Followers

Sunday, September 25, 2016

Tips Murah Rezeki

Hari ni aku share salah satu tips murah rezeki yang terpenting sekali InsyaAllah. Aku tidak lah kaya, tidak lah hidup mewah tapi aku tetap bersyukur rezeki yang Allah beri kat aku sentiasa cukup, cukup untuk diri aku, cukup untuk mak ayah, cukup untuk berbelanja lebih sekali sekala juga.  Online seller macam aku, gaji bukan dapat selepuk 3,4 ribu. Kalau pun keuntungan bulan tu 3 ribu, keuntungan tu masuk sikit sikit sepanjang bulan. Maka ada kala dihujung bulan memang sesak bila nak selesaikan semua komitmen serentak.Ada kala, bila dah hujung-hujung bulan, bila sales bisnes online aku tak berapa masyuk, aku dah mula garu kepala hai macam mana lah nak bayar kereta ni, macam mana lah nak bagi mak ayah ni. Tapi sentiasa keajaiban Allah tu ada. Pernah dalam akaun bank cuma ada RM28, esok dah due nak bayar kereta ni. Tawakal je la, kalau tak ada sales masuk, kena korek simpanan ASB la nampaknya. Esoknya pagi pagi bukak whatapps ada 3  customer beritahu baru je bank in duit sebagai confirmation order. Sorang bank in RM80, sorang bank in RM300 dan sorang lagi bank in RM240. Total RM620. Rezeki Allah bagi kan? Terus aku bank in kat Mak untuk duit belanja bulanan kat mak ayah. Fuhh lega sangat.  Petang pulak eh ada lagi yang buat pembayaran RM80.  Terus bayar kereta pulak. Selesai masalah.  


So tips untuk murah rezeki aku ialah DAHULUKAN IBU BAPA. Dalam apa pun, dahulukan Ibu bapa. Dulu gaji first kerja aku lepas habis belajar cuma RM1500. Tu pun rasa banyak. Masa tu duduk rumah mak ayah lagi. Dengan gaji RM1500 tu, komitmen aku bulan bulan hanyalah beri mak ayah RM150 setiap bulan. Tak ada hutang lain. Ptptn pun belum start bayar (Aku kerja lepas habis final exam kat u, graduation day pun belum lagi). Masa tu aku pergi balik kerja naik bas tambang je. Tak beli pun kereta lagi sebab aku rasa gaji aku belum cukup untuk beli kereta. 

Next aku tukar kerja dan gaji aku naik RM1800. Masa ni aku tambah komitmen aku. Beri mak ayah RM200 dan tambah pinjaman pelaburan ASB yang 30k (Monthly RM200). Nampak tak? Aku tambah komitmen aku sesuai dengan kemampuan aku. So aku tak rasa sesak, tak rasa sakit hujung hujung bulan. Tiap tahun dapat la dividen ASB dekat 2k. Lepas gaji aku naik jadi RM2500 baru aku berani beli kereta myvi tu dengan bulanan RM550.  Dan kemudian aku dapat offer pindah kerja KL, Allah murahkan rezeki gaji aku naik lagi, dan rumah sewa company tanggung. Alhamdullilah Allah sentiasa permudahkan urusan aku, Masani aku ligat buat part time bisnes untuk tambah saving dan untuk kahwin. 

Lepas kahwin dengan gaji aku dah RM3+++, aku punya part time income pulak bolehdapat 2k, baru aku ada confident untuk berhenti kerja dan fokus pada bisnes printing aku, (Sebab aku berhenti kerja nak duduk dengan suami dan jaga anak) Dan sampai sekarang lepas 3 tahun berhenti kerja aku tak pernah miss tanggungjawab aku untuk beri balanja pada mak ayah. Dan Alhamdullilah rezeki tak putus. 

Sekarang ni aku tengok ramai je lepas kerja 2-3 bulan terus beli kereta, terus tambah komitmen pinjaman ASB dan sebagainya. Ye mungkin pikirkan masa depan diorang. Bagus kalau betul mampu. Tapi yang tak bagusnya bila kau hanya pikir masa depan kau, tapi kau ketepikan tanggungjawab pada ibu bapa kau. Siap hujung bulan pinjam lagi duit dengan mak ayah. Cuba pikir kat mana silap? Gaji 3-4 ribu mula mula kerja tapi tiap bulan sesak. Silap dia bila TIDAK MENDAHULUKAN IBU BAPA. 

Mungkin ada kata, aku ni senang la, dulu mula-mula kerja tak payah bayar sewa rumah, duduk dengan mak ayah, pastu pindah KL pun duduk rumah company. Pastu berhenti kerja dah ada part time bisnes, dah ada income, duduk kampung, tak banyak keluar duit. Tapi sedar tak, kenapa perjalanan hidup aku dipermudahkan begitu? Pikir pikirkan, renung renungkan.. Semua yang Allah beri tu bersebab. 

Sekian saja tips murah rezeki dari aku untuk kali ini terutamanya kepada graduan graduan baru yang mula mencari kerja atau baru dapt kerja. Percayalah, senangkan ibu bapamu, InsyaAllah Allah lapangkan rezekimu sentiasa sebab pada mereka ada keberkatan. 


Monday, September 19, 2016

Selepas 2 Bulan Minum Kawaii Collagen


After 2 bulan aku minum Kawaii Collagen set Jihan ni, Alhamdullilah ada lah perubahan sikit kat kulit. Muka aku kurang dah naik jerawat. Tak pasti la sebab kawaii collagen ni saja atau sebab ubat jerawat yang aku mabil kat Klinik tu. Tapi yang pasti kombinasi kawaii collagen dan ubat jerawat, ok la pada muka aku. Jerawat tak menggila sangat mecam sebelum ni. Tinggal parut dah jerawat aku, kalau tak, tak berhenti ok tumbuh

Tapi dasar manusia yang tak pernah puas lah kan, sekarang ni set Kawaii Collagen aku dah habis, so rasa nak try yang lain pulak. Nak bagi muka betul betul bersih. Sekarang ni rasa masih kusam lagi. Dan aku sekarang konfius nak  beli produk apa pulak. Samada kekal dengan Kawaii Collagen, tukar kepada Ephyra atau tukar kepada Aurawhite.

Kawaii Collagen ni dah pakai 2 bulan, tak ada negative effect. Ada perubahan pada kulit tapi slow.
Ephyra ni, baca dari review orang selain rawat kulit, dia pun bagi tenaga. Yg ni aku suka
Aurawhite ni, aku pernah minum lepas pantang Intan dulu memang muka ok, confident je keluar rumah tanpa make up. Tak caya tengok Gambar kat bawah ni 


Masa ni bawak Intan pergi Klinik Check Up 2 @ 3 bulan. Masih dalam pantang, so tak make up langsung. Tak ada masalah pon.. Sekarang?? Tolong la,,, tak sangup keluar tanpa foundation. Meski jerawat dah kurang tapi parut masih ada.


Masa ni dah habis pantang intan. Muka lepas mandi. Sesuci lebaran kan? Tanpa secalit bedak pon. Masa ni memang tengah habiskan Aurawhite satu botol. 



Dan taraaaaaaaaaaaaaa.... Muka Raya aidilfitri hari tu. Dah make up 2 inci pon nampak lagi jerawat timbul lagi kan? Horror. 

Sebab tu la aku perlukan supplement untuk muka. Skin care memang aku stop dah sekarang. Serius takut gila nak tepek skincare kat muka lepas guna produk Nour Ain buat muka aku tumbuh jerawat. Sebab tak sesuai kat muka aku kot. Ada je yang pakai Produk tu muka flawless gila, adik ipar aku pun pakai. Tapi tak sesuai kat muka aku. So sekarang aku cuma makan Vitamin C, Collagen, dan pencuci muka safi balqis saja.  

So keputusannya apa? Nak beli yang mana satu? Tak habis baca lagi review blogger lain pasal minuman collagen yang diorang minum. Petang kang sambul google pasal collagen ni. 


Sunday, September 11, 2016

Percutian Sekejap Ke Cameron Highlands

Sempena minggu stress aku last week, dan planning ke Cameron Highlands yang tak  asyik cancle, akhirnya ke Cameron Highland juga kami 4 beranak awal bulan hari ni . Husband offer tidur semalam kat sana dengar muka ada sinyum. Ok kalau muka ada sinyum iolss terus setuju, kalau muka terpaksa, sorry Iolls tak nak pergi, baik sambung mood moody kat rumah je. Tapi nasib baik muka dia senyum manis sangat so ayuh kita ke Cameron Highlands. So dengan pantas aku lompat dari katil dan booking online hotel Copthorne Cameron Highlands tu. Sebenarnya dah lama buat research dan baca review orang lain pasal hotel yang nak stay kali ni Sebab niat ke Cameron Highlands nak release stress, maka aku decide nak la cari hotel yang best-best sikit, yang view cantik, yg breakfast sedap dan bilik selesa. Bayar lebih sikit tak apa, bukan tiap bulan holiday pon, Janji happy. dan Alhamdullilah Copthorne hotel tak mengecewakan. Best sangat. Jom aku story aktiviti kat Cameron Highlands kitorang 1 hari 2 malam tu.

1.The  200 Seeds Cafe


Bertolak dalam pkul 3 petang. Pkul 4 dah sampai tanah rata  dah. Kita terus shoot ke Kampung Taman Sedia. Saja nak cari cafe-cafe hipsters yang comel-comel, nak mium petang. Malas la nak naik hotel terus kat Brinchang tu, kang buang masa nak turun naik pulak kan. So kita rehat kat  rhe 200  Seeds Cafe. Uolls. kat kampung Taman Sedia ni kawasan orang melayu, banyak homestay, banyak cafe best best bertemakan Cameron Highlands. So untuk minum petang tu kami order Mee goreng mamak, nasi lemak strawberry, teh strawberry dan teh tarik  dan juga kentang goreng untuk intan. Sedap oii semua. Makan panas panas dalam cuaca sejuk sebab baru lepas hujan.


Cameron highlands sangat kan. Sayur atas mee segar ok, tak di masak sama dengan mee. 


Teh O strawberyy kegemaran aku dan nasi lemak sambal strawberry Husband. Berat ek menu minum petang? Haha.. memang la pasal lapo sangat ok tak makan tengahari pun kat rumah sebelum pergi.



Cafe dia pun cantik, suka sangat. Ada kebun strawberry dalam cafe ni. Pokok strawberry pun digantung gantung je depan kedai. Suka sangat. Ni kitorang pergi hari Khamis, sooo tenang. Pernah pegi time cuti, sorry la ye nak parking kereta pun tak dapat, apetah lagi nak melepak kat dalam ni.  Ni la tips penting kalau nak ke Cameron Highlands, sila la pergi time bukan cuti hujung minggu atau cuti umum. Barulah dapat rasa percutian yang perbaloi walaupun sehari semalam je. 

Dah kenyang tu kita naik terus ke Brinchang. Singah kejap kat pasar kea farm tu. Belikan payung intan upah supaya dia behave. Dan jugak aku beli strawberry gemok gemok untuk kudap kudapan dalam bilik hotel nanti. Tak beli pun makanan lain sebab malam nanti nak makan steambot pulak.  Kang membazir kalau kekenyangan sebelum makan steambot.

2. Hotel Copthorne

Jeng jeng jeng akhirnya sampai ke Hotel Copthorne Cameron Highlands ni. Dapat bilik tingkat 9. Huhh sejuknya bukan main. Dah lama nak try hotel ni akhirnya dapat juga merasa. Bilik luas, puas anak - anak aku berlari. Katil King. Ada sofa dan coffea table kat tepi tingkap. Tapi aku cepat-cepat alihkan kerusi dan meja tu dari tingkap. Bahaya ok untuk budak-budak, dah la tingkap sliding, tak ada grill,  Takut sangat kalau budak budak panjat. Nasib baik tingkap tu tinggi sikit,  so tak boleh panjat tanpa kerusi.


Adam menjelajah satu bilik.  Seronok sangat la dia dua beradik.


Ibu apa palgi, menikmati Strawberry Chocolate sambil....................


sambil menikmati pemandangan dari tingkap bilik. Berkabus uolls. Masa ni dah dekat maghrib. Memang sejuk amat la. Tengok kabus pun tau dah kan.


Pemandangan dari Hotel Copthorne, nampak Hotel Nova, nampak sikit ladang teh Sungai Palas, nampak juga bukit bukit yang tengah ditoreh untuk pembangunan


3. Cameron Buffet Steamboat & Grill by TAMAN ABANG 

Lepas maghrib dan tukar baju anak-anak terus kitorang gerak ke Tanah Rata nak makan Steambot kat sana. Nasib baik gerak cepat, so orang tak ramai lagi, dapatlah pilih seat yang boleh bersila dan baring. Haha.. melampau nak makan sambil baring. Tapi nasib aku baik kali ni, Adam tidur kepenatan dari dalam kereta, so aku terus je la baringkan dia kat lantai kayu ni. Lepas tu, maka heavenlah lah mak ko makan. Berapa kali ulang ambil makanan pun dia tak bangun lagi. Huhu..puas makan. Lepas dah kenyang baru Adam makan, so suap dia makan pulak. Intan pun makan sangat Udang ndan Sotong. 




Tengok la, heaven sangat makan di kala naak kecik tengah tidur


Decoration kedai ni pun cantik . Ada payung payung, lavender atas bumbung. Cantik sangat.  Penuh pokok pokok atas kepala ko..Heheh.

4. Breakfast Kat Coffea Shop Hotel Copthorne

Masa booking hotel ni, aku ambil sekali Buffet breakfast pakej. Baru la rasa holiday lebih sikit makan puas puas kan. Pukul 7 aku dah bangun, bukak tingkap nak hirup udara segar pagi Cameron Highlands. Pukul 8 terus turun breakfast kat bawah.  Menu breakfast kat Copthorne hotel ni pun best. Banyak pilihan. Macam macam ada. Makan la sampai kenyang. Nasi lemak, western, roti canai, semua ada. So memang puas hati. 



Antara yang masuk dalam perut kami pagi tu. Makan kenyang kenyang.  Ntah bila pulak papa nak ajak holiday lepas ni kan. So sila nikmati. 

5. Ladang Teh Sungai Palas

Lepas sarapan, Dalam 9:30 pagi kami gerak ke Ladang Teh Sungai Palas. Dekat je simpang masuk Ladang Teh Sungai Palas ni dari hotel. 500 meter je. Cuma jalan nak masuk dalam tu la 3 km lagi. Tapi cantik sangat view dia ok. Tak rugi pergi. CUma penat nak mendaki bukit nak naik kat cafe dia tu. Dah penat jalan kaki naik, tak boleh pulak nak bergmbar kat cafe boh tu tempat lokasi pengambaran Ombak Rindu. So kita jalan kat kilang dan kedai boh tu je la . 







Haha. Tak larat nak tulis panjang panjnag dh. Tengok je la pemandangan kat Ladang Teh Sungai Palas ni. Muka budak budak dan mak budak tak mandi pagi lagi. Hehe. Gosok gigi dan cuci muka ja, balik ladang teh baru nak mandi kononnya pastu boleh terus Chek out. So dalam pukul 10.30 pagi kitorang pun balik ke hotel semula. Mandikan anak-anak, siapkan pakai baju semua dan golek golek lagi atas katil sementara nak tunggu check out. Rilax sangat rasa dapat bersenang senang macam tu sekali sekala. Pkul 12 kita pun check out la. Lepas check out wajib ambil gambar kat termometr besar depan lobby hotel Copthorne ni. Baca review pasal Copthorne pun kebanyakkan blggr mesti ambil gambar kat sini. Dan kami pun sudah! Hehe.




6. Muzium Time Tunnel  @ Terowong Masa Cameron Highlands


Lepas check out kita pun pergi pasar Kea Far tu beli apa apa yang patut untuk bawak balik. Jagung sudah semestinyalah kan. Pastu turun dari Brinchang terus singgah Muazium Time Tunnel. Tempat yang tak pernah pergi lagi kat Cameron Highlands ni. Ok la tiket pun RM3 je kot. Rasa macam masuk rumah arwah moyang aku je dulu-dulu, banyak sangat baran lama kat dalam tu. 




Mainan lama pun ada. Selamber je papa diorang kasi anak dia sorang satu naik. Ibu ko serams je tengok. Hiuhu.. Best jugak la muzium ni. Tapi kecil je. dapat bayangkan cam ne sesaknya kalau time cuti. Masa kitorang pergi ni ok tenang je, tak ramai orang pun. Cuma aku tak sempat nak baca sejarah sejaah kat siti sebab duk sibuk kejar anak anak yang berlari ke sana sini. Takut ok pecah ke patah barang barang tu.

Lepas tu kitorang ngat nak lunch kat Tanah Rata tapi hujan lebat pulak. Cameron Highlands memang selalu hujan kejap kejap ya. So tak jadi, terus balik rumah. Dalam kereta anak anak kepenatan dantidur. Ibu pun tidur. Papa mengantok baak kereta sorang sorang. Suruh ibu pcit kepala pun ibu buat tidur je.. Haha.. dasar. '

Apa pun, percutian ke Cameron Highlands kali ni aku rasa paling seronok sekali berbanding percutian ke cameron yang sebelum sebelum ni. Sebab mood semua orang baik, baik suami dan anak anak, cuaca pun mostly ok, penginapan selesa, makanan sedap sedap sepanjang holiday dan betul betul berjaya release stress aku time tu.

So mood aku minggu ni happy dan bersemangat sangat. Refresh dah diri ni lepas holiday. Betulkan aku kata aku memang perlu holiday bila stress. Terima kasih my husband. 



Thursday, September 8, 2016

Resepi Telur Bungkus Ala Kedai

resepi telur

Hai hai. Jarang jarang blog hakak up kan cerita resepi masak masak kan?  Harap je suri rumah sepenuh masa tapi jarang up resepi kat blog apehal kan? Halnya memang aku bizi sentiasa. Masak pon laju laju sambil jaga anak kan. Kalau nak up resepi kat blog ofcourse nak kene tepek gambar tapi KekNi ko bizi uolls. Masak laju-laju, zupzaps siap masak suap anak makan, pastu tidurkan anak lantas KekNi pulak makan. Alih alih, heh mana gambar menu yang aku nak up kat blog? Udah licin. Tu la kisah dia.

Tapi minggu ni mood aku baik lepas balik Cameron Highland kan, so try buat telur bungkus kegemaran suami sebagai reward kat dia yang bawak pergi Cameron Highland melayan isteri dia yang tercinta ni. Memang suami Kite tu penggemar telur bungkus. Kalau makan nasi putih kat kedai, telur bungkus tu menu wajib dia order la. So sebagai isteri mithali, aku pun try la belajar buat. Ala simple je pon.. Asal cukup bahan sudah.


Ni la bahan - bahan nak buat telur bungkus.  Jom tengok resepi


BAHAN - BAHAN 

1 Biji telur dikocak
2. Minyak Masak
3. Sos Cili
4. Kicap Manis
5. Bawang holland potong dadu
6. Bawang putih cincang
7. Lada banggala 
8. Jagung kalau ada
9. Isi ayam potong dadu

CARA-CARA

1. Tumis bawang hollad, bawang putih dan lada sampai layu
2. Masukkan air sikit
3. Masukkan Ayam & Carrot, masak hingga empuk
4. Masukkan jagung
5. Masukkan sos dan kicap manis ikut suka korang. Nak berkuah, lebihkan sikit. dalam nisbah 2:1 
6. Pastu ketepikan

7. Dalam nonstick pan, dadarkan telur. Pastu masukkan inti yang kita masak tadi. 
8. Pastu bungkus elok2. Dan terbalikkan atas pinggan supaya tak pecah (Tak yah angkat)


Senang je kan? Senang dan sedap. Puas buat sendiri, boleh letak isi ayam banyak-banyak. Kalau kat kedai banyak bawang je kan? So lagi puas hati buat sendiri.

Sekian saja resepi telur bungkus ala kedai dari blog KekNi =)

Thursday, September 1, 2016

Tempah Kad Kahwin, Doorgift Majlis & Lain-lain Percetakan Secara Online

percetkan online

Zaman sekarang semua benda dah mudah, dah senang dan dah cepat. Kalau dulu nak buat persiapan kahwin punya leceh, nk tempah kad kahwin nak kena survery dari kedai ke kedai, sekarang tak payah lagi. Survey je harga kad kahwin murah secara online kat Fb Cute Creative Creation atau kat Blog Cute Creative Creation. Berlambak contoh  design terkini kad kahwin yang boleh dipilih. Nak kad kAhwin satu pihak, dua pihak semua ada. Nak kad kahwin jenis poskad, lipat 2, lipat 3 semua ada. Pendek kata, cakap je nak kad kahwin macam mana, semuanya Cute Creative Creation boleh buatkan. Kad kahwin murah yang berkualiti of course uolss.  So uolls bride to be, bakal pengantin sekalian yang sedang mencari idea kat kahwin dan gusar nak tempah last minit, tempah je kat Cute Creative Creation. Kad kahwin siap cepat, 2 minggu pun dah boleh siap.

kad jemputan perkahwinan

Pulak tu, bukan setakat Kad Kahwin je Cute Creative Cetak. Nak tempah Banner dan Bunting murah untuk wedding pon boleh uolls. Backdrops untuk pelamin pon boleh sekali. Alang-alang  dah tempah backdrops cantik cantik, boleh la tempah sekali Wedding Guest Book dan Wedding Photo Props untuk simpan kenangan ucapan rakan-rakan dan saudara mara tetamu majlis perkahwinan tu kan?

Dan lagi best, Cute Creative creation pun ada menjual Doorgift - doorgift untuk majlis perkahwinan. Cenderahati yang cantik, murah dan sesuai dijadikan kenang kenangan kepada tetamu anda. Ada Buku Doa Amalan Harian, Surah Yasin, Tasbih Mini, Kalendar Mini, Printed Paper Bag. Semuanya Custom made design tau. Serius cantik. Boleh personalized letak gambar dan mengikut tema anda. 

Mudah kan, Dari Kad Kahwin, Banner Bunting, Photobooth pengantin dan Doorgift, semuanya tempah 1 tempat saja. Tak payah nak bersusah payah ke kedai sana, ke kedai situ. Tempah saja dari Cute Creative Creation, One stop centre untuk persediaan majlis anda


Jom usha produk produk comel dan menarik dari Cute Creative Creation
====================================================
WHATAPSS : 0127164176

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails