Tak ku sangka lepas beranak dua ni, susah betul nak ada masa untuk diri sendiri. Ini kisah benar ye. Masa untuk pergi salon, pergi shopping sorang-sorang, keluar dengan kawan-kawan, langsung tak ada. Hurmm.. Jangankan masa untuk berserok macam tu, masa nak berak lama lama pun tak ada ye... haha. Macam tu la pengorbanan seorang ibu membesarkan anak kecil ye. Kalau ibu bekerjaya ada juga masa untuk diri sendiri tanpa anak anak kan. Masa office hour, masa lunch, balik kerja. Tapi bagi suri rumah macam aku? Tak ada langsung ye. 24 jam dengan anak. Seronok memang seronok, tapi penatnya lahai, Tuhan saja tahu.
Masa anak sorang dulu tak la terasa sangat. Lagi lagi bila Intan dah masuk 2 tahun, memang makin mudah kerja. Dah boleh keluar berdua dengan dia, dia tidur kita tidur, Bila bila aku nak buat kerja mengadap laptop pun tak ada hal sebab dia dah pandai main sendiri, bawak diri sendiri. Tapi bila dah beranak kecil lagi sekali lagi ni, semua berubah. Penat dia 4 kali ganda daripada anak sorang. Macam macam perkara berubah.
Indahnye hidup kalau Intan behave macam ni main ngan Adam
Waktu main, tak boleh lepas pandang kat anak anak. Intan sentiasa nak kacau Adam. Bila Adam merangkak dia angkat, Adam dalam buai dia kacau, Adam tidur pun dia kacau. Ni antara sebab aku selalu jadi tarzan. Marahkan Intan yang membahayakan adik dia. Kalau dulu anak main, aku boleh buat kerja mengadap laptop, tapi sekarang sekarang selagi Adam tak tidur, memang tak boleh buat kerja. Makan dah jadi perkara biasa mengadap laptop pukul 12 tengah malam, tidur pukul 3-4 pagi perkara biasa. Adam menyusu badan, fully breastfeed. Manja dia terlebih dari Intan dulu. Bila tidur, setiap jam akan terjaga nak susu, oleh itu tak ada dah istilah tidur nyenyak untuk aku sepanjang malam.
Penat dan tak larat sangat kadang kadang. Dengan anak-anak, kerja rumah, bisnes online. Ibu bekerja lainm waktu office hour tak perlu jaga anak, tak perlu buat kerja rumah, Tapi aku 24 jam buat bisnes dari rumah sambil jaga anak dan buat kerja rumah. Nampak tak dia punya penat? Tapi aku tau, semua ni tak lama. Nanti anak anak besar sikit, keadaan dah ok sikit kot. Cuma 1-2 tahun ni je kena penat lelah sikit masa anak masih baby,
Keadaan sebenar dari kisah benar
Eh aku cerita ni bukan aku mengeluh tau. Aku bersyukur dapat tengok anak aku 24 jam, dapat jaga anak aku sendiri tanpa perlu hantar ke Taska atau susahkan mak ayah suruh jaga anak-anak. Cerita ni cuma nak bagitau, bahawa jadi surirumah sambil berbisnes online ni macam mana. Nak dapat masa untuk diri sendiri pun susah. Maka tu la cepat stress, sensitif, migrain, kurang sabar dan sebagainya. Tu yang meroyan suka sangat holiday ke sana sini. Itu antara cara aku hilangkan stress dan penat lelah memerap kat rumah.
So para suami yang isterinya sanggup tinggalkan duniaa kerjaya untuk mengabdikan diri kepada suami dan anak-anak dengan menjadi surirumah, mohon hargailah isteri anda. Jangan duk perli isteri duduk rumah je tak buat apa, tak penat. Cuba try awak duduk rumah seminggu tak keluar keluar, macam mana rasa dia. Dan balik kerja tu walaupun penat macam mana, berbual la dengan isteri, jangan duk mengadap phone je, Kesian dekat isteri tu. bila dah jadi surirumah automatik dunia dia dengan kawan-kawan pun dah tak ada, penat, stress, bosan semua ada,
Haaa gitu, aku macam berceramah pulak kekdah nye.. Tu je la cerita dari pengalaman seorang surirumah