Followers

Sunday, September 11, 2016

Percutian Sekejap Ke Cameron Highlands

Sempena minggu stress aku last week, dan planning ke Cameron Highlands yang tak  asyik cancle, akhirnya ke Cameron Highland juga kami 4 beranak awal bulan hari ni . Husband offer tidur semalam kat sana dengar muka ada sinyum. Ok kalau muka ada sinyum iolss terus setuju, kalau muka terpaksa, sorry Iolls tak nak pergi, baik sambung mood moody kat rumah je. Tapi nasib baik muka dia senyum manis sangat so ayuh kita ke Cameron Highlands. So dengan pantas aku lompat dari katil dan booking online hotel Copthorne Cameron Highlands tu. Sebenarnya dah lama buat research dan baca review orang lain pasal hotel yang nak stay kali ni Sebab niat ke Cameron Highlands nak release stress, maka aku decide nak la cari hotel yang best-best sikit, yang view cantik, yg breakfast sedap dan bilik selesa. Bayar lebih sikit tak apa, bukan tiap bulan holiday pon, Janji happy. dan Alhamdullilah Copthorne hotel tak mengecewakan. Best sangat. Jom aku story aktiviti kat Cameron Highlands kitorang 1 hari 2 malam tu.

1.The  200 Seeds Cafe


Bertolak dalam pkul 3 petang. Pkul 4 dah sampai tanah rata  dah. Kita terus shoot ke Kampung Taman Sedia. Saja nak cari cafe-cafe hipsters yang comel-comel, nak mium petang. Malas la nak naik hotel terus kat Brinchang tu, kang buang masa nak turun naik pulak kan. So kita rehat kat  rhe 200  Seeds Cafe. Uolls. kat kampung Taman Sedia ni kawasan orang melayu, banyak homestay, banyak cafe best best bertemakan Cameron Highlands. So untuk minum petang tu kami order Mee goreng mamak, nasi lemak strawberry, teh strawberry dan teh tarik  dan juga kentang goreng untuk intan. Sedap oii semua. Makan panas panas dalam cuaca sejuk sebab baru lepas hujan.


Cameron highlands sangat kan. Sayur atas mee segar ok, tak di masak sama dengan mee. 


Teh O strawberyy kegemaran aku dan nasi lemak sambal strawberry Husband. Berat ek menu minum petang? Haha.. memang la pasal lapo sangat ok tak makan tengahari pun kat rumah sebelum pergi.



Cafe dia pun cantik, suka sangat. Ada kebun strawberry dalam cafe ni. Pokok strawberry pun digantung gantung je depan kedai. Suka sangat. Ni kitorang pergi hari Khamis, sooo tenang. Pernah pegi time cuti, sorry la ye nak parking kereta pun tak dapat, apetah lagi nak melepak kat dalam ni.  Ni la tips penting kalau nak ke Cameron Highlands, sila la pergi time bukan cuti hujung minggu atau cuti umum. Barulah dapat rasa percutian yang perbaloi walaupun sehari semalam je. 

Dah kenyang tu kita naik terus ke Brinchang. Singah kejap kat pasar kea farm tu. Belikan payung intan upah supaya dia behave. Dan jugak aku beli strawberry gemok gemok untuk kudap kudapan dalam bilik hotel nanti. Tak beli pun makanan lain sebab malam nanti nak makan steambot pulak.  Kang membazir kalau kekenyangan sebelum makan steambot.

2. Hotel Copthorne

Jeng jeng jeng akhirnya sampai ke Hotel Copthorne Cameron Highlands ni. Dapat bilik tingkat 9. Huhh sejuknya bukan main. Dah lama nak try hotel ni akhirnya dapat juga merasa. Bilik luas, puas anak - anak aku berlari. Katil King. Ada sofa dan coffea table kat tepi tingkap. Tapi aku cepat-cepat alihkan kerusi dan meja tu dari tingkap. Bahaya ok untuk budak-budak, dah la tingkap sliding, tak ada grill,  Takut sangat kalau budak budak panjat. Nasib baik tingkap tu tinggi sikit,  so tak boleh panjat tanpa kerusi.


Adam menjelajah satu bilik.  Seronok sangat la dia dua beradik.


Ibu apa palgi, menikmati Strawberry Chocolate sambil....................


sambil menikmati pemandangan dari tingkap bilik. Berkabus uolls. Masa ni dah dekat maghrib. Memang sejuk amat la. Tengok kabus pun tau dah kan.


Pemandangan dari Hotel Copthorne, nampak Hotel Nova, nampak sikit ladang teh Sungai Palas, nampak juga bukit bukit yang tengah ditoreh untuk pembangunan


3. Cameron Buffet Steamboat & Grill by TAMAN ABANG 

Lepas maghrib dan tukar baju anak-anak terus kitorang gerak ke Tanah Rata nak makan Steambot kat sana. Nasib baik gerak cepat, so orang tak ramai lagi, dapatlah pilih seat yang boleh bersila dan baring. Haha.. melampau nak makan sambil baring. Tapi nasib aku baik kali ni, Adam tidur kepenatan dari dalam kereta, so aku terus je la baringkan dia kat lantai kayu ni. Lepas tu, maka heavenlah lah mak ko makan. Berapa kali ulang ambil makanan pun dia tak bangun lagi. Huhu..puas makan. Lepas dah kenyang baru Adam makan, so suap dia makan pulak. Intan pun makan sangat Udang ndan Sotong. 




Tengok la, heaven sangat makan di kala naak kecik tengah tidur


Decoration kedai ni pun cantik . Ada payung payung, lavender atas bumbung. Cantik sangat.  Penuh pokok pokok atas kepala ko..Heheh.

4. Breakfast Kat Coffea Shop Hotel Copthorne

Masa booking hotel ni, aku ambil sekali Buffet breakfast pakej. Baru la rasa holiday lebih sikit makan puas puas kan. Pukul 7 aku dah bangun, bukak tingkap nak hirup udara segar pagi Cameron Highlands. Pukul 8 terus turun breakfast kat bawah.  Menu breakfast kat Copthorne hotel ni pun best. Banyak pilihan. Macam macam ada. Makan la sampai kenyang. Nasi lemak, western, roti canai, semua ada. So memang puas hati. 



Antara yang masuk dalam perut kami pagi tu. Makan kenyang kenyang.  Ntah bila pulak papa nak ajak holiday lepas ni kan. So sila nikmati. 

5. Ladang Teh Sungai Palas

Lepas sarapan, Dalam 9:30 pagi kami gerak ke Ladang Teh Sungai Palas. Dekat je simpang masuk Ladang Teh Sungai Palas ni dari hotel. 500 meter je. Cuma jalan nak masuk dalam tu la 3 km lagi. Tapi cantik sangat view dia ok. Tak rugi pergi. CUma penat nak mendaki bukit nak naik kat cafe dia tu. Dah penat jalan kaki naik, tak boleh pulak nak bergmbar kat cafe boh tu tempat lokasi pengambaran Ombak Rindu. So kita jalan kat kilang dan kedai boh tu je la . 







Haha. Tak larat nak tulis panjang panjnag dh. Tengok je la pemandangan kat Ladang Teh Sungai Palas ni. Muka budak budak dan mak budak tak mandi pagi lagi. Hehe. Gosok gigi dan cuci muka ja, balik ladang teh baru nak mandi kononnya pastu boleh terus Chek out. So dalam pukul 10.30 pagi kitorang pun balik ke hotel semula. Mandikan anak-anak, siapkan pakai baju semua dan golek golek lagi atas katil sementara nak tunggu check out. Rilax sangat rasa dapat bersenang senang macam tu sekali sekala. Pkul 12 kita pun check out la. Lepas check out wajib ambil gambar kat termometr besar depan lobby hotel Copthorne ni. Baca review pasal Copthorne pun kebanyakkan blggr mesti ambil gambar kat sini. Dan kami pun sudah! Hehe.




6. Muzium Time Tunnel  @ Terowong Masa Cameron Highlands


Lepas check out kita pun pergi pasar Kea Far tu beli apa apa yang patut untuk bawak balik. Jagung sudah semestinyalah kan. Pastu turun dari Brinchang terus singgah Muazium Time Tunnel. Tempat yang tak pernah pergi lagi kat Cameron Highlands ni. Ok la tiket pun RM3 je kot. Rasa macam masuk rumah arwah moyang aku je dulu-dulu, banyak sangat baran lama kat dalam tu. 




Mainan lama pun ada. Selamber je papa diorang kasi anak dia sorang satu naik. Ibu ko serams je tengok. Hiuhu.. Best jugak la muzium ni. Tapi kecil je. dapat bayangkan cam ne sesaknya kalau time cuti. Masa kitorang pergi ni ok tenang je, tak ramai orang pun. Cuma aku tak sempat nak baca sejarah sejaah kat siti sebab duk sibuk kejar anak anak yang berlari ke sana sini. Takut ok pecah ke patah barang barang tu.

Lepas tu kitorang ngat nak lunch kat Tanah Rata tapi hujan lebat pulak. Cameron Highlands memang selalu hujan kejap kejap ya. So tak jadi, terus balik rumah. Dalam kereta anak anak kepenatan dantidur. Ibu pun tidur. Papa mengantok baak kereta sorang sorang. Suruh ibu pcit kepala pun ibu buat tidur je.. Haha.. dasar. '

Apa pun, percutian ke Cameron Highlands kali ni aku rasa paling seronok sekali berbanding percutian ke cameron yang sebelum sebelum ni. Sebab mood semua orang baik, baik suami dan anak anak, cuaca pun mostly ok, penginapan selesa, makanan sedap sedap sepanjang holiday dan betul betul berjaya release stress aku time tu.

So mood aku minggu ni happy dan bersemangat sangat. Refresh dah diri ni lepas holiday. Betulkan aku kata aku memang perlu holiday bila stress. Terima kasih my husband. 



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails