Followers

Thursday, August 31, 2017

Enjoy My Life

Minggu ni kami 3 beranak balik ke Jb tanpa papa. Sebab nak duduk lama sikit kat JB, seminggu lebih macam tu. papa akan datang ambik lepas raya haji. So masa ni rasa enjoy sekejap. Ye la, tak payah kalut pagi2 hantar anak sekolah, bukak kedai, tutup kedai, masak semua. Bukan selalu dapat macam ni. Walaupun ia bukanlah 'me time' yang sebenar (sebab kena angkut buak dua ketol ni ke mana saja) tapi tetap seronok sebab mudah nak bergerak dan berjalan ke mana mana.

Antara aktiviti kat jb setakat hari ni, keluar masuk shopping mall, jalan jalan, enjoy masakan mak, makan seafood, layan budak2 kat dataaran JB, tengok laut, karokea dan lain2.








Jb tanak tumpah darah. Sebati dengan hidup, serasidengan jiwa. masih berharap satu hari nanti akan dapat menetap kat sini semula. InsyaAllah..


Wednesday, August 23, 2017

Perangai Mak Buyung


Asam pedai ikan Mayong bapa mertua saya =)

Hari tu tak tau napa, aku tak ada masak ape2 gulai pun. Ye la malas kan, masak goreng ayam je kat anak tengahari tu. Tapi lepas masak, hidung aku bau asam pedas ikan mayong. Kau tau je la macam mana bau dia kan. Nak kate jiran masak, aiseh cek mana ada jiran, seketul rumah je kat sini.  Tapi serius bau sangat. Terus aku update kat FB, ape kes bau asam pedas ikan  mayong kan? Aduhai rupanya abah (ayah mertua aku ) baca la status aku kat fb tu.. Haaaaaa.. malu. Dia kesian kat menantu dia mengidam asam pedas ikan mayong, terus dia cari ikan mayong kat pasar dan masak khas kat aku. Maluuuuuu gila aku. Hahaha.. Malu2 tapi tetap habis sebekas tu aku makan sorang. Seketul makan dengan nasi. Seketul lagi buat ciciah lempeng petangnya... Haha.. tapi serius malu, sebab aku ni rajin menyebut, masaknya malas. 

Tak tahu lah kenapa. Menandung kali ni aku cukup tak rajin ke dapur, senang cakap amat malas la nak masak. Masak tu tetap la masak untuk suami n anak anak makan, tapi mood dia tak ada, dan tak de la nak buat desert , makanan sedap-sedap lain walaupun teringin. Teringin tu keluar kat mulut je ha. Pastu aku perasan aku masak tak berapa nak umph.. Tak tau pasal ape, sukat garam pun mcam tak reti.  Padahal sebelum ni tak da masalah pun. Elok je dah tau periuk ni garam berapa sudu, periuk tu garam sikit mana. Tapi lately ni banyak fail. 

Ada sekali tu masak nasi goreng masin. Aduhai, komplen husband ku. Sekali rasa memang masin pon. Masak lemak tawar pulak. Aduhai. Ke mana la hilang skill masak aku. Kadang husband tegur, kadang dia salahkan benda lain. Macam hari tu aku masak gulai masam, dia makan je tak da bunyi. Walaupun aku tau rasa dia tak sama, tak umphhhh orang kate.  Dia salahkan tempoyak yg aku guna..hehehe.. Patutlah tak sedap, tempoyak manis syg guna..haha.. Padahal mmg aku masak tak sedap memang pon sejak dua menjak ni. 

So sebab tu, aku jadi bertambah la tak  de feel nak masak, nak makan nasi pun alahai, bercinta..Memang tak berapa selera tngok nasi. Biasa kalau husband kerja siang, dia mmg mkn kat tempat kerja kan, so aku mmg tak masak la tenghari. Tengahari tu aku makan buah-buah, roti ngan telur ke kan. Anak senang je, nasi ngan kicap, ayam atau telur goren je. Petang baru la aku masak untuk laki yang nak makan malam kang. 

Tu la kisah kemalasan Mak buyung mengandung kali ke3 ni.. Ape nak jadi pon tak tau laaaa



Blogger Dulu Blogger Sekarang

Dah lama terpikir pasal ni. Rindu zaman bloging masa 2007-2012 dulu. Meriah sangat zaman tu rasanya. 


Sekarang ni blogger blogger zaman tu dah Kurang Update entri. Dulu tiap hari ada je entri baru boleh baca. Sekarang, yang tak update langsung bertahun pun ada. Ye cakap orang, aku ponnn sama. Mungkin generasi blogger zaman aku sekarang (termasuk aku) dah masuk 30 an masing masing dah banyak komitment lalu blog ni payah kita nak sentuh nak update netri baru baru kan. Dulu meriah amat! 


Komen Kurang, Ye dulu setiap kali up entri baru, berduyun komen. Tak kira la entri serius ke entri merapu ke kan. Ada je pengomen tegar di setiap entri. Sekarang? Non hadooo.. Same kes with me, aku pun tak rajun mengomen blog orang dah, baca pun jarang dah kan sebab entri baru tak kunjung tiba.


Nuffnang Sendu. Dulu Nuffanang boleh buat income. 2,3 bulan sekali boleh cash out. Walaupun tak banyak. Haha.. sekarang, takat Rm60 tak gerak-gerak dah bertahun. Nak cash out pun tak da mood.. Ye la, entri kurang, visiotr pun kurang, of course la Nuffnang pun tak mo kat blog kita kan.

Rindu zaman ada Gengblogger, Innit Nuffnang semua tu. Ping kat situ hari-hari, baca entri baru blogger blogger dari situ. Sekaranf rasa sunyi sepi saja. Blogging Syok sendiri je rasa.. Haha


Eh ke aku je rasa gitu ? Blog korang masih meriah ke uolls? 


Pertama Kali Makan Jering di Umur 30 Tahun

masakan pahang

Ye, rekod dunia telah dipecahkan semalam. Aku dengan rasminya memakan Jering untuk pertama kali dalam seumur hidup. Hahaha.. Al kisah suami beli jering ni, suruh masak sambal serunding tempoyak. Hey, serius aku dah la tak pernah makan jering, masak sambal hering pun tak pernah. Cuma selalu je la nampak menu ni kat rumah mertua kan. Of course la makanan org pahang kan. Tapi kalau sambal petai tempoyak tu biasa jugak la aku masak. Petai lagi la, aku tak makan. Dah berkali masak pun aku tak pernah makan. Bau dia, rasa dia.. Pehh.. Tak boleh terima lagi. 

So balik pada sambal jering ni yang kononnya aku acah cah dah reti masak la, just ikut je la resepi sambal petai tu, cuma tukar jering je. Masak lah aku dengan confidentnya. Tambah udang, sebab aku makan sambal tempoyak udang..hehe. Dah siap masak, makan la buat cecah dengan roti puri. Sekali tergigit jering (aku ingt bawang putih). EH sedap pulak. Tak la bau n rasa kuat macam petai. Haha.. Lalu bertambah jugak lah aku makan sambal jering tu.  

Suami balik kerja, confident la hidang sambal ni kat dia. Tapi dia kata jering nya rangup kenapa? Biasa org masak sambal jering ni jering nya lembut.  Hahaha... Aku mane tau rasa jering macam mana oii.. Aku rasa sedap je.. Maybe aku masak jering tu kejap je macam konsep masak sayur, tak leh lama2 nanti sayur layu lalu hilang khasiat...haha.  Tak tau pulak salah konsep... Konfident je masaka dan makan. Lalu dia suruh berguru lagi dengan mak mertua ku. 

So macam tu lah kisah Aku dan Jering. 

Tuesday, August 15, 2017

Jom Tempah Set Birthday @ Aqiqah (Printed Item) Super Comel Dari Cute Creative Creation

Lama tak promote bisnes sendiri ya. Hari ni nak promote la walaupun blog dah sendu..du du du..
Aku masih lagi run bisnes printing item2 comel seperti dibawah ni. Khas untuk pebagai majlis

Wedding, Birthday, Aqiqah, Kesyukuran dan sebagainya.

Korang usha la gambar gambar Goodies Bag, Birthday flag banner, Bunting Banner, Cupckaes topper, Stikcer dan lain2 yang comel ni. Dan kLAau berminat, sila sila hubungi iools melalui saluran berikut... Gituu
============================================
Whatapps : 0127164176
============================================













Comel kan? Macam macam tema la korang boleh request ikut kegemaran anak korang. Tapi iolls percaya biasanya mak2 yang lebih over menentukan tema dari anak diorang...hahahaha.. i feel u ok.. Anak kata nak tema Minion, tapi aku suka hello kitty. Lalu berithday anak bertemakan Hello kitty jua. Nampak kan kuasa veto seorang mak? Hahaha...


============================================
Whatapps : 0127164176
============================================




Tuesday, August 1, 2017

Malas Aku Pikir Tajuk


With my hero, bakal abang ngah.

Pernah tak kau rasa bila mana kau tengah down, emosi ke laut, kecewa, rasa tak tau dah arah hudup macam mana, dalam keceruan tu, tiba-tiba bangkit kekuatan yang tak tau ntah datang dari mana. Kekuatan yang bantu kau untuk bangkit, untuk stop dari kecewa, motivate kau untuk bangun. 


Buat apa kau Kisah kan sesuatu yang Tak Kisahkan kau??
Sampai bila kau Nak biar Perasaan Kau Dipijak?

BANGKIT! 
Tak ada siapa boleh lakukan ini untuk kau, melainkan diri kau sendiri.


Terima Kasih ALLAH, sebab MAHA mendengar, MAHA pengasih pada aku yang hari2 mengadu padaMU. Kau beri aku kekuatan untuk bangkit, teruskan dan lupakan.

Sekarang fokus aku ialah berusaha majukan diri dan perniagaan, kumpul sebanyak mana duit untuk bantu dan bahagiakan keluarga aku sendiri. Tak sabar nak balik JB hujung bulan ni, nak bawak mak ayah holiday. Sungguh aku perlu resfresh badanku di tempat yang indah dan menenangkan. 


Kepada yang telah menyakitkan,  this is for you... 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails