Followers

Saturday, July 1, 2017

Hari Raya Aidilfitri 2017

Raya tahun ni Alhamdullilah dapat kumpul kami 3 beradik sama-sama di malam raya. First time selepas masing masing kahwin. Selalu aku je la ketingalana, Raya ke 3 baru dapat balik ke JB. Tapi tahun ni dapat gak beraya sama sama buat ketupat di malam raya. Hahaha.  Ape pun raya kali ni sederhana saja. Lebih kepada anak-anak. Baju raya aku selai pun tak dak beli. Pecah rekod sangat. Anak- anak punya baju raya sampai sorang 5 pasang haa koo. Baju kurung aku pakai first raya je. Mengandung nak masuk 5 bulan ni, tak sanggup rasanya nak berpanas beraya. Faham faham je la mak mengandung ni panas dia lain macam. Sudahnya, lepas belek belek gambar raya, sedih pulak tak banyak gambor sebab malas bergambor dek tak ada baju raya yang lawo nak di gayakan. Harapa tahun depan dapat selim melim dan bergaya balas dendam dengan baju raya 3-4 pasang. Hambik nanti seminggu aku pakai baju raya..Haha.


First raya kat rumam mak ayah. Punya kalut ambik gambar dengan anak-anak sorang dua yang cranky pagi raya tu, Ko tengok je la muka intan tu, Dia stress dan mengamuk sebab jam baru dia longgar. Nak pakai ketat ketat tak boleh. Stresss mak ko berganda lagi nak tengok perangai ko. Sampai lupa nak adakan program salam bermaafaan di pagi raya. Sudahnya tak bersalaman la kami pagi raya tu dek perangai anak-anak yang mengamuk dan moody di pagi raya.


Sepupu kecil


Susah sangat ya nak dapatkan angle terbaik dengan budak budak cenonet semua ni



Gambar berdua pun tak banyak.


Raya pertama ni, kitorang beraya ke rumah seaudara mara sekitar JB. Dapat 7 rumah lah dari pagi sampai malam. Gila. 7 kali bedal ketupat hari tu. Punya balas dendam berapa tahun tak dapat makan ketupat sebab raya pertama kat Pahang kan. Tahun ni aku balun habis-habisan. Semua rumah aku jamah ketupat dia. Kecuali rumah terakhir sebab stok ketupat tuan ruah pon dah habis sebab dah malam kan? Haha.

Itulah cerita raya 2017 aku. Mood berblogging tu ada, tapi masa asyik rasa tak cukup saja. nama je suri rumah.. tapi...... kau sambung sendiri la ayat tu. 

Haha.. Ok nak sambung buat design customer sebelum mood bekerja iolls hilang ditelan rasa mengantuk tahap gaban..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails