Followers

Sunday, July 30, 2017

Memaafkan Tapi Tidak Melupakan



Minggu ke 24 @ nak masuk 6 bulan mengandung Allah uji aku dengan ujian emosi yang agak berat. 2 hari aku tak dapat control air mata. Buat apa saja boleh keluar air mata. Kemuncak aku cuba lari sekejap konon nak menenangkan hati walaupun aku tak tau mana nak tuju. Yang pasti aku lepaskan air mata aku semahu mahunya sepanjang aku drive pagi tadi.

Tak puas, sampai rumah masih tak nak berhnti air mata. Allah uji. Allah uji. Di saat aku jauh dari keluarga kandung, jauh dari kawan kawan karib. Aku down sangat. Patah semangat. Bertubi soalan tanya pada diri sendiri, kenapa buat aku macam ni. Tak ada ke rasa kesian. Tak ada ke rasa simpati kat aku ni.

The only choice yg aku ada cuma contact my bff kat jb. Bukan mengadu, cuma mahu berkongsi rasa, berat sangat tanggung sorang2. Tq mai, sentiasa support aku walau kau sendiri ada masalah. Petang, emosi aku jadi sedikit pulih, aku cuba tak nak pikir banyak, cuba alihkan fikiran kepada tv. Walupun akhirnya tetap kecundang.

Aku still tak boleh terima mcam mana manusia boleh jadi tak ada rasa simpati langsung tengok kesedihan org lain, buat bodoh tengok org lain menangis sebelah.
Betapa kejamnya manusia.

Aku masih sedih. Aku masih tak boleh lupakan.

Tak apa. Allah maha Adil.

satu masa, menyesal pun tak ada guna.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails