Followers

Sunday, January 31, 2016

Emas Ala Padora Idaman Kalbu


Hari ni pagi pagi buta aku dah sarapan dengan gambar gambar gelang emas ala pandora kat google. Sebenarnya dari 2 tahun lepas lagidah teringin, tapi masa tu kat kedai emas belum ada banyak lagi keluar. Cuma tahun ni bila aku pergi trade in gelang lama aku yang dah ketat tu, nampak kedai tu da ada jual gelang ala pandora ni. Tapi aku tak ambil pon sebab kat kedai tu tak banyak pilihan Charm dia. Tak cantik. So ambil gelang biasa je.



Cantiknye la kan? Kan? Kan? Tak la nampak macam makcik makcik sangat design gelang emas kalau pakai macam ni.  Chantiq cahtiquee ye charm dia. Yang dalam gambar atas ni terpaling shuke la.



Ni gelang sahaja.Kira basic la. Tapi basic pun dah comel kan? Charm boleh tambah ikut kemampuan. Sempena bulan  kebesaran aku Februari ni, haha bulan kebesaran kata kau. Bulan birthday la maksud iolls.. Aku rasa nak reward diri sendiri la dengan gelang emas ala pandora ni. Mula mula beli la basic dulu gelang dan satu  ke dua Charm dia. Nanti ada rezeki lebih kita tambah lagi charm dia. InsyaAllah kalau ke KL atau balik JB, nak usha usha kat kedai Tomei, Habib atau Sri Penang. ORang kata kat situ lawa lawa charm dia..


Ni contoh charm yang comel jugak, Simple and cute je kan? Kalau bosan, boleh jual balik charm dia, ambil charm lain. Hamboi ko, belum beli dah berangan nak tukar lain..haha


Eh mengidam sangat ni! Macam mak mak sangat ni minat emas sekarang. Dulu bukan main tak suka, macam makcik la, tak minat la, tak suka la. Sekarang bukan main lagi kan. Awas la kene jeling dan perli dengan laki sendiri nanti..haha







4 comments:

Anonymous said...

Assallamualaikum sis..sy nk tanya.baru2 ini sy ade beli gelang pandora emas 916 di IG,tp slps dpt brg,sy cek di bahagian love clasp bangle melekat pd magnet.bila sy tanya penjual,dia ckp normal love clasp tu melekat,sbb ade 0.03g adalah plat besi.Jadi sy nk tanya sis,adakah perkara itu normal or sy dah kena tipu?

Aini said...

Wsalam
Oh ya ka? Sy pun tak pasti sebab sy x pernah beli lagi emas online. Tapi kalau kita bayar ikut harga emas 916, sepatutnya semuanya adalah 100% emas 916 la kan

queenny chong said...

Basic shj brp ya?

queenny chong said...

Hi! Basic shj brp ya harganya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails