Alhamdullilah terima kasih manyak manyak kepada suami kita En Emi selaku penaja besar percutian kali ini. Nak sangat ke laut, so moh kita ke Port Dickson. Seperti entri sebelum ni, Kitorang menginap 2 hari satu malam kat Ancasa Port Dickson. Yang bestnya, hotel ni dekat sangat dengan laut teluk kemang yang happening. Maka bergembiralah kami mandi laut, main segala game yang ada kat situ. Very Recommended!
I Love u. Asal bawak jalan je I love u la kan? =)
Adik kecik lagi, tak boleh mandi laut. So duduk tengok kakak main pasir je la.
Suke sangat perempuan ni dapat pergi laut. First time main pasir, rasa masin air laut.
Pagi esoknya lepas breakfast terjun kolam dulu. Cuba cari budak kecik sepet putih putih yang mamai baru bangun tido.. huhu
Lepas tu hoora hoorea mandi laut. Kemain Intan pow papa dia siap beli pelampung baru.
Adik Adam dan Tok Abah duduk tengok je la yang lain mandi laut.
Budak dan pasir. Oh sila la bawak pencedok segala bagai mainan masir tu dari rumah, kat sini RM10 yg kecil tu, Sekali tengok kat kedai DIY, RM3.90 pon dapat! Cis sungguh
Muka ada nur...Selfie sementara menunggu turn nak naik jetski.
Orang yang nak sangat naik jetski. Kita layankan je la.
Oh ni tak tau ape kenamanya benda ni. Tapi sumpah hilang stress main ni sebab boleh jerit kuat kuat tengah laut masa bot laju tarik benda ni melanton lanton tak jejaj bontot aku. Haha..
The happy family
Last gambar sebelum balik. Intan tak ada dalam gambar, memang payah nak kasi dia statik lebih dari 2 saat ye.
Ok tu je la gambar holiday kat Port Dickson kali ni. InsyaAllah nanti boleh bawak family johor pulak datang sini bercuti.
No comments:
Post a Comment