Followers

Monday, August 29, 2016

Dan Air Mata Pun Gugur



Hari ni tahap stress aku sampai kemuncak. Sampai tahap tak dapat tahan air mata dah. Gugur jugak air mata aku depan anak-anak. Adam tak sihat, merengek sepanjang hari , Intan menakal, langsung tak nak dengar kata. Aku sampai tahap tak larat nak marah dah, sebab kalau marah, dia nangis mesti muntah, aku juga yang bertambah stress. Lalu, air mata seorng ibu yang hati tisu pun jatuh berguguran. 

Ibu mu ini tak kuat anak..


Thursday, August 25, 2016

Oh Stress Ibu Muda

Muda ke masalahnye? Nak masuk 30 dah tahun depan. Sejujurnya level stress aku pada tahap tertinggi sekarang ni. Banyak benda penyumbang stress. Tapi bukan tu yang nak aku share sekarang ni. Yang nak aku share ialah kesan stress ni kepada persekitaran aku. Serius aku tak suka.

Pertama, akibat stress ni, aku rasa aku tak mampu jadi ibu yang baik, yang boleh bersabar dengan semua kerenah dan perangai anak-anak. Tak mampu nak bercakap lembut lembut 24 jam dengan anak. Kadang kadang, insaf rasa bila tengok kak ipar aku always berlembut dengan Husna, tak pernah dengar dia tinggi suara, Tapi aku, tak lama lah berlembut, 3,4 kali aku cakap intan tak dengar je terus la petir keluar. Aku tak cukup sabar. Sedih. Mesti mertua aku menyampah tengok aku asyik jadi tarzan kat umah dia terjerit jerit marah anak. Tapi ape aku mampu buat, tuhan je tau macam mana aku punya stress. Stress yang tak boleh di keluarkan. Macam terkepung, terpempam dalam kepala.

Kadang pikir elok terus kerja je kat KL dulu. Bebas nak ke mana mana bila stress. Balik kerja boleh makan pizza hut sorang2 bila stress. Boleh jalan jalan sesuka hati bila kau nak. Sekarang nak ke mana pun kena harap suami. Semua tempat pun jauh. Dengan anak kecil dua orang memang agak mustahil nak berjalan bersuka ria bawak dua-dua sekali. Terus rasa cepat la besar anak-anak. 

Punca stress biarlah aku pendam sorang sorang. Sekarang, cuma harap suami faham yang aku stress dan aku perlu release kan stress aku ni sebelum lebih parah. Dan kenapa aku mudah murung bila dia asyik kerja kerja kerja.Kadang stress tu tak terluah, tapi mampu hilang dengan suasana dan persekitaran yang kita suka. Sebab tu aku suka berjalan, bercuti, aku nak luaskan pandangan aku seluas yang boleh supaya terkeluar semua stress dalam kepala.

2-3 hari ni selera makan pun kurang. Sebab tak ada mood menghadapi hari hari yang sama. Dan juga sebab fed up tengok lelemak kat badan sendiri. Mood tak ada, stress tahap tertinggi, muka ketat. Memang simptom orang kemurungan. Please la nak holidayyyyyyyyyyyyy.  Duduk hotel makan sedap-sedap sambil cuci mata je pon cukup la. Penat ok melayan emosi. Kesian anak-anak terbabit sama. Teringin nak jadi ibu yang lemah lembut tanpa tinggi suara dan jegil jegil mata.  Mohon aku tabah menjadi ibu yang baik dengan tahap kesabaran tertinggi.

Sekian,

Ibu muda yang sedang kelaparan tetapi takut dengan lelemak di badan sendiri. 


Wednesday, August 24, 2016

Tidak Sebulu Tapi Berjodoh

Rumah dah siap, cuma tinggal nak pasang tiles. Lepas tu boleh angkut barang dari rumah sewa semua ke sini. Tadi iolls sibuk ikut husband pergi buat QC kat rumah tu. Esok orang SPNB nak datang so boleh complain apa nak complain time tu kan. Sambil dia buat QC tu, aku pulak mulut tak berenti la memberi idea deko -deko dan kedudukan perabot nanti. Tapi husband iolls ni sakitnya hati la hai kaau orang cakap, tak dan nak habis bincang terus zazsssssssss dia bangkang. Stress sangat uolls. Selalu macam tu. Bila aku bagi idea dia tak nak terima, pastu bila pergi rumah orang or nampak gambar benda tu sama dengan idea aku, mula la dia kata, 'cantik jugak buat macam ni kan', 'eh nanti beli ni la elok la buat macam ni'. Ko ghaseee?

So tadi perbualan dia lebih kurang macam ni.

Aku : Ni nanti kat sini nak letak meja boleh lipat Ikea tu, senang nak potong bawang.
Lakik : Buat bende, mana ada ruang, potong je la kat meja makan tu. 

(Helllooooooooooo. Meja makan kita meja kaca ok. Sekali aku hentak pisau berderai pecah tak pasal. )

Aku : Ni nanti kt ruang ni nak letak set kotak ikea yg 3 biji tu kat sini macam dalam gmbar syg tunjuk semalam. Tp kene bli 2 set la baru lawa mcm dalam gambar tu.
Lakik : Tak payahnye. 2 set dah jadi berape ratus. 

(Hurmmmmmmm.. sabo lagi)

Aku : Bilik kedua ni nak buat bilik kerja, bilik ketiga ni je letak katil Queen dari rumah sewa tu untuk tetamu.
Lakik. Mana muatnya nak letak katil bilik kecil tu. Tak de, letak katil Queen tu kat bilik no 2, orang datang biar tido bilik no 2 ni.  Nak buat kerja kat bilik kecil tu. 

Part ni aku marah sangat. Dah cakap dari awal dah bilik No 2 tu memang nak buat tempat kerja aku dan tempat anak-anak main. Aku boleh monitor anak sambil buat kerja. So bilik no 2 tu sedang elok la letak meja dan rak kerja aku satu side. Satu side lagi letak rak mainan anak-anak dan katil bujang. So aku boleh buat kerja situ, anak main dan tidur petang kat situ. Bilik no 3 tu memang paling kecil, so letak la katil Queen saja kat situ untuk tetamu tidur, bukan nak kena letak almari robok solek pun kan. Tak kan la nak sumbat meja rak kerja aku, katil anak, rak mainan anak2 semua kat bilik kecik tu? Pikir la keselesaan dia macam mana?

Ni aku bengang, kalu cakap ngan dia susah nak bincang terus, nak bangkang je.. Tak nak dengar kita punya justifikasi. Bengang punya pasal iolls blah je dari situ, masuk bilik buat kerja sambil dengar lagu kuat2 nak hilangkan bengang. Dah tua-tua ni dah faham sangat, kalau nak merajuk pon bukan ade yang nak pujuk. Makan hati je laaaa nak oi. Pandai pandai pujuk diri sendiri. Kesian kan.. 

Esok-esok you tanya I ni mana nak letak, ni mana nak taruk, I buat gaya TALK TO MY HAND je la. Protes.

K bai

   

Friday, August 19, 2016

Al-Fatihah Untuk Noor Amila Edrus

Noor Amila Edrus, budak 5 tahun yang hilang sejak balik dari Surau 11 hb Ogos ditemui mati di bunuh dan di campak ke dalam gaung kat Kemensah. Binatang atau Syaitan si pelaku ni agaknya? Aku sangat terkesan lah dengan berita kehilangan dan kematian adik Edrus ni. Mula-mula keluar cerita dia hilang, aku risau dia jadi mangsa culik yang nak ambil organ kanak-kanak tu. Hanya doa dari hati yang mampu aku buat untuk bantu selamatkan dia. Tapi hari ni keluar berita Mayat dia sah dijumpai kat dalam gaung. Dan suspek pempunuh kejam Noor Amila Edrus ni adalah dikalangan ahli keluarga dia sendiri. 

Dunia semakin gila atau manusia yang gila? Anak sekecil tu. Tak ada rasa perikemanusiaan ke kau? Takutnye aku sebagai ibu kepada dua anak kecil. Dunia ni dah tak selamat. Hatta dalam rumah dalam keluarga sendiri pun tidak terjamin selamat. Ya Allah, Nauzubillah Minzalik. Jauh kan lah syaitan seperti ini daripada keluarga, sahabat handai, saudara mara dan orang-orang lain juga. Berikanlah hukuman setimpal kepada dia di dunia dan akhirat. 


Al-Fatihah buat Arwah Noor Amila Edrus.
Tenanglah kau di sana anak Syurga. 

Monday, August 15, 2016

The Cousins

4 Sepupu. Sepatutnya dah 6 dah, tapi tak ada rezeki. Akak ipar dan Adik keguguran tahun lepas. Jadi tinggallah 4 ketul cucu tok mak dan tok ayah kesayangan sangat ni. Masa hari raya tu dapat la berkumpul semua. Payah ya nak jumpa semua, aku la sebab duduk jauh.Comel je diorang kecil kecil ni. 20 tahun akan datang macam mana pulak ye,


Ni masa jumpa awal awal je elok. Main sama sama ketawa sama sama. Lepas 2-3 hari, mula lapantang jumpa pulak nak bergaduh melalak berebut barang segala. Geleng kepala je la tengokkan diorang ni.
  

Una dengan Intan ni sama baya tapi Intan dah ghupa GIant besar dia. Hahaha.. terlebih susu formula mungkin? Kesian Intan terpisah dari cousin cousin dia. Intan tercampak duduk pahang. Una dan Mia bahagia duduk JB dekat dengan Tok Mak dan Tok Ayah.


Kalau bergambar semua terer. Tengok je la munung masin masing kan. 


Una the clever girl. Tapi garang yang ampun. Mia pulak manja bukan main. Intan macam biasalah paling brutal. 

Aku nak printkan dalam frame canvas la gambar budak budak ni bagi letak kat umah Tok Mak dia. Comel kebenor menengoknya ni..



Sunday, August 14, 2016

Zila Isteri Along Rajalawak Kena Tangkap basah

Amboi, macam kiah ko punya tajuk. Dah macam blog gosip ala beautifulnara gitu. Hewhewew. Kes tagkap basah zila dengan suami orang ni agak hot sebab baru je baca pasal cerita Along ngan Isteri ni ada problem. Tapi si Zila Af ni yang banyak cerita buruk pasal Along suami dia tu. Siap kata Along halau dia dari rumah. Aku masa baca cerita tu dalam hati dah terlintas la, kalau tak ada angin tak kan pokok bergoyang ye idak? Dunia sekarang macam-macam hal. Harap harap tak ada la jadi kes macam ni pada orang sekitar dan terdekat dengan aku, mintak jauh, mintak simpang. 

Aku dah kenapa update blog pasal gosip? 

Next entri please!

Saturday, August 13, 2016

Bercuti VS Bepenat

Bercuti maksudnya merehatkan diri dengan bersantai di tempat yang menenangkan.
Kalau setakat habiskan masa dalam perjalanan pergi dan balik saja dalam masa tak sampai pun setengah hari perg dan balik, tu bukan BERCUTI tapi BERPENAT nama dia! 

Tak pergi lagi HATI dah rasa PENAT, kalau pergi apetah lagi tahap PENAT dia. 


Maka status aku hari ni...............................

\
Harap semua yang tak menyenangkan hati Hilang Lelap di sebalik Gelap.

I'm not happy.





Monday, August 8, 2016

Kaki Travel

Hai kadang kadang jeles tengok pasangan yang sama sama hobi diorang travel. Aku memang suka travel, suka berjalan, suka melancong. Dulu zaman budak-budak, mak ayah selalu bawak pergi picnic ke Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar , Waterfall Kota tinggi, Bekok. Ada duit lebih sikit Ayah sewa Chalet. Seronok tak terhingga la kami adik beradik. Tu la cara Ayah lepaskan lelah penat bekerja.  Sampai ke besar rasa suka bercuti tu ada dalam diri aku. 

Masa remaja, aku merantau belajar kat Matrik Penang tu, punya la suka dapat pergi tempat orang. Pakat pula dengan geng sekepala kita pusing Kedah dan Penang. Fiest kitorang pergi picnic kat Pantai Merdeka dekat Tanjung Dawai. Bukan tau jalan pun, geng semua budak Melaka dan JB je yang pergi ni. Naik bas ting tong lagi. Tanya tanya orang je macam mana nak pergi sana. Rupanya susah gila, berapa kali tukar bas dan last naik teksi kampung yang lama gila kena tunggu. Nasib baik sampai jugak destinasi yang dituju. Dan nasib baik juga jumpa dengan Kumpulan dari Matrik Penang yang buat aktiviti persatuan ape ntah kat sana. Balik kitorang tumpang lecturer yang handle program tu.Huhu.

Bila dah kerja, ada duit sikit lagi, lagi la macam macam plan ada.  Kebanyakkan nya program jalan jalan dengan officemate la. Pergi Genting, Tambun, Melaka, Kelantan semua. Ada yang company trip dan ada juga yang urusan kerja. Tapi masa ni terkekang sikit pasal boipren I kaki jeles melampau. Semua tak boleh. Last nak join pergi Sabah dengan geng MRSM pon tak dapat pergi... Sabar je laaaa. katanya nanti dah kahwin pergi ngan dia je. Sudahnya 4 tahun kawin dah tak pergi pergi pon. Sadis kan.

Tapi 4 tahun kahwin ni banyak je kitorang jalan-jalan. Ke Cameron Highland ntah berapa kali, ke PD, ke Tambun, Ke Kelantan, Tapi tempat yang aku teringin sangat nak pergi lagi ialah Langkawi. Banyak kali dah tangguh. Masa annyversary ke3 tahun lepas aku pregnant, katanya tunggu la hujung tahun nanti sbgai hadiah Annyversarry tapi sudahnya sampai annyversarry ke 4 ponnnnnnnnnnnnnnnnnn tak pergi jugak. Kecewa gila la. Tapi masuk 4 tahun usia perkahwinan, rasa dah tak kuasa dah nak merajuk ka apa. Telan je la semua rasa. 

Ni ajak pergi Cameron Highland yang dekat pun tak nak. Asyik nak berjalan katanya. Habis nak buat macam mana, dah tu yang aku suka kan. Lagi pulak bila dah duduk kampung ni, semuanya jauh, nak jalan shopping mall pun non hado. Tiap minggu berjalan ke pejabat pos je lah kerja aku.. Seronok sangat kan jalan jalan pejabat pos. Tu la masalah dia, tak sama kesukaan. Aku suka singkong kau suka keju hei hei hei! * sambil nyanyi.  Benda benda macam ni kadang buat aku murung..huuhu. Pastu mula lah laki nak keluar pegi gunting rambut pun nak ikut, pasal tu je peluang boleh keluar rumah jalan jalan. Kesian tak? Kesian kan... haha.

Kesiaaaaan Dia... 

K bai, 



Saturday, August 6, 2016

5 Best Eyeliner Tips for Women

  KekNi jenis memang akan ber make up kalau keluar rumah. Paling tidak pun mesti alas bedak dan pakai eyeliner. Ye la, muka bukan lawa mana, kene la kasi lawa sikit haihaihai. Haha.  Eyeliner tu memang susah nak tinggal la, antara yang wajib pakai bagi nampak seri muka KekNi haa. 


Tapi nak pakai eyeliner ni ada caranya juga. Dulu iolls pun tak reti pakai tapi teringin pakai. Lukis-lukis tak jadi menyampah sungguh. Rupanya kalau ikut cara yang betul, kacang je rupanya pakai eyeliner ni. Jom kita lihat 5 best eyeliner tips for women yang semua perlu tahu.


1. TIPS PERTAMA - Sebelum anda gunakan liquid liner, gunakan dahulu pencil liner sebagai panduan ataupun guide. Buat garisan dahulu dengan pencil dan teruskan dengan liquid. Sangat memudahkan i tell you. 


2. TIPS KEDUA. Kalau korang jenis yang mempunyai mata sepet ataupun monolids, gunakan liquid atau gel liner untuk lukis arch yang tebal bagi hasilkan line yang sempurna. Jika kelopak mata  menutupi eyeliner, lukis garisan berbentuk arch di atas lash line sedikit tebal. Barulah korang dapat the perfect size lines.


3. TIPS KETIGA - Kadang-kala susah untuk dapatkan garisan yang sempurna sebab tangan bergetar. Hewhew. Namun ini boleh diatasi dengan cara lukiskan rough line terlebih dahulu dan tajamkan sembula dengan cotton bud yang diletakkan petroleum jelly. 


4. TIPS KEEMPAT - Ni ada tips untuk cara pakai eyeliner yang ramai tak tahu. Kalau eyeliner anda sedikit crumbly, cuba sejukkan dahulu dalam 10 minit sebelum anda gunakannya. Untuk elakkan makeup anda messed up, sejukkan kembali untuk bantu ia regain its shape.

5. TIPS KELIMA - Hashtag bukan sahaja untuk Twitter ya! Hahahaha. Anda boleh lukiskan hashtag di luar corner eyelid untuk dapatkan the perfect smoky eye. Kemudian smudge it out menggunakan span. Untuk warna yang lebih gelap dan smokier look, lukiskan lagi hashtag dan ulang langkah yang sama. See... Lawa gila kan?


Sekian saja tips memakai eyeliner dari KekNi.. So boleh praktikkan ye. Daaaaa 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails