Hai kadang kadang jeles tengok pasangan yang sama sama hobi diorang travel. Aku memang suka travel, suka berjalan, suka melancong. Dulu zaman budak-budak, mak ayah selalu bawak pergi picnic ke Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar , Waterfall Kota tinggi, Bekok. Ada duit lebih sikit Ayah sewa Chalet. Seronok tak terhingga la kami adik beradik. Tu la cara Ayah lepaskan lelah penat bekerja. Sampai ke besar rasa suka bercuti tu ada dalam diri aku.
Masa remaja, aku merantau belajar kat Matrik Penang tu, punya la suka dapat pergi tempat orang. Pakat pula dengan geng sekepala kita pusing Kedah dan Penang. Fiest kitorang pergi picnic kat Pantai Merdeka dekat Tanjung Dawai. Bukan tau jalan pun, geng semua budak Melaka dan JB je yang pergi ni. Naik bas ting tong lagi. Tanya tanya orang je macam mana nak pergi sana. Rupanya susah gila, berapa kali tukar bas dan last naik teksi kampung yang lama gila kena tunggu. Nasib baik sampai jugak destinasi yang dituju. Dan nasib baik juga jumpa dengan Kumpulan dari Matrik Penang yang buat aktiviti persatuan ape ntah kat sana. Balik kitorang tumpang lecturer yang handle program tu.Huhu.
Bila dah kerja, ada duit sikit lagi, lagi la macam macam plan ada. Kebanyakkan nya program jalan jalan dengan officemate la. Pergi Genting, Tambun, Melaka, Kelantan semua. Ada yang company trip dan ada juga yang urusan kerja. Tapi masa ni terkekang sikit pasal boipren I kaki jeles melampau. Semua tak boleh. Last nak join pergi Sabah dengan geng MRSM pon tak dapat pergi... Sabar je laaaa. katanya nanti dah kahwin pergi ngan dia je. Sudahnya 4 tahun kawin dah tak pergi pergi pon. Sadis kan.
Tapi 4 tahun kahwin ni banyak je kitorang jalan-jalan. Ke Cameron Highland ntah berapa kali, ke PD, ke Tambun, Ke Kelantan, Tapi tempat yang aku teringin sangat nak pergi lagi ialah Langkawi. Banyak kali dah tangguh. Masa annyversary ke3 tahun lepas aku pregnant, katanya tunggu la hujung tahun nanti sbgai hadiah Annyversarry tapi sudahnya sampai annyversarry ke 4 ponnnnnnnnnnnnnnnnnn tak pergi jugak. Kecewa gila la. Tapi masuk 4 tahun usia perkahwinan, rasa dah tak kuasa dah nak merajuk ka apa. Telan je la semua rasa.
Ni ajak pergi Cameron Highland yang dekat pun tak nak. Asyik nak berjalan katanya. Habis nak buat macam mana, dah tu yang aku suka kan. Lagi pulak bila dah duduk kampung ni, semuanya jauh, nak jalan shopping mall pun non hado. Tiap minggu berjalan ke pejabat pos je lah kerja aku.. Seronok sangat kan jalan jalan pejabat pos. Tu la masalah dia, tak sama kesukaan. Aku suka singkong kau suka keju hei hei hei! * sambil nyanyi. Benda benda macam ni kadang buat aku murung..huuhu. Pastu mula lah laki nak keluar pegi gunting rambut pun nak ikut, pasal tu je peluang boleh keluar rumah jalan jalan. Kesian tak? Kesian kan... haha.
Kesiaaaaan Dia...
K bai,
No comments:
Post a Comment