Followers

Sunday, May 15, 2011

Wahai Lelaki...


Ye saye mengaku, mood yang ke laut, tak menentu bak cuaca kat johor yang kejap mendung, kejap panas, kejap hujan lebat ni adalah disebabkan rajuk sahaye dengan en Tunang yang sorang tu. Lama okeh merajuk dari ahad lepas sampai dah masuk hari ahad minggu seterusnya dah ni.

Hello, i bukan jenis yang mengada-ngada nak merajuk suka-suka hati tanpa sebab okeh. Merajuk bila terjadi something SENTAP yang membuat kita terasa hati. SENTAP. SENTAP. SENTAP. Macam di rentap.

Pujuk? Ye, ada la si dia try. Sekadar mintak maaf. Lepas tu sambung ayat-ayat nak pretend diri, nak menegakkan benang yang basah. Oh, itu pun lepas 5 hari i merajuk. How come? Macam mana ati perempuan ni nak cair? Salah teknik la kan..

Lelaki.. Lelaki... Lelaki... Tau tak apa yang perempuan nak bila dia sedang merajuk? Dia nak hatinya digembirakan la. Dengan kata-kata manis yang menyenangkan hati tanpa putus asa sampai si dia ok kembali. Ingat dia suka ke merajuk lama-lama? Marah-marah hati dia tu , tetap la berharap awak datang pujuk dia dengan bersungguh-sungguh.


Kesungguhan menunjukkan usaha, usaha tu pulak perlu la setaraf dengan salah yang awak dah buat. Tengok, dah la bersalah, lepas tu 5 hari lepas tu baru nak pujuk., comfirm la usaha tu perlu berlipat gali ganda kan? Ni tak, pujuk pun tak bersungguh. Bertambah la bengkak hati wanita ku ini...

Hah.. Puas hati.. So kepada lelaki-lelaki di luar sana, tolong la faham ye... Dah la, nak pegi taman, nk duduk tepi tasik sorang-sorang layan perasaan konon-konon macam filem pasrah gitu...


2 comments:

mai aliyah said...

sabar ye noi..lepas ni mst ko gembira..mula2 sdih pastu mesti bahagia..yg pnting kena yakin selalu..=)

Anonymous said...

pasti ada yang indah lepas ni...senyum yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails