Nasib badan lah, mengandung kali ke 3 ni banyak benda ko mengidam. Last week teringin nak makan strawberry celup cokelat fresh kat Cameron Highlands nun. Kesian laki mak, dah la kerja shift malam, pagi balik kerja terus ada Mesyuarat Pemuda UMNO, petang terus gigih drive bawak mak buyung ke Cameron mencari sebutir dua strawberry.
Taraaa.. Ni dia. Pilihanku mesti la dtrawberry besar gedabak dan Coklat by Saudara Baru (Ada tulis kat label cokelat tu). Actually banyak brand, maksudnya banyak la pengusaha yang buat cokelat untuk celup strawberry kat cameron highland ni, tapi jenama Saudara Baru ni very recommended by me la. Cokelat dia sangat sedap, lembut, cair, masuk peti pun tak mengeras. Sodap sangat.
Masa pergi tu hari Ahad, pasar malam baru brinchang tu kan dah pindah kat kawasan baeu ape ke nama golden hill kot. Memang la tak jem situ, tapi nak cari parking memang hazabullllllllllllllll ya. Sabar je laki aku cari parking. Ramai je parking gila jauh... Jauh gila ok, aku tak sanggup weh. Aku pun dapat parking jauh nun atas bukit tu. Ramai nau orang. Nak strawberry punya pasal. Aku borong 2 kotak je. Ntah la, kang beli banyak tak habis sebab aku je penggemar straberry kat rumah tu. Sekali sampai rumah, 1 kotak tu aku makan sekali hadap je. Sekotak lagi buat sarapan. Ko rasa? Hilang sekelip mata di perutku. Rasa macam tak cukup, nak lagi. Haha..
Sebelum ke pasar malam tu singgah minum petang kat Ladang Teh kejap. Anak tak reti diam mak aih. Geram je tengok. Aku dah la macam tak berapa sedap badan hari tu. Anak nak ni kalau tak tidur petang biasalah peel dia lain macam tangkas kan. Terus mak kau bebel lain kali tinggal je la ngan tok abah. Ibu nak jalan pegang tangan berdua je ngan papa kalau pergi cameron highland lagi.
Blueberry Cheese Cakes Cameron Valley yang tidak mengecewakan
Itu je lah cerita pendek ke cameron dengan tujuna mencari strawberry. Pukul 4 ptg gerak, pkul 10 malam dah sampai rumah dah.
No comments:
Post a Comment