Followers

Friday, August 19, 2016

Al-Fatihah Untuk Noor Amila Edrus

Noor Amila Edrus, budak 5 tahun yang hilang sejak balik dari Surau 11 hb Ogos ditemui mati di bunuh dan di campak ke dalam gaung kat Kemensah. Binatang atau Syaitan si pelaku ni agaknya? Aku sangat terkesan lah dengan berita kehilangan dan kematian adik Edrus ni. Mula-mula keluar cerita dia hilang, aku risau dia jadi mangsa culik yang nak ambil organ kanak-kanak tu. Hanya doa dari hati yang mampu aku buat untuk bantu selamatkan dia. Tapi hari ni keluar berita Mayat dia sah dijumpai kat dalam gaung. Dan suspek pempunuh kejam Noor Amila Edrus ni adalah dikalangan ahli keluarga dia sendiri. 

Dunia semakin gila atau manusia yang gila? Anak sekecil tu. Tak ada rasa perikemanusiaan ke kau? Takutnye aku sebagai ibu kepada dua anak kecil. Dunia ni dah tak selamat. Hatta dalam rumah dalam keluarga sendiri pun tidak terjamin selamat. Ya Allah, Nauzubillah Minzalik. Jauh kan lah syaitan seperti ini daripada keluarga, sahabat handai, saudara mara dan orang-orang lain juga. Berikanlah hukuman setimpal kepada dia di dunia dan akhirat. 


Al-Fatihah buat Arwah Noor Amila Edrus.
Tenanglah kau di sana anak Syurga. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails