After 2 bulan aku minum Kawaii Collagen set Jihan ni, Alhamdullilah ada lah perubahan sikit kat kulit. Muka aku kurang dah naik jerawat. Tak pasti la sebab kawaii collagen ni saja atau sebab ubat jerawat yang aku mabil kat Klinik tu. Tapi yang pasti kombinasi kawaii collagen dan ubat jerawat, ok la pada muka aku. Jerawat tak menggila sangat mecam sebelum ni. Tinggal parut dah jerawat aku, kalau tak, tak berhenti ok tumbuh
Tapi dasar manusia yang tak pernah puas lah kan, sekarang ni set Kawaii Collagen aku dah habis, so rasa nak try yang lain pulak. Nak bagi muka betul betul bersih. Sekarang ni rasa masih kusam lagi. Dan aku sekarang konfius nak beli produk apa pulak. Samada kekal dengan Kawaii Collagen, tukar kepada Ephyra atau tukar kepada Aurawhite.
Kawaii Collagen ni dah pakai 2 bulan, tak ada negative effect. Ada perubahan pada kulit tapi slow.
Ephyra ni, baca dari review orang selain rawat kulit, dia pun bagi tenaga. Yg ni aku suka
Aurawhite ni, aku pernah minum lepas pantang Intan dulu memang muka ok, confident je keluar rumah tanpa make up. Tak caya tengok Gambar kat bawah ni
Masa ni bawak Intan pergi Klinik Check Up 2 @ 3 bulan. Masih dalam pantang, so tak make up langsung. Tak ada masalah pon.. Sekarang?? Tolong la,,, tak sangup keluar tanpa foundation. Meski jerawat dah kurang tapi parut masih ada.
Masa ni dah habis pantang intan. Muka lepas mandi. Sesuci lebaran kan? Tanpa secalit bedak pon. Masa ni memang tengah habiskan Aurawhite satu botol.
Dan taraaaaaaaaaaaaaa.... Muka Raya aidilfitri hari tu. Dah make up 2 inci pon nampak lagi jerawat timbul lagi kan? Horror.
Sebab tu la aku perlukan supplement untuk muka. Skin care memang aku stop dah sekarang. Serius takut gila nak tepek skincare kat muka lepas guna produk Nour Ain buat muka aku tumbuh jerawat. Sebab tak sesuai kat muka aku kot. Ada je yang pakai Produk tu muka flawless gila, adik ipar aku pun pakai. Tapi tak sesuai kat muka aku. So sekarang aku cuma makan Vitamin C, Collagen, dan pencuci muka safi balqis saja.
So keputusannya apa? Nak beli yang mana satu? Tak habis baca lagi review blogger lain pasal minuman collagen yang diorang minum. Petang kang sambul google pasal collagen ni.
2 comments:
ephyra memang bagus. saya guna hampir 2 tahun. tp mahal. hahahah
Kan, ramai blogger review kata ok. Rasanya kalau beli Ephyra kat Lazada sekarang boleh dapat harga murah lagi dari online saller lain.
Post a Comment