut apa yang kita buat.  Ye la kan, dia tenok kita boleh buat kat dia, jadi bagi dia benda tu tak salah la, so dia buat pulak kat orang lain.  (Baiklah, lepas ni cuba lebih bersabar...hummmmmmmmmm.. tarik napas dalam-dalam)

3. Hentikan perbuatan dia dan denda dia dengan tahan dia dari bermain untuk seketika.

Sebagai denda dan supaya dia tahu dan untuk mengingatkan dia bahawa perbuatan dia tu salah, kita kena hentikan sekejap aktiviti yang dia tengah buat masa tu (contohnya tengah main basikal sambil langgar2 tok ma). Hentikan dia dari main basikal dan duduk dalam bilik untuk 2-3 minit sebagai denda. Kalau dia menjerit dan meronta nak keluar, beritahu dia yang dia tak boleh main 3 minit sebab kesalahan dia langgar Tok Ma. Lepas 3 minit baru boleh main semula dan dia akandi denda semula kalau ulang lagi kesalahan yang sama.

4. Tegur dan denda secara konsisten setiap kali dia lakukan kesalahan yang sama.

Ulang langkah 1 hingga 3 di atas secara konsisten setiap kali dia buat lagi kesalahan yang sama iaitu pukul, cubit, sepak, cakar, gigit orang. memang budak kecil suka buat benda yang sama berulang ulang. Kena sabarlah kita pun kena ulang ajar dia dan sedarkan dia perbuatan tu salah dengan tegur dan denda dengan cara yang tegas tetapi betul.

Haaa.. tu dia KekNi dah share tips untuk mengajar anak yang suka memukul, mencubit, mencakar dan sebagainya yang mengasari orang lain. Hasil google cara cara nak menangani masalah anak yang suka pukul dan main kasar kasar ni.

Harap-harap dapatlah KekNi sendiri mempraktikkan tips ni kat Intantenton yang semakin menjadi jadi tu. Kesian jugak tengok dia asyik kena marah dengan orang dan aku sendiri.. Paling kesian bila kena marah ngan orang lain la.. Aku ni hati tisu, sebak kalau dengar orang marah anak aku walaupun aku sendiri selalu jadi tarzan bila marah anak.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails