Followers

Thursday, May 12, 2011

Kaitan Selera Makan, Rindu, Sibuk dan Bisnes

Selera Makan....

Kak aini, dah 2 hari tak keluar lunch kenape? Tak lapar ke? Tanya budak-budak opis. Ye, aku tak ade selera la akhir-akhir ni, x ada mood. Rasa nak makan kat rumah je. So tunggu la balik pukul 6 karang baru makan kat rumah. Kat rumah pun duk cuit-cuti jamah lauk je.
Bagus la bila kepala serabut cam ni mempengaruhi mood makan. Kalau selalu macam ni boleh la turun berat badan gamaknye. So sila la buat saya serabut, gundah gelana lama-lama ye orang yang berkenaan..


Rindu...

Dah baca entri Dugaan semalam? Lirik lagu Black mentor. Sedap lagunya. Setiap bait kata dia memang 100% kisah aku dan tunang. Berkawan, bercinta dan bertunang pun dah.. Tapi tetap aku kat sini, dia kat sana. Tau ape perasaan aku? Tau macam apa tu rindu setengah mati? Cinta jarak jauh... Tanggung la kan.. =(

Sibuk..

Kerja semakin bertambah, stress lagi la tak payah cakap. Tak tau mana nak kejar dulu. Tapi masih cuba untuk bersistematik dalam buat kerja supaya teratur dan terurus. Nasib baik dah ada JMV, kurang sikit penat, jimat juga masa..

Bisnes...

Alhamdullilah. Semakin murah rezeki. Bersyukur sangat-sangat padamu ya Allah yang melimpahkan rezeki. Tempahan setiap minggu tak putus. Cuma kena kuat semangat la. Penat kat office balik rumah sambung kat dapur pulak. But its ok. Satu terapi yang menenangkan bila buat something yang kita suka kan. Mu bisnes is my hobby.

Sekian, update ekspress yang menyeluruh untuk minggu ini.. =)



1 comment:

Anna Boleyn said...

huaaaaaaaaaa..lamanya dah x dtg blog ni..okay kite dah start nk bw blk. hehe :p

hm...dugaan mas bertunnag ni sangat berat kan. hana pon dah start rasa huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails