Sebenarnya dah tak sabar nak cerita pasal holiday last weekend, tapi nak habiskan dulu cerita balik JB hari tu. Kang kalau tak cerita, basilah jawabnya, Aku dah la rajin tahap tertinggi sekarang ni kan. Haha. Ketawa sendiri.
Masa papa diorang ni tak ada, maka aku pun jadi lah macam macam. kadang jadi tarzan jerit kat Intan bila dia susah nak di control. Kadang jadi ibu mithali melayan apa saje kehendak anak anak. Dan ini salah satunya. Nak jadi superhero drypess katanya.. Layankan je la. Dengan Adam sekali terbabit.
Makan cendol kat pontian. Saja request kat mak nak pergi Pontian. Lama dah tak jenguk sana tempat belajar zaman MRSM dulu. Bukan main lagi Pontian sekarang dah ada Pizza Hut, Mcdonal, Domino segala bagai. Zaman aku outing dulu, paling best pun KFC je la. Nak beli barang, kat pasaraya Senyum. Tu je la pasaraya besar yang ada masa tu. Sekarang, macam macam hadoo.. Untung laaaa
Pergi Kipmart Tampoi cari barang basah dengan mak. Hangkut budak ni masuk dalam troli. Lupa bawak stroller , so terpaksa duduk dalam troli. Pergi kipmart biasalah cari segala bagai binatang dan tumbuh tumbuhan untuk dijadikan lauk memenuhi mengidam aku yang tak sudah sudah.
Jalan jalan ke Danga Bay, Dari zaman pantai lido, dah jadi Dangan bay yang 2-3 kali buat baru tetap menjadi destinasi kegemaran orang JB untuk lepak bersama keluarga. Gitu..
Flinston ada kat Danga Bay wa cakap lu. Sama besar je KekNi dengan Flinston tu kan
Sehari sebelum balik Pahang, macam biasa kita tawaf Angsana dulu. Pekena mee rebus haji wahid dengan ABC special kat medan selera Plaza Angsana. Baru hati tenang nak meninggalkan Johor Bahru tercinta..Haha. Lepas tu layan anak anak masu kplayground baru berbayar kat Angsana ni. Ok la not bad, Intan memang suka tempat macam ni. Mak Intan pun suka, sedap dapat lunjurkan kaki lepas pent mentawaf Angsana.
Kalau ikut hati banyak je lagi tempat nak pergi. Chicken Chop Jusco taman U tak sempat nak terjah balik kali ni. Tak pe, next time pulak. Bulan 2 insyaAllah kita bertemu lagi JB!
No comments:
Post a Comment