Followers

Tuesday, January 26, 2016

Masakan Orang Pahang


Haha ni lauk yang heaven gila. Terpaling suka sejak duduk Pahang ni. Ikan tenggiri masak singgang, sambal hitam dan telur mata. Memang combination yang paling sedap bagi aku. Sebenarnya masa baru kahwin aku memang la susah nak terima makanan orang pahang ni. Ye la, aku asal johor, 26 tahun duduk kat johor, mana pernah makan masakan tradisi Pahang, ade ke suruh makan nasi dengan kuah durian(masak tempoyak)? Haha.. sungguh tak boleh masuk tekak masa tu. Tapi tu dulu laaaa... Duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Yang aku makan dalam gambar atas ni je la yang aku mula mula boleh terima dek tekak. Lepas tu terus jadi kegemaran. Ikan singgang tu masa aku dalam pantang lepas bersalinkan Intan tu, tu la lauk paling sedap aku rasa..haha.. Orang sini, masa pantang, makan nasi dengan ikan talang masin je tau masa awal awal pantang. So dah berpatang kat Pahang, ikut la cara pahang kan. Singgang ni tak sama macam singgang Johor. Dia cuma guna lengkuas, bawang putih, asam keping. Tu je. Bawang putih kena banyak laa. So masa pantang tu, sedap sangat la bawang putih tu aku makan jadi lauk. Sampai habis pantang pun, still suka. Dan aku dah berjaya belajar buat singgang versi mak mertua iolls ni. Kacang je sakarang..haha gila berlagak.

Kuah durian yang dulu aku tak boleh terima tekak pun, Alhamdullilah dah boleh terima dah. Dengan syarat kuah dia pedas la. Sampai hirup hirup kuah kat pinggan ok sekarang. Laki aku duk jeling je pastu perli tak hinggat. Ye la, dulu kemain tak minat. Bila orang makan gulai masam, aku makan telur goreng je..huhu. Tapi sekarang, sampai hirup kuah sampai licin. Masak dia pun simple je. Tapi aku tak pernah buat sendiri pon lagi. Tak confident lagi. Haha.. Nanti la dah duk umah sendiri iolls try ok.

So, sapa yang cari resepi gulai masam ikan patin pahang ke, gulai tempoyak ikan patin ke, sorry memang tak ada kat sini ye. Aku belum menurun ilmu cara memasak gulai tempoyak ikan patin lagi. Yang ada cuma ilmu menghirup kuah gulai masam saja kasi licin..haha.. Kalau aku dah pandai buat nanti aku share ye resepinya..

Tata.. 


1 comment:

Ummi Zarra said...

sedapnya sedapnya.. yang penting ada sambal hitam tu kan kan kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails