Followers

Thursday, January 14, 2016

Review Hotel Ancasa All Suite Resort & Spa Port Dickson Yang Best

Sebelum basi baik kita rview terus. Weekend yang lepas husband iolls dengan baik hati mempelawa holiday ke Port Dikson. Mula mula macam bosan je nak pergi PD pasal sebelum bersalin hari tu kan dah pergi PD. Pulak tu dalam kepala ni asyik nak Terengganu. Tapi orang dah ajak, nak belanje, kite suke aje! Haha.. Dasar binik kuat berjalan. 

So macam biasa, aku survey online hotel yang best. Last2 pilih Ancasa Port Dikson ni. Sesuai dengan citarasa laki den yang nak dekat dengan pantai, siap breakfast, harga dalam bajet. Hamboi masa survey harga berbeza beza  sangat ye. Kat Website Ancasa Port Dickson  RM424, Website Ancasa Resort RM500, Agoda RM360 tak termasuk tax, tak ada breakfast, Expedia.com RM323 termasuk tax, free breakfast. So buatlah pilihan bijak, jangan jadi dunggu sangat, maka kita booking la guna Expedia.com. Jimat dan berbaloi. Tu la salah satu tips nak booking hotel dari KekNi, gunalah Trivago dan jangan lupa check rate kat Website Hotel tu jugak untuk bandingkan harga.  Oh ya harga ni untuk apartment 3 bilik ya. 


Sesampainya di Hotel, Terus tuju balkoni nak tengok laut.. Haha.. Cantik pemandangan dari apartment kitorang. Block A, tingkat 6, bilik 601. Cun kan pemandangan?  Nampak swimming pool, laut dan garden.


Tapi awas ye kalau ada anak kecil, bahaya kalau biarkan sorang sorang. Ngeri. Kat bilik pun tingkap boleh bukak dengan senang, so jauhkan sebarang kerusi, meja atau apa apa je yang budak budak boleh panjat. 


Ni bilik Ketiga. Aku ambil bilik ni walaupun paling kecil, tapi tingkap pun mengadap laut.


Haha gelapnye gambar, Asal ade je la. Ga,bar  Ruang tamu dari dining area.


Hujung ruang tamu ada balkoni untuk feeling feeling mengadap pantai


Bilik no 2. Master bedroom tak snap gambar. I is lupa. Apartment ada 2 bilik air. So selesa.  Pastu ada kitchen siap peti ais besar macam rumah sendiri. dan ruang jemuran jugak.  Bilik semua ada aircond dan kipas. Cuma ruang tamu tak ada aircond. Kipas saja. Tapi tetap selesa. 

Hotel dekat sangat dengan pantai teluk kemang yang happening. Makan pun senang. Next entri nanti iolls cerita pasal aktiviti kitorang kat Port Dickson kali ni. Best gila. Macam macam ado.. Huhu..

Sekian saja review hotel Ancasa Port Dickson dari saya. Kesimpulannya, highly recommended untuk family trip, macam macam aktiviti boleh buat, selesa dan harga berpatutan. 





1 comment:

Su Hamid said...

Seronok dapat bilik mengadap laut..damai je rasa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails