Followers

Wednesday, July 19, 2017

Ke Cokelat Moist dan Apam Susu

apam susu

Sempena open house kedai hari tu, 4 deret kedai kena la sediakan menu sendiri sebagai tuan rumah. Masing-masing buat Laksa, Bubur durian, nasi impit bagai. Aku macam terkebil kebil nak buat ape. Tak larat la nak buat gulai seperiuk kan. Lalu aku pon dapat idea petang tu juga untuk buat kek kukus sajo. Buat yang mudah dan apa yang ad kat rumah je. Pengukus pun gigih pakai pengukus eltrik hadiah kahwin dulu, haha. Berjasa sangat. Hasilnya dapat la 2 loaf Kek Cokelat moist dan 2 loaf Apam susu. 


Siap - siap potong masuk dalam bekas. 1 untuk meja lelaki, 1 laki untuk meja orang perempuan.  Resepi apam susu dan resepi kek cokelat moist tak yah tanya, hakak pun buat sambil tengok google je dik..huhu. Zaman dah canggih, tak yah nak gigih salin resepi tampal kat aisbox, google saje. Lepas buat terus lupa resepi. Nanti esok nak buat lagi, google la lagi..haha. Alhamdullilah sedap dan licin tinggal bekas je bawak balik. Intan duk merengek nak kek ibu buat, tengok kat meja dah habis. Nanti la esok2 ibu buat lagi kalau datang saka rajin mak ko ni.


Periuk serba guna hadiah kahwin yang digunakan after 5 tahun. Best la, boleh kukus, panggang, bakar semua. Tq kelab ketams untuk hadiah yang berguna ni..heheh

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails